Bekas pemain boling negara, Hee Kar Yen membuktikan beliau masih berbisa apabila meraih pingat emas pada Kejohanan Boling Antara Negeri ke-31 di Pyramid Mega Lanes, Bandar Sunway di sini pada Isnin.
Pemain berusia 28 tahun itu berada pada prestasi terbaik selepas enam permainan dengan jumlah keseluruhan 1,344 jatuhan pin, atau purata 224 mata.
"Saya gembira masih mampu bermain dengan baik kerana saya hanya mula beraksi semula awal tahun ini. Keadaan lorong berminyak hari ini sesuai dengan saya dan ia membantu saya meraih keputusan yang bagus," kata Kar Yen, yang bersara daripada skuad negara pada 2016 untuk menceburi perniagaan atas talian.
Sementara itu, atlet Sarawak Nirosha Keligit dan pemain Selangor Qistina Zainal, masing-masing melakukan 1,283 dan 1,241 jatuhan pin untuk meraih pingat perak dan gangsa.
Kar Yen, yang kali terakhir mewakili Malaysia pada Sukan Asia 2014 di Incheon, berharap beliau dapat mencatat keputusan lebih baik pada Kejohanan Kebangsaan.
"Saya tidak meletakkan sasaran tinggi hanya beraksi seperti biasa," kata Kar Yen, yang kini bermain boling secara sambilan.
Dalam kategori lelaki, pemain Sarawak Abg Afiq Yazid Abg Azman, yang mencatat purata 232 mata, meraih pingat emas dengan keseluruhan 1,392 jatuhan pin.
Pemain Negeri Sembilan Mohd Fadli Ramli pula memenangi pingat perak, ketinggalan dengan 114 pin, manakala bekas pemain negara Azidi Ameran dari Selangor dan pemain Perlis Mohd Aiman Faris Mahidi berkongsi gangsa selepas masing-masing mengumpul 1,221 jatuhan pin.
Sementara itu pemain boling remaja negara, Puteri Nurul Dini Mohd Faudzi begitu gembira apabila memenangi pingat emas individu pertamanya pada kejohanan berkenaan.
"Saya menyertai kejohanan ini (Kejohanan Antara Negeri) sejak 2015 dan ini pencapaian terbaik saya. Walaupun tanpa penyertaan beberapa pemain remaja negara (yang terpilih mewakili Malaysia pada Kejohanan Remaja Dunia dari 24 Julai-3 Ogos), kejohanan ini tetap sengit," kata pemain berusia 19 tahun itu yang mula berkecimpung dalam sukan boling pada 2008.
Puteri Nurul Dini menyumbangkan pingat emas kepada Negeri Sembilan selepas melakukan catatan 211, 202, 185, 187, 214 dan 218 untuk jumlah keseluruhan 1,217 jatuhan pin.
Mengekori rapat di tempat kedua dengan ketinggalan 31 pin adalah Najwa Nazirah Mohd Amir dari Kuala Lumpur yang melakukan 1,186 jatuhan pin, manakala pingat gangsa dimenangi Nurul Alyssa Junaidi dari Sabah dengan 1,173 jatuhan pin.
Dalam kategori remaja lelaki, Mohd Azizi Naim Jabar dari Selangor mengekalkan pingat emas buat kali kedua berturut-turut selepas mencatat 1,278 jatuhan pin.
"Sasaran saya untuk memenangi tiga pingat emas (individu, double dan berpasukan). Saya berharap dapat melakukannya walaupun kejohanan ini benar-benar sengit terutama daripada pendatang baharu," kata pelajar tahun akhir Politeknik Shah Alam itu.
Sushanor Sihanor dari Sabah dan pemain Negeri Sembilan Wan Syahmi Razin yang melakukan 1,269 dan 1,257 jatuhan pin, masing-masing memenangi pingat perak dan gangsa.
Acara double yang akan berlangsung esok, menawarkan empat pingat emas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 09 2018
![Kar Yen buat kemunculan semula raih emas Kar Yen buat kemunculan semula raih emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41531152411_HeeKarYen.jpg)
Pemain berusia 28 tahun itu memperoleh jumlah keseluruhan 1,344 jatuhan pin, atau purata 224 mata. - Foto BERNAMA
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Polis tahan tiga individu terlibat jual dadah ketika konsert di Bandar Sunway Polis tahan tiga individu terlibat jual dadah ketika konsert di Bandar Sunway](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737786683_HusseinOmarKhan.jpg)
Polis tahan tiga individu terlibat jual dadah ketika konsert di Bandar Sunway
Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan menjual dadah pada konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway baru-baru ini.
![Batu Kawa berpotensi dibangunkan seperti Bandar Sunway - Abang Johari Batu Kawa berpotensi dibangunkan seperti Bandar Sunway - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71730114914_AbangJohari.jpg)
Batu Kawa berpotensi dibangunkan seperti Bandar Sunway - Abang Johari
Kawasan Batu Kawa yang terletak kurang 10 kilometer dari Kuching berpotensi untuk dibangunkan seperti Bandar Sunway di Lembah Klang.
![Polis siasat 'drama' pasangan kekasih warga asing tepi kolam Polis siasat 'drama' pasangan kekasih warga asing tepi kolam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708241095_wargaasing.jpg)
Polis siasat 'drama' pasangan kekasih warga asing tepi kolam
Polis siasat 'drama' pasangan kekasih warga asing tepi kolam
![Lelaki warga Yaman ditahan cabul dua remaja perempuan Lelaki warga Yaman ditahan cabul dua remaja perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687082958_handcuff.jpg)
Lelaki warga Yaman ditahan cabul dua remaja perempuan
Mangsa masing-masing berusia 17 dan 18 tahun mendakwa dicabul suspek yang berusia 20 tahun dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri.
![Kes tembak di Bandar Sunway, jangan buat spekulasi - Polis Kes tembak di Bandar Sunway, jangan buat spekulasi - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686970825_TBWANAZLAN.jpg)
Kes tembak di Bandar Sunway, jangan buat spekulasi - Polis
Orang ramai yang ada maklumat berkaitan kejadian itu diminta untuk tampil memberikan kerjasama kepada polis.
![Tawar khidmat seks di rumah sewa, 2 wanita Sri Lanka dicekup Tawar khidmat seks di rumah sewa, 2 wanita Sri Lanka dicekup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683786996_Tawarkhidmatseks.jpg)
Tawar khidmat seks di rumah sewa, 2 wanita Sri Lanka dicekup
Berselindung di sebalik rumah sewa di Bandar Sunway, di sini dengan dipercayai menawarkan khidmat seks kepada warga asing terbongkar selepas diserbu pada Rabu.
![Polis Subang Jaya buru lelaki langgar MPV polis hingga rosak Polis Subang Jaya buru lelaki langgar MPV polis hingga rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81626016902_AbdKhalidOthman.jpg)
Polis Subang Jaya buru lelaki langgar MPV polis hingga rosak
Polis sedang memburu seorang suspek lelaki yang memandu sebuah kereta secara melulu dan melanggar kereta peronda (MPV) polis Ibu Pejabat Polis Subang Jaya di Subang Jaya, malam tadi.
![PKPD di lapan lokaliti libatkan Sabah dan Kelantan mulai 13 Julai PKPD di lapan lokaliti libatkan Sabah dan Kelantan mulai 13 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621939957_950x600.jpg)
PKPD di lapan lokaliti libatkan Sabah dan Kelantan mulai 13 Julai
Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh lokaliti di Sabah dan satu di Kelantan mulai 13 sehingga 26 Julai.
![Kar Yen buat kemunculan semula raih emas Kar Yen buat kemunculan semula raih emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41531152411_HeeKarYen.jpg)
Kar Yen buat kemunculan semula raih emas
Bekas pemain boling negara, Hee Kar Yen membuktikan beliau masih berbisa apabila meraih pingat emas pada Kejohanan Boling Antara Negeri.
![Seorang lagi suspek kes samun ditembak mati Seorang lagi suspek kes samun ditembak mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71515214574_Sunwaytembak.jpg)
Seorang lagi suspek kes samun ditembak mati
Suspek dipercayai merupakan rakan kepada salah seorang yang juga ditembak mati polis di Taman Connaught, Cheras pukul 10.30 malam semalam.