BANDAR PUSAT JENGKA: Kata azimat ayah menguatkan semangat Nor Sarah Adi sehingga dia berjaya merangkul pingat emas dalam acara lompat bergalah di Sukan SEA semalam serta turut mengukir kejayaan berganda dengan memungut pingat gangsa dalam acara lari berganti-ganti 4x100 meter di Stadium Nasional My Dinh, Vietnam.
Ayahnya, Adi Daud, 56, berkata, sebelum acara itu berlangsung, nalurinya terdetik merasakan anaknya akan berjaya rangkul emas dan terus memberi kata semangat melalui panggilan telefon kepada anaknya agar tidak menghampakan rakyat Malaysia dan keluarga.
“Dia (Sarah) memang tidak mengenal erti kalah dan sentiasa berusaha keras untuk berjaya dan sentiasa berdisiplin melakukan latihan.
“Sebenarnya acara yang kerap diceburinya adalah larian 100 meter dan 4x100 meter, acara lompat bergalah hanya sekali-sekala disertainya sekiranya ada kejohanan olahraga mengadakan acara itu,” katanya di kediamannya di Felda Jengka 3, di sini hari ini.
Katanya, Nor Sarah seorang yang meminati sukan dan semasa di Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 3 dia kerap menceburkan diri dalam acara larian termasuk acara merentas desa.
“Di bangku Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2, dia tidak terkecuali menyertai acara sukan yang digemarinya.
“Kejayaan dan bakatnya itu dia dipilih melanjutkan pelajaran ke Sekolah Sukan Gambang Kuantan bermula Tingkatan 3 hingga menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
BACA: Nor Sarah cipta kejutan lompat bergalah, kuartet 4x100m lelaki pecah rekod
Ibunya, Nasnita Mohd Zain, 48, turut terharu dengan kejayaan anaknya yang merangkul pingat emas dalam acara lompat bergalah.
“Kami sekeluarga tidak senang duduk menonton secara langsung acara ini melalui televisyen, semalam dan dia sempat melakukan panggilan video selepas mencatatkan nama sebagai penerima pingat emas.
“Katanya, dia bersyukur dengan doa ayah dan ibu serta semua rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaan dia dan atlet tanah air dan berharap terus mendoakan kejayaan mereka,” katanya lagi.
Pada Isnin Nor Sarah mencipta kejutan dengan merangkul pingat emas dalam acara lompat bergalah sekali gus menamatkan kemarau emas 11 tahun bagi Malaysia.
Atlet berusia 22 tahun itu, yang sepatutnya hanya menyertai acara 4x100m wanita pada penampilan sulungnya di temasya dwitahunan itu, muncul juara selepas mencatatkan lompatan terbaik peribadinya dengan ketinggian 4.00 meter (m).
Mohd Zalani Md Atan
Tue May 17 2022

Ibu Nor Sarah, Nasnita dan ayahnya Adi melihat fotonya semasa kecil. Gambar kecil adalah Nor Sarah. - Foto Astro AWANI

Video promosi VM2026 dikemas kini setiap suku tahun
Video promosi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) akan dikemas kini setiap suku tahun bagi memastikan ia relevan dengan tarikan pelancongan terkini di seluruh negara.

PM Anwar beri sumbangan tunai bantu nelayan terjejas pendapatan
Keadaan rumah nelayan tersebut, Supian Saman, sangat daif dengan dinding rapuh dan bumbung yang tidak mampu menahan hujan lebat.

Penghuni pulau di Australia dipindahkan akibat Siklon Tropika Alfred
Penduduk dan pelancong di sebuah pulau di luar pantai timur laut Australia akan mula dipindahkan ke tanah besar susulan ancaman yang ditimbulkan oleh Siklon Tropika Alfred, lapor Xinhua.

PM Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara
Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan, tetapi juga merosakkan keselamatan serta keamanan negara.
Seniman jalanan dicadang pakai batik, Jadikan sebagai anak angkat DBKL
Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mencadangkan seniman jalanan dijadikan sebagai anak angkat kepada DBKL dan memperkenalkan pakaian batik sebagai identiti mereka.
Seniman jalanan diharap tidak hanya main lagu 'tangkap leleh'
Kerajaan berharap seniman jalanan khususnya di ibu negara supaya tidak hanay memainkan lagu-lagu jiwang atau tangkap leleh sahaja.

Polis siasat ibu ayah Hud Aryan
Polis Kelantan melakukan siasatan lanjut terhadap ibu ayah Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang ditemukan meninggal dunia tersangkut pada pokok di tepi sungai.
Kilang proses minyak sawit tidak berlesen diserbu
Sebuah kilang dipercayai memproses minyak sawit tidak berlesen di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, pada Rabu.

PM Anwar umum peruntukan RM35 juta sokong ekosistem wakaf Malaysia
RM30 juta disalurkan untuk menyokong program myWaqafPTPTN dan RM5 juta lagi untuk pembentukan Permodalan Wakaf Nasional Bhd.
[TERKINI] Penganggur didakwa bunuh peniaga wanita
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan membunuh seorang peniaga wanita, Norshamira Zainal di kawasan jeti Sungai Kuantan, pada awal Februari lalu.

Sukan Asia Hangzhou: Nor Sarah lompat galah tanpa catatan
Nor Sarah menamatkan saingan tanpa sebarang catatan berikutan tidak melepasi had ketinggian pertama, 3.80m.

Sukan SEA: Dua kali lompatan batal, Nor Sarah terlepas pertahan emas
Biarpun berkongsi catatan 4.05m dengan Chonthicha Khabut, namun tuah memihak kepada atlet Thailand itu untuk merampas emas daripadanya.

Kepantasan Muhammad Azeem, Nor Sarah hangatkan Sukma ke-20
Masing-masing dinobatkan raja dan ratu pecut Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 selepas mendominasi akhir acara 100 meter (m) hari ini.

Kata azimat ayah kuatkan semangat Nor Sarah rangkul emas di Sukan SEA
Nalurinya merasakan anaknya akan berjaya rangkul emas dan terus memberi kata semangat kepada anaknya agar tidak menghampakan rakyat Malaysia dan keluarga.

Nor Sarah cipta kejutan lompat bergalah, kuartet 4x100m lelaki pecah rekod
Lompatan itu mengatasi Chonticha Khabut dari Thailand yang melakukan lompatan 3.80m dan Alyana Martinez dari Filipina (3.60m).