PHNOM PENH: Kata-kata semangat daripada bapanya, Rakib Ahmad serta kejayaan adiknya mengharumkan nama Malaysia pada Sukan SEA edisi lepas, membakar semangat atlet kick boxing negara, Ahmad Nor Iman Hakim Rakib untuk menghadiahkan pingat emas kepada negara hari ini.
Turut bersaing dalam final kategori kick light lelaki bawah 69 kilogram di Elephant Hall, Stadium Nasional Morodok Techo di sini, Ahmad Nor Iman Hakim menewaskan wakil Indonesia, Muharram Syach Firman 2-1 untuk muncul juara Sukan SEA Kemboja 2023.
Kejayaan meraih emas itu amat bermakna bagi atlet berusia 23 tahun itu yang pertama kali bertanding dalam acara kick boxing selepas meraih perak dan gangsa masing-masing pada edisi 2019 di Filipina dah Hanoi, Vietnam tahun lepas bagi acara taekwondo.
Pada edisi di Hanoi, adiknya, Ahmad Nor Iman Aliff menghadiahkan pingat emas buat negara dalam acara muay Thai.
Pencapaian Ahmad Nor Iman Hakim Rakib itu juga adalah pingat emas ke-33 negara pada temasya edisi ke-32 kali ini.
"Saya rasa gembira sangat, sukar nak digambarkan. Nak dapatkan pingat emas bukan mudah...susah sebab saya ada banyak komitmen...belajar, mengajar kelas taekwondo dan muay Thai. Memang perlu pengorbanan," katanya.
Ahmad Nor Iman Hakim berkata bapanya Rakib yang juga legenda tinju negara, ada memberi kata-kata semangat sebelum beliau turun bersaing pada final hari ini.
"Ayah beritahu strategi dan kata-kata semangat, dia cakap buat yang terbaik. Saya harap ibu bapa saya gembira dengan pingat emas yang dimenangi sebab adik saya dah dapat emas (Sukan SEA) dulu daripada saya.
"Adik saya lebih dahulu ke hadapan, saya rasa tertinggal. Itu mendorong saya untuk mendapatkan pingat emas. Adik juga ada beritahu supaya saya buat yang terbaik," katanya menjelaskan keinginannya yang tinggi bagi mendapatkan emas membuatkan beliau berjuang habis-habisan sehingga pertarungan tamat.
Sebagai rekod, Rakib adalah pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 1998 serta pingat perak Sukan SEA 2001.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2023

Kejayaan meraih emas itu amat bermakna bagi atlet berusia 23 tahun itu yang pertama kali bertanding dalam acara kick boxing. - Bernama

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).

Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.

Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025
Pemain hoki ais negara yang tersenarai menjalani latihan bakal melalui empat fasa saringan sebelum dipilih menyarung jersi Malaysia.

PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28
Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) menyasarkan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet panjat dinding negara menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.

Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.

ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.