Ringkasan AI
- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak pada April, dengan beberapa individu sudah dikenalpasti untuk jawatan tersebut.
- Menteri Hannah Yeoh mengesahkan bahawa proses temu duga untuk jawatan tersebut dan juga untuk jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) akan dijalankan dalam masa terdekat.
- Pengumuman mengenai pengganti CEO ISN Ahmad Faedzal Md Ramli yang akan menamatkan perkhidmatan pada 24 Februari akan dibuat dalam tempoh terdekat.
Menterinya Hannah Yeoh berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa individu yang sesuai untuk menggalas jawatan itu dan akan menjalankan proses temu duga dalam masa terdekat.
"Nama itu sudah pasti ada dan seperti jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) kita akan buat proses temu duga.
"Bagaimanapun, proses temu duga masih belum berjalan. Apa-apa kita akan kemas kini kepada media nanti," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Siri Golf Amatur Kebangsaan di Kelab Golf Saujana di sini hari ini.
Sebelum ini, Abdul Rashid dilantik menggantikan Datuk Ahmad Shapawi Ismail pada November 2023 selepas Ahmad Shapawi bersara wajib pada September 2023.
Dalam pada itu, Hannah berkata pihaknya telah menemui pengganti CEO ISN Ahmad Faedzal Md Ramli yang akan menamatkan perkhidmatan pada 24 Feb.
Pengumuman mengenai CEO ISN yang baharu itu bakal dibuat dalam tempoh terdekat.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)