KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan pelantikan 11 Ahli Lembaga Pemegang Amanah Impact Integrated (Impact) yang baharu.
Menterinya, Hannah Yeoh, berkata individu-individu yang dilantik itu telah melalui proses pemilihan yang teliti dan dipilih berdasarkan pengalaman luas dan kepakaran mereka dalam sektor masing-masing.
"Individu yang dilantik ini diyakini mampu mencetus impak positif kepada pembangunan Impact berdasarkan pengalaman dan kepakaran mereka sebagai agensi pemangkin strategik di bawah KBS," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan KBS.
Beliau memaklumkan melalui pelantikan barisan ahli lembaga baharu itu dapat menyasarkan hala tuju Impact dalam pengurusan program dan inisiatif mampan serta dapat memberi perkhidmatan yang profesional dan efisien kepada rakyat dan komuniti, terutamanya belia.
Ahli baharu dilantik itu adalah Pengarah Urusan AEON Big, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed sebagai pengerusi; Ketua Setiausaha KBS, Dr K. Nagulendran; Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Izzat Afifi; Ketua Pegawai Eksekutif, Bintang Capital Partners, Johan Rozali-Wathooth; Pengarah Strategi Korporat, Maybank Global Banking, Leon Koay.
Turut dilantik, Pengarah Pemimpin Global School Leaders (GSL), Samuel Isaiah; Pengasas Earth Heir, Sasibai Kimis; Pengasas Wiki Impact, Deborah Chan; Pegawai Kanan J. Kuldeep Kumar & Co, Athari Bahardin; Ketua Pegawai Eksekutif EPIC Collective, John-Son Oei dan Ketua Pegawai Eksekutif Courtsite, Samuel Siew.
Lantikan baharu itu akan menyertai ahli lembaga sedia ada terdiri daripada Pengarah Urusan Metamorfosa Sdn Bhd.,Kudsia Kahar serta Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan, Kementerian Kewangan,Norhidayati Zakaria.
Impact Integrated adalah sebuah agensi pemangkin strategik di bawah kawal selia KBS yang mempunyai tiga fokus utama iaitu belia, sukan elektronik, dan media merentasi beberapa jenama seperti Impact Malaysia, Rakita 107.9, Esports Integrated, Spacerubix, Picksum dan mySukan TV.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2023

Hannah berkata individu-individu yang dilantik itu telah melalui proses pemilihan yang teliti dan dipilih berdasarkan pengalaman luas dan kepakaran mereka dalam sektor masing-masing. - Gambar KBS
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.