IPOH: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meluluskan permohonan untuk menambah baik dan menarik taraf trek balapan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, di sini yang merupakan lokasi latihan atlet muda olahraga negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menggilap bakatnya.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri Khairul Shahril Mohamed berkata berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi panggilan telefon pada Rabu.
"Kita sudah lama mohon naik taraf trek tersebut. Menteri (Ahmad Faizal) maklumkan permohonan tersebut telah diluluskan. Ini penting bagi memudahkan atlet negara terus berlatih bersama jurulatih di situ.
"Kita sediakan kemudahan ini sebagai penanda aras dan kita tidak mahu dilihat menjadi kekangan (untuk beliau terus berjaya)," katanya ketika ditemui dalam satu majlis di sini semalam.
Pada Rabu, Ahmad Faizal memaklumkan pihaknya sedang mempertimbangkan untuk menaik taraf trek balapan di sekolah kluster sukan itu bagi melahirkan lebih ramai atlet berbakat dan berpotensi besar dalam sukan olahraga.
Dalam pada itu, Khairul Shahril berkata komitmen diterima Muhammad Azeem daripada Majlis Sukan Negara (MSN) seperti pembayaran elaun perlu diteruskan sekiranya atlet berkenaan memasang cita-cita untuk berlatih atau belajar di luar negara kelak.
"Saya sudah minta MSN untuk memperhalusi beberapa komitmen yang perlu kita laksanakan. Kalau dia kena berlatih atau belajar di luar negara, komitmen MSN dengannya perlu diteruskan. Kalau ada pertambahan, perlu dipertimbangkan kerana kita ingin beliau bersama dengan Kontinjen Perak.
"Pendapat saya eloklah Muhammad Azeem belajar di luar negara seperti di Amerika Syarikat kerana mempunyai kepakaran dalam bidang sains sukan dari konteks olahraga yang dilihat lebih baik di sana," katanya.
Muhammad Azeem, 18, mencipta sejarah dan kejutan apabila meraih tempat kelima di acara akhir Kejohanan Olahraga Remaja Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia pada Rabu selain memecahkan rekod 100 meter kebangsaan dengan catatan 10.09 saat dalam pusingan awal acara itu di kejohanan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022
![KBS lulus permohonan naik taraf trek latihan Muhammad Azeem di SMK Gunung Rapat KBS lulus permohonan naik taraf trek latihan Muhammad Azeem di SMK Gunung Rapat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659660030_KhairulShahril.jpg)
Khairul Shahril (kiri) melancarkan Program Pertubuhan Usahawan Teknologi, Inovasi dan Kreativiti Kinta Perak (PUTIK), SIL dan Aplikasi Stopover di Ipoh, semalam. Turut sama, Pengerusi PUTIK Norali Nordin. --fotoBERNAMA
Jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump
“Saya mohon kerajaan mempertimbangkan tuntutan pesawah”- YB Jerlun
Ahli Parlimen Jerlun mencadangkan kerajaan mempertimbangkan tuntutan pesawah dengan mengekalkan subsidi, menaikkan harga padi, kekalkan kadar potongan padi semasa, salurkan benih padi dan baja kepada agensi kerajaan dan mengenal pasti orang dalam agensi kerajaan agar tidak menjadi tali barut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739339164_tbMoU.jpg)
KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU
KPDN bersama Kementerian Perdagangan Turkiye, bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang akan memantau aspek pelaksanaan MoU yang dimeterai kedua-dua pihak.
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Rakyat Israel berhimpun di Tel Aviv selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengancam untuk menyambung serangan di Gaza jika Hamas tidak membebaskan tebusan Israel.
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
![Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739344427_TBBAGINDAALTANTUYA.jpg)
Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.
Kementerian pendidikan tidak kompromi isu murid cicir
Beberapa langkah telah diambil secara proaktif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani isu keciciran pelajar, antaranya Program Ziarah Cakna, penyediaan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC), modul Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI), serta modul kajian kes dan amalan terbaik.
Kerajaan belum beri lesen operasi kepada tiga syarikat
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor.
[TERKINI] Cuaca panas dan kering di utara Semenanjung
Cuaca panas dan kering melanda kebanyakan lokasi di utara Semenanjung, termasuk Perak, Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
![ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723386047_ShahFirdausSahrom.jpg)
ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu
Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom akan kekal beraksi dalam acara keirin dan pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
![Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711621554_tbmusimkemarau.jpg)
Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
![Tunggakan gaji pemain Perak FC dijangka selesai dalam 10 hari Tunggakan gaji pemain Perak FC dijangka selesai dalam 10 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638342549_KhairulShahrilMoha.jpg)
Tunggakan gaji pemain Perak FC dijangka selesai dalam 10 hari
Tunggakan gaji para pemain pasukan Perak FC kini mencecah tiga bulan dan ia sampai ke pengetahuan PFAM.
![Perak mahu hasilkan tangan palsu bantu OKU Perak mahu hasilkan tangan palsu bantu OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599773460_OKUTanganPalsu.jpg)
Perak mahu hasilkan tangan palsu bantu OKU
Sehingga kini lebih 60 tangan prototaip elektronik cetakan 3D yang berharga antara RM5,000 hingga RM10,000 seunit berjaya dihasilkan.