Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memantau kerja-kerja pemulihan kerosakan di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) di Kuantan, Pahang.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau menyambut baik usaha Jabatan Kerja Raya (JKR) yang memberi jaminan untuk menyelesaikan isu berkenaan.
"Terima kasih @JKRMalaysia. Saya akan pantau perkembangan ini. Belum sampai enam bulan tetapi kecacatan dah lebih 800 direkodkan.
"Kita kena proaktif dalam memastikan segala kerosakan dan kecacatan dibetulkan. Jangan sampai kerajaan perlu bayar lagi sekali untuk membetulkan keadaan," jelas Syed Saddiq menerusi entri dalam laman twitternya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan media daripada JKR semalam, yang mengesahkan kontraktor dilantik untuk projek pembinaan AMD, MMN Bina Sdn Bhd perlu bertanggungjawab terhadap kerosakan berlaku di akademi berkenaan.
JKR memaklumkan MMN Bina Sdn Bhd perlu bertanggungjawab terhadap kerosakan berlaku di akademi berkenaan berdasarkan Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) projek itu selama 24 bulan bermula 31 Mac 2018 hingga 31 Mac 2020 yang dipersetujui kedua-dua pihak tersebut.
JKR menjelaskan tindakan tegas akan diambil terhadap syarikat berkenaan sejajar dengan peruntukan terma-terma kontrak.
Jumaat lepas, Syed Saddiq dilaporkan membuat lawatan mengejut ke akademi berkenaan dan kecewa dengan pelbagai kepincangan di AMD yang dibina dengan kos RM85 juta.
Antaranya termasuk beberapa kemudahan di akademi berkenaan tidak diselenggara dengan baik selain beberapa kerosakan fasiliti yang berlaku di akademi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 09 2018

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau menyambut baik usaha Jabatan Kerja Raya (JKR) yang memberi jaminan untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Projek LRT Laluan Mutiara: 100 lot tanah akan diambil
Kerja fizikal projek LRT dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini, dengan tender untuk Pakej Tiga Projek LRT telah dibuka sejak Disember 2024.

Zayn Rayyan alami masalah pertuturan serius - Doktor
Zayn Rayyan didiagnosis sebagai receptive and expressive language delay.

Sekurang-kurangnya 137 terbunuh di Gaza dalam serangan Israel sejak gencatan senjata
Israel dituduh menggunakan sekatan dan kebuluran sebagai taktik pembunuhan perlahan, menyebabkan malapetaka kemanusiaan di Gaza.

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

KBS pantau proses pemulihan Akademi Mokhtar Dahari - Syed Saddiq
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memantau kerja-kerja pemulihan kerosakan di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) di Kuantan, Pahang.