BALIK PULAU: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) percaya Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mempunyai sebab yang kukuh sebelum mereka memutuskan untuk memberi pengiktirafan kepada lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pengiktirafan kepada Chong Wei dalam Hall of Fame 2023 BWF itu juga berdasarkan data dan statistik oleh BWF.
"Saya ada di sana semasa beliau (Chong Wei) dan Lin Dan menerima anugerah dan pengiktirafan itu...kalau kita lihat data serta statistik saya percaya BWF mempunyai sebab yang kukuh sebelum mereka memberi pengiktirafan itu.
"Kita juga bangga dengan pencapaian Lee Chong Wei," katanya kepada pemberita selepas Flag-Off Separuh Maraton Balik Pulau 2023 di Kompleks Sukan Balik Pulau di sini hari ini.
Hannah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat dalam satu video yang viral di media sosial, seakan tidak bersetuju dengan pemilihan Chong Wei untuk pengiktirafan tersebut.
Dalam video itu, Taufik mengakui bahawa Lin Dan lebih layak mendapat pengiktirafan itu, namun beliau mempersoalkan kewujudan nama pemain Malaysia berkenaan dalam senarai itu.
Pada 26 Mei lepas, Chong Wei, 41, dan Lin Dan dimasyhurkan dalam Hall of Fame BWF atas kejayaan dan sumbangan mereka terhadap sukan badminton kerana muncul sebagai pemain perseorangan lelaki paling dominan ketika era kegemilangan mereka.
Penguasaan Chong Wei dalam arena badminton menyaksikan beliau meraih 47 gelaran Siri Super atau Jelajah Dunia BWF sepanjang 19 tahun penglibatannya dan memegang gelaran nombor satu dunia selama 349 minggu.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu merupakan atlet badminton paling berjaya Malaysia dengan tiga pingat perak Sukan Olimpik iaitu Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016, serta tiga gelaran naib juara Kejohanan Dunia pada 2011, 2013 dan 2015.
Terdahulu, seramai 4,000 peserta dari 24 negara menyertai separuh maraton Balik Pulau itu yang turut dihadiri Ahli Parlimen Balik Pulau Datuk Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 04 2023

Hannah Yeoh berkata pengiktirafan kepada Chong Wei dalam Hall of Fame 2023 BWF itu juga berdasarkan data dan statistik oleh BWF. - Gambar/ FB Hannah Yeoh

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.

Paus Francis alami dua ‘kegagalan pernafasan akut’, sudah sedar dan sedang berehat - Vatican
Awal pagi Isnin, Paus Francis menjalani dua prosedur bronkoskopi dan doktor telah mengeluarkan lendir yang terkumpul.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"
Menang Oscar, Pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.
Trump akan maklum mengenai perbincangan galian Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memberikan maklumat terkini mengenai perjanjian galian Ukraine pada Selasa.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.

"Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang" - Lee Chong Wei
Sempena Hari Malaysia hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia.

Paralimpik Paris 2024: Chong Wei beri 'tabik spring' buat kontinjen negara
Datuk Lee Chong Wei, mengucapkan tahniah kepada kontinjen para negara yang berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia.

'Malaysia paling kuat apabila semua kaum bersama' - Lee Chong Wei
PERKONGSIAN mencuit hati legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mengenai perpaduan kaum di Malaysia sekali lagi mencuri perhatian.

Jangan jadi wira papan kekunci - Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei menggesa netizen supaya tidak berselindung di sebalik profil tanpa nama untuk membuat kenyataan menghina atlet Malaysia berikutan tamatnya Sukan Olimpik Paris.

‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."

Olimpik Paris: Chong Wei kongsi detik cemas bertukar kelakar disebabkan 'Jason'
Lee Chong Wei mendedahkan dia juga tidak dapat lari daripada perasaan cemas ketika menyertai temasya pertamanya di Athens pada 2004.

Olimpik Paris 2024: Jangan biar tekanan menguasai - Chong Wei
Kira-kira dua minggu menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, debaran pastinya kian dirasai pemain-pemain badminton negara apatah lagi selepas undian oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam.

Lee Chong Wei masih belum terfikir jadi jurulatih di BAM
Chong Wei pernah menerima tawaran daripada BAM dan luar negara tetapi masih tidak berminat untuk menjadi jurulatih.