KOTA BHARU: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia untuk bertemu dengan mana-mana persatuan belia yang berdepan dengan isu kelesuan termasuk membabitkan ahli persatuan, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata setakat ini, isu terbabit bukan sesuatu yang membimbangkan dalam kalangan persatuan belia memandangkan golongan belia dan persatuan ketika ini sangat aktif, tambahan pula persatuan belia sama ada yang bergabung dengan Majlis Sukan Negara (MSN) atau yang bergerak sendiri, mempunyai peranan masing-masing dalam masyarakat.
"Lesu atau tidak (persatuan) kita tidak tahu kayu ukur macam mana. Itu pendapat yg dikeluarkan oleh mereka (Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia Veteran (MAYC Veteran). Kita tengok dari sudut aktiviti golongan muda itu sendiri saya kira sekarang zaman ini sangat menarik (aktif).
"Malah, ramai golongan muda kini melibatkan diri dengan sangat aktif dalam ekonomi, inovasi, kesenian dan budaya. Bahkan, banyak tajuk-tajuk berita kini dihiasi dengan kejayaan golongan muda dan aktiviti ekonomi sekarang berkisar daya usaha golongan muda," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir merasmikan Majlis Sambutan Hari Pencegahan Lemas Sedunia Peringkat KBS Tahun 2023 dan tinjauan pelaksanaan program Kemahiran Latihan Asas Sukan: (KLAS Renang) di Kelantan Golf and Country Club Kota Bharu, di sini pada Jumaat.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan MAYC Veteran semalam yang mendedahkan penghijrahan orang muda ke bandar-bandar untuk mencari kerja atau penyambung pengajian antara punca banyak pertubuhan belia menjadi lesu.
Dalam perkembangan sama, Adam Adli berkata KBS baru sahaja melancarkan Program Rakan Muda yang merupakan antara usaha pembangunan jati diri golongan belia selain turut melancarkan Program Sekolah Rukun Negara, untuk mendedahkan belia dengan kefahaman dan pengetahuan demokrasi.
"Jadi kita boleh lihat banyak aktiviti yang telah dijalankan oleh kerajaan dengan melibatkan golongan belia. Lesu ini kalau tidak bergerak...tetapi sekarang kita bagi banyak platform untuk (belia) bergerak," katanya.
Mengulas mengenai program berkenaan, Adam Adli berkata KLAS Renang yang dilancarkan pada Mei lalu membabitkan kategori 12 tahun mendapat sambutan yang menggalakkan selain pihaknya akan memperluaskan ke kategori bawah enam tahun, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) pada masa akan datang.
"Kita boleh nampak pelaksanaan KLAS Renang ini sangat positif dan tidak mustahil sekiranya peserta bakal menjadi atlet pada satu hari nanti memandangkan menerusi program ini peserta bukan sahaja didedahkan dengan asas renang tetapi turut didedahkn dengan teknik-teknik renang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023
![KBS sedia bertemu dengan persatuan belia yang berdepan isu kelesuan KBS sedia bertemu dengan persatuan belia yang berdepan isu kelesuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690581706_AdamAdli.jpg)
Reaksi spontan Adam Adli ketika bergambar bersama para peserta pada Hari Pencegahan Lemas Sedunia di Kelantan Golf and Country Club, Kota Bharu, 28 Julai 2023. --fotoBERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733656712_tbWaffiyNorazmi.jpg)
KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.
![Isu 3R: AMK buat laporan polis terhadap Muhyiddin Isu 3R: AMK buat laporan polis terhadap Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720134839_AdamAdli.jpg)
Isu 3R: AMK buat laporan polis terhadap Muhyiddin
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, bersama-sama AMK Pahang.
![Perkasakan belia untuk kemajuan masa depan - Adam Adli Perkasakan belia untuk kemajuan masa depan - Adam Adli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720134839_AdamAdli.jpg)
Perkasakan belia untuk kemajuan masa depan - Adam Adli
Pengiktirafan Malaysia terhadap golongan itu adalah penting dalam usaha membentuk masa depan negara dan merujuk pengenalan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 tahun lepas.
![Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715759915_AdamAdli.jpg)
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
![Persatuan sukan perlu pastikan atlet ada perlindungan Perkeso - Adam Adli Persatuan sukan perlu pastikan atlet ada perlindungan Perkeso - Adam Adli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715747330_AdamAdli.jpg)
Persatuan sukan perlu pastikan atlet ada perlindungan Perkeso - Adam Adli
Kementerian Belia dan Sukan menggesa semua persatuan sukan memastikan atlet bernaung di bawahnya mendapatkan perlindungan Perkeso.
![KBS buat 22 perubahan dalam sembilan bulan untuk tambah baik pentadbiran sukan dan belia negara KBS buat 22 perubahan dalam sembilan bulan untuk tambah baik pentadbiran sukan dan belia negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705146820_KBSperubahan.jpg)
KBS buat 22 perubahan dalam sembilan bulan untuk tambah baik pentadbiran sukan dan belia negara
Dalam masa 9 bulan, KBS di bawah pimpinan Hannah Yeoh dan Adam Adli berjaya membuat 22 perubahan bagi menambah baik pentadbiran KBS.
![Adam Adli terkejut ‘kontroversi’ APBN dibawa ke Parlimen Adam Adli terkejut ‘kontroversi’ APBN dibawa ke Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700021522_AdamAdli.jpg)
Adam Adli terkejut ‘kontroversi’ APBN dibawa ke Parlimen
Isu tersebut bukanlah kepentingan awam buat masa sekarang malah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga telah mengendalikan isu tersebut sebaiknya.
![Sekolah dicadang terap elemen ilmiah, intelektual sampaikan mesej Palestin Sekolah dicadang terap elemen ilmiah, intelektual sampaikan mesej Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698502391_AdamAdliAbdulHali.jpg)
Sekolah dicadang terap elemen ilmiah, intelektual sampaikan mesej Palestin
Pihak sekolah dicadang menerapkan elemen ilmiah dan bersifat intelektual dalam menyampaikan mesej kepada pelajar supaya mereka lebih memahami tentang isu sebenar yang berlaku di Palestin.
![KBS akan bantu, sokong bangunkan sukan flag football KBS akan bantu, sokong bangunkan sukan flag football](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698390726_AdamAdliAbdulHali.jpg)
KBS akan bantu, sokong bangunkan sukan flag football
KBS akan membantu dan memberi sokongan diperlukan Malaysia American Football Association (MAFA) dalam membangunkan sukan flag football negara.
![KBS sedia bertemu dengan persatuan belia yang berdepan isu kelesuan KBS sedia bertemu dengan persatuan belia yang berdepan isu kelesuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690581706_AdamAdli.jpg)
KBS sedia bertemu dengan persatuan belia yang berdepan isu kelesuan
Setakat ini isu kelesuan bukan sesuatu yang membimbangkan memandangkan golongan belia dan persatuan ketika ini sangat aktif.