KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) bakal menggunakan khidmat ketua jurulatih import, bagi membimbing pasukan itu menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025.
Presiden KNDFC Rozi Muhamad berkata ketua jurulatih import itu akan diumumkan dalam masa terdekat dan akan digandingkan bersama jurulatih tempatan lain.
"Disebabkan beberapa isu teknikal kita tidak boleh mengumumkan nama beliau, insya-Allah sebelum raya kita akan mengumumkan ketua jurulatih ini, selepas isu teknikal diselesaikan.
"Kita telah mempunyai hubungan dengan jurulatih ini daripada aspek pemilihan pemain untuk memperkuatkan pasukan," katanya selepas Majlis Iftar Jamaie dan Pelancaran Penjenamaan Baharu Kelantan Darul Naim, di sini, malam tadi.
Rozi berkata pihaknya membelanjakan RM12 juta mempersiapkan pasukan, bagi memberi saingan pada Liga-M khususnya Liga Super musim ini.
"Daripada sudut bajet ini, kita lebih kepada pasukan Liga Super dan Piala Presiden. Kita juga memohon beberapa pelepasan daripada kerajaan negeri seperti Perbadanan Stadium, untuk mengurangkan kos pengurusan.
"Kita berbelanja mengikut kemampuan pasukan terutamanya dari aspek pemilihan pemain," katanya.
Rozi berkata untuk musim ini, KDN FC meletakkan sasaran berada di kedudukan kelima atau ketujuh terbaik dalam carta Liga Super.
Beliau berkata ia memberi sedikit tekanan kepada pihaknya, kerana musim ini hanya KDNFC yang mewakili Kelantan, kerana Kelantan FC tidak diberikan kebenaran bersaing di Liga-M musim ini.
"Kini kita akan memberi tumpuan menyatupadukan penyokong untuk memberi sokongan kepada KDNFC, kerana mewakili Kelantan berbading musim lalu hanya kelab sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024

Rozi hadir pada Majlis Iftar Jamaie dan Pelancaran Penjenamaan Baharu Kelantan Darul Naim, di Kota Bharu, malam tadi. - Foto Facebook Kelantan United Football Club

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Liga Super: Layth Kharoub dari Palestin sah sertai KDNFC
Pemain berusia 33 tahun itu adalah bekas pemain antarabangsa Palestin yang beraksi di posisi sayap dan berkeupayaan bertindak sebagai penyerang.

KDNFC nafi peletakan jawatan Timbalan Presiden, CEO kerana isu gaji pemain
Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) menafikan peletakan jawatan Timbalan Presiden KDNFC Datuk Zamri Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Wan Mohd Zul Ikman adalah disebabkan isu pembayaran gaji pemain.

Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan
Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) meletakan jawatan masing-masing, berkuat kuasa hari ini.

Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama
Kelantan Darul Naim FC (KNDFC) menurunkan harga tiket bagi perlawanan pertama pada Liga Super 2024/25 menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV.

Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.

KDNFC bawa masuk tiga lagi pemain import sertai Liga Super
Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) membawa masuk tiga lagi pemain import bagi melengkapkan skuad Liga Supernya dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/25.

KDNFC guna khidmat empat pemain import dari Korea Selatan
Empat pemain itu ialah Ri-Gwan Kim dan Ahoe Koo, kedua-duanya pemain pertahanan, Bae Kyeong Hwan (penyerang) dan Jung Byung Ju (tengah).

KDNFC bakal guna khidmat ketua jurulatih import
Presiden KNDFC berkata ketua jurulatih import itu akan diumumkan dalam masa terdekat dan akan digandingkan bersama jurulatih tempatan lain.