KUALA LUMPUR: Kemaraan jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia untuk memburu gelaran juara dunia pada Kejohanan Dunia BWF 2021 berakhir selepas beliau terpaksa menarik diri dalam set ketiga perlawanan suku akhir menentang Anders Antonsen dari Denmark di Huelva, Sepanyol hari ini.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Palacio de los Deportes Carolina Marin, Zii Jia yang merupakan pemain pilihan keenam mempamerkan aksi kelas tersendiri dan menundukkan pemain nombor tiga dunia Anders 21-12 dalam set pertama tetapi lepuh pada kaki kanannya menjejaskan permainan di pertengahan set kedua yang membolehkan pemain Denmark itu mengatasinya dengan 21-8.
Biarpun masih cuba meneruskan aksinya, Zii Jia pemain nombor tujuh dunia tidak berupaya menahan kesakitan apabila beliau menarik diri pada set ketiga yang menyaksikan Anders mendahului dengan selesa, pada 11-1.
Sebaliknya, hari ini merupakan detik kegembiraan buat beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang melakukan kejutan besar dalam kejohanan ini apabila mereka menumbangkan Juara Olimpik Tokyo, Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan.
Selepas ketinggalan set pertama 12-21, Yew Sin-Ee Yi bangkit kembali dengan penuh bersemangat pada dua set seterusnya dengan kemenangan 21-17 dan 21-15 untuk berhadapan beregu pilihan kelima Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun di peringkat separuh akhir.
Takuro-Yugo sebelum itu menewaskan beregu senegara Keiichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi, 21-18, 21-12.
Sementara itu dalam beregu campuran, cabaran Malaysia menerusi pilihan ke-10 Goh Soon Huat-Shevon Lai berakhir setelah mereka tewas 15-21, 13-21 kepada pilihan kedua Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 17 2021
Zii Jia yang merupakan pemain pilihan keenam mempamerkan aksi kelas tersendiri dan menundukkan pemain nombor tiga dunia Anders 21-12 dalam set pertama, - Gambar/ Stadium Astro
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Perolehan aset ATM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Lee Zii Jia sah tidak sertai Terbuka India, Masters Indonesia
Lee Zii Jia tidak akjan menyertai Kejohanan Terbuka India dan Kejohanan Masters Indonesia yang akan berlangsung bulan ini.
Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia minggu depan
Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia, permohonan maaf memadai - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pemohonan maaf daripada pihak penaja Lee Zii Jia, Victor berhubung isu Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain itu sudah memadai.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.