KUALA LUMPUR: Sukan permotoran sememangnya tinggi dengan risiko kemalangan jiwa dan kecederaan serius, namun ia bukan penghalang buat pelumba cilik Qabil Irfan Azlan, yang mahu mencipta nama selaku jaguh dalam sukan itu.
Walaupun pernah terjatuh dan mengalami kecederaan beberapa kali, pelumba 11 tahun itu tetap berani mengharungi adrenalina dan keterujaan menunggang motosikal dengan laju.
"Saya pernah jatuh banyak kali, paling teruk ketika Siri MiniGP Malaysia Series di Litar Tangkak tahun lepas, apabila mengalami kecederaan dan bengkak," katanya yang sudah mula berlumba seawal usia empat tahun menggunakan pocket bike.
"Tetapi saya tidak trauma, dan kesakitan itu hanya sekejap sahaja. Bila dapat berlumba kembali, ia (kesakitan) dah tak rasa," kata pelumba dengan ketinggian 142cm itu ketika temu bual bersama Bernama semalam.
Qabil merupakan antara lima pelumba remaja yang akan mewakili negara pada Siri Dunia MiniGP 2023 di Valencia, Sepanyol, bermula 21 hingga 23 Nov ini.
Siri dunia itu turut disertai oleh Muhammad Farish Hafiy, 15, yang akan menyertai Asia Talent Cup (ATC) 2023 Jumaat ini, bersama Farres Putra, 15, dan Emil Idhzar Ezuan, 16, bagi kategori 190cc, manakala Muhammad Airel Marzuki, 11, pula akan bersaing untuk kategori 160cc bersama Qabil.
Qabil, yang bakal beraksi buat kali kedua di Siri Dunia selepas meraih tempat keempat keseluruhan tahun lepas, berasa teruja untuk kembali bersaing bersama pelumba dari negara-negara lain terutamanya Eropah dan yakin boleh mengekalkan momentum lebih baik daripada tahun lepas.
Sementara itu, bekas pelumba Moto3 negara Zulfahmi Khairuddin selaku jurulatih kepada bakat-bakat muda itu, berharap agar semua lima peserta pada kali ini dapat mempamerkan prestasi terbaik dan kedudukan podium sekiranya semua berjalan lancar.
"Saya harap semua pelumba dapat bagi saingan di kelompok hadapan dan memberi saingan untuk mendapatkan podium di salah satu perlumbaan, sama ada perlumbaan 1, 2 ataupun super final nanti," katanya.
Zulfahmi berkata pihaknya juga tidak mahu meletakkan suatu sasaran yang sangat tinggi sehingga menyebabkan para pelumba rasa tekanan, sambil berkata kesemua mereka telah dipilih berdasarkan prestasi yang ditunjukkan pada lima pusingan MiniGP Malaysia anjuran Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM).
Siri Dunia MiniGP 2023 akan disertai pelumba motosikal dari yang beraksi cemerlang dalam 17 siri di negara masing-masing, yang terdiri daripada siri Australia, Austria, Kanada, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Ireland, Itali, Jepun, Malaysia, Portugal, Qatar, Sepanyol, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Alpe Adria.
Siri Dunia MiniGP merupakan perlumbaan yang diperkenalkan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) pada 2021 sebagai langkah pertama dalam Road to MotoGP. Ia merangkumi dua kelas perlumbaan, iaitu 160cc untuk pelumba berusia 10-14 tahun dan 190cc untuk pelumba 12-16 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023

Qabil (kiri) dan Zulfahmi ketika ditemu bual Bernama semalam. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

ESBK: Aura Hari Kebangsaan bantu Qabil Irfan raih podium di Sepanyol
Aura Hari Merdeka seakan-akan merasuk pelumba muda itu yang bermula baik dengan mengekalkan jarak di antara kedudukan lima terbaik sepanjang awal perlumbaan.

Qabil Irfan berlumba di ESBK kategori Moto4 musim 2024
Qabil Irfan Azlan bakal berlumba dalam Kejuaraan Spanish Superbike (ESBK) bagi Kategori Moto4 bersama pasukan Sepanyol, VHC Frando Racing untuk musim penuh 2024.

Kerajaan Terengganu sedia insentif khas untuk pelumba cilik negara
Insentif dalam bentuk wang tunai itu akan diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Rabu depan.

Qabil Irfan cipta kejutan di Valencia, juarai MiniGP 2023
Pelumba cilik negara Qabil Irfan Azlan mencipta sensasi tersendiri selepas merangkul gelaran juara keseluruhan Kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023 di Valencia, Sepanyol hari ini.

Kecederaan ketika berlumba bukan penghalang untuk Qabil cipta kemenangan
Walaupun pernah terjatuh dan cedera, pelumba 11 tahun itu tetap berani mengharungi keterujaan menunggang motosikal dengan laju.