PETALING JAYA: Walaupun dihimpit isu kecederaan seorang demi seorang pemain tonggak, pengendali skuad Harimau Malaya Kim Pan Gon kekal optimis menyediakan barisan pemain berkualiti bagi menghadapi baki dua perlawanan Kumpulan D, pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan, bulan hadapan.
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain, yang mampu menggalas cabaran membawa pasukan negara melangkah ke peringkat seterusnya, dalam saingan tersebut.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini mengumumkan senarai nama 23 pemain bagi menyertai kem latihan pusat bermula Isnin, menyaksikan tonggak utama seperti pemain sayap masing-masing Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim, serta penyerang Romel Morales diketepikan berikutan masalah kecederaan.
"Ia satu masalah besar dengan kes berkaitan Faisal Halim, kecederaan Arif Aiman dan kecederaan buku lali Morales. Semua penyerang utama ada masalah dan ini yang kita hadapi pada ketika ini, tetapi kita masih ada pemain lain.
"Saya percaya kesemua pemain mempunyai kualiti yang sama, mungkin mereka mempunyai motivasi yang lebih dan ini masa mereka untuk buktikannya. Bagaimanapun kita akan cuba mencari pilihan terbaik dan percaturan untuk persediaan kepada perlawanan itu," katanya ketika ditemui semasa kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini pada Isnin.
Terdahulu, isu kecederaan pemain terus berlarutan selepas seorang lagi tonggak Syafiq Ahmad, juga terpaksa digugurkan daripada senarai apabila mengalami kecederaan seperti dimaklum FAM.
Pan Gon bagaimanapun memanggil pemain Kuala Lumpur City FC Zhafri Yahya, untuk mengisi kekosongan pemain Kedah Darul Aman FC itu.
Selepas empat perlawanan, Malaysia yang berada di posisi ketiga Kumpulan D dengan enam mata akan menentang Kyrgyzstan di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek pada 6 Jun sebelum bertemu Taiwan pada aksi terakhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini pada 11 Jun.
Kyrgyzstan kini menerajui saingan Kumpulan D diikuti Oman di tempat kedua, dengan masing-masing mengumpul sembilan mata.
Kedua-dua pasukan itu akan bertemu dalam perlawanan terakhir kumpulan pada 11 Jun, sementara Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.
Pasukan negara memerlukan tiga mata dalam kedua-dua perlawanan terakhir, sambil mengharapkan Oman menumpaskan Kyrgyzstan untuk mencerahkan peluang mencipta sejarah layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026, serta melayakkan diri lebih awal ke Piala Asia 2027.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2024

Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain, yang mampu menggalas cabaran membawa pasukan negara melangkah ke peringkat seterusnya. - Foto fail/BERNAMA
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.

Masalah kecederaan belenggu pasukan TFC berdepan JDT
Ketua Jurulatih Nafuzi Zain mengakui bahawa beberapa tonggak utamanya terpaksa direhatkan akibat masalah kesihatan dan kecederaan.