ALOR SETAR: Kerajaan negeri bercadang menjual sebahagian tanah yang akan dibangunkan litar lumba di Sungai Petani bagi mendapatkan dana untuk membiayai kos pembinaan litar itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.
Beliau berkata pembinaan litar yang sebelum ini telah berjalan, namun tertangguh sejak beberapa tahun lalu juga akan menggunakan reka bentuk asal yang menelan kos RM30 juta.
"Tanah untuk dibangunkan litar itu luas ada 100 ekar lebih. Tanah itu milik Menteri Besar Incorporated (MBI). Sebelum ini Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memperuntukkan RM30 juta untuk pembinaan litar itu dan RM10 juta telah dibelanjakan untuk kerja tanah bagi pembinaan litar itu.
"Sekarang baki tinggal RM20 juta dan memang tidak cukup untuk membina litar itu dan perlu cari dana lain. Selain itu bayaran kepada pihak perunding projek sebanyak RM890,000 juga tidak dibuat oleh kerajaan negeri sebelum ini," katanya ketika ditemui pada Program Santai Belia di sini pada Sabtu.
Menurutnya, kerajaan negeri sebelum ini telah mengubah pelan asal litar itu untuk menjadikannya lebih besar dengan menggunakan piawaian antarabangsa membabitkan kos RM73 juta.
Katanya, projek tersebut kemudian terhenti kerana kos yang tinggi dan KBS juga tidak dapat menyalurkan peruntukan tambahan yang diperlukan.
Muhammad Sanusi berkata bagi memastikan projek itu dapat berjalan semula, kerajaan negeri akan menggunakan pelan dan reka betuk asal membabitkan kos RM30 juta, namun perlu mencari sumber dana baharu bagi menampung kekurangan peruntukan.
"Sekarang ini kita di peringkat jual tanah. Tanah itu akan dibahagikan kepada dua bahagian dengan sebahagian akan dibangunkan kawasan komersial dan sebahagian lagi untuk litar itu yang akan dibiayai dengan dana sedia ada dan dana baharu," katanya.
Ditanya jangkaan tempoh masa projek itu akan siap, Muhammad Sanusi berkata perkara tidak dapat ditentukan buat masa ini memandangkan pihaknya masih di peringkat mendapatkan dana yang akan melibatkan proses pindah milik tanah dan pembayaran dengan pelbagai pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022

Muhammad Sanusi berkata, projek tersebut terhenti kerana kos yang tinggi dan KBS juga tidak dapat menyalurkan peruntukan tambahan yang diperlukan. - Gambar fail/BERNAMA

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.

F1 GP Singapura: Sesi latihan tergendala, biawak masuk litar Marina Bay
Sesi latihan Grand Prix Formula One Singapura tergendala seketika susulan seekor biawak berada di landasan Litar Perlumbaan Marina Bay, hari ini.

Orang awam ceroboh projek lebuh raya belum siap boleh dikenakan tindakan - JKR
Orang awam dilarang menceroboh masuk ke kawasan jajaran projek Membina Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama.

4 maut, 8 cedera kereta lumba rempuh penonton di Hungary
Antara mangsa yang cedera parah ialah seorang kanak-kanak.

Penonton maut dirempuh kereta di Litar Dato Sagor
Seorang lelaki maut akibat dirempuh kereta yang terbabas di Litar Dato Sagor, Kampung Gajah pada Sabtu.

Kedah cadang jual tanah litar Sungai Petani untuk biayai projek - MB
Pembinaan litar itu sebelum ini telah berjalan, namun tertangguh sejak beberapa tahun lalu.

Yamaha papar video 'teaser' pelancaran jentera, adakah YZF-R7?
Yamaha R7 menggunakan enjin Yamaha MT-07 tetapi mempunyai fairing penuh seperti Yamaha R1, Yamaha R6 dan Yamaha R15.

Valentino Rossi positif COVID-19
Ini bermakna dia bakal terlepas aksi MotoGP Aragon.

Selangor akan bina litar lumba di Gombak - Amiruddin
Kerajaan Selangor bercadang membina satu litar lumba di tanah seluas 20 ekar di kawasan Sungai Tua, Gombak.

'Farid tak pernah halang minat saya jadi pelumba kereta, malah...' - Diana Danielle
Menurut Diana, Farid merupakan seorang individu yang sentiasa menyokong apa sahaja yang ingin dilakukan dan memberi galakan untuk terus berjaya.

Satu litar lumba di setiap negeri - Khairy
KBS berhasrat untuk mencapai sasaran tersebut dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun ini.