ALOR SETAR:Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menzahirkan harapan agar pihak kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara dapat memberi kebenaran agar kejohanan tertua di Asia Tenggara iaitu Piala Malaysia dapat diteruskan dalam masa terdekat.
Menurut Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor, cadangan terbaik ketika ini adalah kesemua perlawanan berbaki dapat diadakan di negeri yang tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti Perlis, Kelantan atau Pahang.
Beliau turut yakin bahawa cadangan berkenaan tidak akan menimbulkan mana-mana masalah kepada Persatuan Bolasepak (FA) atau Kelab Bolasepak (FC) yang terlibat asalkan kejohanan itu dapat diteruskan.
Tambah Sanusi, penangguhan Piala Malaysia juga akan menyebabkan kebanyakan pasukan terpaksa menanggung kos lebih tinggi khususnya dari segi pembayaran gaji selain masalah kontrak pemain yang kebanyakannya akan tamat penghujung bulan ini.
Pasukan yang layak ke kejohanan peringkat Asia pula seperti Kedah dijangkakan akan berdepan dengan kesuntukan masa bagi mempersiapkan skuad terbaik menjelang musim hadapan.
"Kita terpaksa akur lah dengan (arahan Piala Malaysia ditunda) tu, (tetapi) kita minta FAM buat rayuan kepada MKN atau kerajaan persekutuan di mana bukan sahaja Kedah, negeri lain pun sama juga. Lagi lama kita tunggu lagi lambat habis, kita agak tertekan dengan persiapan musim hadapan, kalau cepat habis lagi bagus.
"Kalau (perlawanan) tak boleh main di Kedah, main di Pahang, (kerana) negeri dia (status) hijau, atau di Kelantan atau di Perlis, lawan sana kalau mereka mahu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman pada Selasa.
Pada Isnin, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memutuskan saingan Piala Malaysia 2020, akan ditangguhkan ke suatu masa yang akan ditetapkan.
BACA: Piala Malaysia ditangguh - Ismail Sabri
Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, walaupun buat masa ini pertandingan bola sepak diadakan tanpa penonton, namun MKN berpendapat sukan itu melibatkan sentuhan antara pemain yang boleh menyebabkan risiko jangkitan COVID-19.
Abd Hadi Che Awang
Tue Nov 10 2020

Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan bahawa cadangan paling terbaik ketika ini adalah kesemua perlawanan berbaki dapat diadakan di negeri yang tidak dikenakan PKPB. - Gambar fail

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Pelajar didakwa pukul pengadil, KFA tunggu laporan penuh
Menurut Farhan, kejadian yang tular tersebut seharusnya tidak berlaku melibatkan kekerasan terutamanya pemain di peringkat akar umbi.

Kedah harap Piala Malaysia diteruskan, adakan di Perlis, Pahang atau Kelantan
KFA menzahirkan harapan agar pihak kerajaan dan MKN dapat memberi kebenaran agar Piala Malaysia dapat diteruskan dalam masa terdekat.

Sanusi letak jawatan Presiden KFA berkuat kuasa 15 Oktober
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah pada 25 September lalu.

"Darul Aman FC dipilih sebab tidak mahu jadi ayam goreng" - MB Kedah
Tiada lagi skuad Kenari, tiada lagi Lang Merah, sebaliknya, pasukan bola sepak Kedah akan menggunakan Darul Aman FC (DFC).

Isu gaji: KFA buat Aidil Sharin tertanya-tanya
Ia berdasarkan kekeliruannya apabila pihak KFA dikhabarkan masih mahu berunding mengenai baki pembayaran gaji yang masih tertunggak itu.

Kenyataan Sanusi tambah perit skuad Kedah
Tanpa gaji selama lima bulan, menyaksikan kesukaran bersilih ganti yang terpaksa dihadapi barisan pemain Kedah.

Tidak boleh guna peruntukan kerajaan negeri bayar gaji pemain Kedah - Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi Md Nor berkata, walaupun ada pihak yang menyuarakan pandangan agar kerajaan negeri membantu KFA, perkara itu tidak boleh dilakukan.

Situasi Lang Merah memalukan! - Azraai
Status pasukan Hijau Kuning itu selaku pasukan elit Liga Malaysia (Liga-M) tercemar gara-gara isu gaji tertunggak.

Isu penamatan kontrak: FAM tolak rayuan KFA, Akhyar kekal bayar RM210,000
Tuntutan Akhyar menamatkan kontraknya melalui tebus kontrak diterima sepenuhnya jawatankuasa itu dan beliau dibenarkan menebus kontraknya dengan KFA melalui bayaran tebus kontrak RM210,000.

KFA putuskan tidak lagi guna khidmat Liridon Krasniqi
Khidmat Liridon Krasniqi tidak lagi diperlukan bagi memberi peluang kepada muka baharu untuk membarisi skuad Helang Merah.