KUALA LUMPUR: Bekas bintang bola sepak negara era 80-an Azhar Mohd Sharif enggan orang ramai bersimpati dengan situasi sukar dialaminya selepas menjadikan sebuah rumah di lereng bukit di Kampung Kemensah, di sini, sebagai tempat tinggal.
Duda berusia 56 tahun itu yang pernah beraksi bersama Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, Mendiang Datuk R. Arumugam dan Zainal Abidin Hassan ketika mewakili Selangor satu ketika dahulu, berkata ia antara ikhtiar hidup yang dilakukan selepas terkesan impak pandemik COVID-19.
Menerangkan keadaan kehidupannya kini, Azhar bersyukur masih diberi kekuatan untuk membuat kerja sampingan dengan mengambil upah menjaga reban ayam milik rakannya yang juga pemilik rumah diduduki itu, selain mengharapkan bantuan zakat setiap bulan.
"Walaupun dalam keadaan begini saya masih boleh berdikari, saya terima takdir yang sudah tertulis tetapi jika ada mana-mana pihak ingin membantu terpulang kepada mereka. Cuma saya tidak mahu orang ambil kesempatan atau pun ia menyebabkan orang mengata.
"Saya dan anak terkejut apabila membaca artikel yang tular seolah keadaan begitu teruk sekali. Saya tidak terfikir untuk dilihat sebagai meminta simpati mana-mana pihak tetapi macam saya cakap, saya tidak akan tolak kalau ada bantuan dihulurkan," katanya kepada Bernama, pada Selasa.
Media tempatan sebelum ini melaporkan Azhar hidup melarat dan tinggal di sebuah rumah usang di dalam hutan sekali gus mencetuskan tanda tanya apakah tiada sebarang bantuan disalurkan kepada bekas pemain itu.
Menurut Azhar, penularan pandemik COVID-19 sejak tahun lalu menyebabkannya hilang punca pendapatan sebagai jurulatih beberapa pasukan komuniti sekitar Gombak sekali gus mengambil keputusan tinggal di rumah itu.
Jelasnya yang kini lebih minat untuk mendalami ilmu agama serta tidak kisah jika ditempatkan di mana-mana pusat pembelajaran agama sekitar Lembah Klang, beliau sering didatangani anak perempuan tunggalnya bersama menantu yang akan membawa pelbagai bekalan keperluan asas.
Beliau yang memiliki Lesen Kejurulatihan B Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut mengakui sering dibantu rakan-rakannya termasuk bekas pemain negara, namun tidak terkilan apabila tidak pernah menerima bantuan daripada mana-mana persatuan bola sepak dalam negara.
Sementara itu, Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingan ketika dihubungi Bernama berkata FAM tidak pernah mengabaikan kebajikan bekas pemain kebangsaan yang memerlukan.
"Saya yakin jika kami berhubung dengan beliau, kita dapat cari jalan untuk menampung keperluan beliau. Saya akan dapatkan maklumat terperinci dan dapat bercakap dengan beliau sendiri dengan secepat mungkin," katanya.
Sepanjang karier sebagai pemain, Azhar pernah merangkul kejuaraan Piala Malaysia bersama skuad Gergasi Merah sebanyak dua kali iaitu pada edisi 1984 dan 1986, selain membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka 1986.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 25 2021

Azhar (kiri) bersyukur masih diberi kekuatan untuk membuat kerja sampingan dengan mengambil upah menjaga reban ayam milik rakannya. - Foto Sinar Harian
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Kehidupan sukar tapi bukan mahu simpati - Bekas bintang Selangor
Duda berusia 56 tahun itu berkongsi antara ikhtiar hidup yang dilakukan selepas terkesan impak pandemik COVID-19.