SOLO : Mengambil aura semangat adik, Bonnie Bunyau Gustin meraih emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 awal pagi tadi, turut meningkatkan semangat abangnya untuk mencipta kejayaan di Sukan Para ASEAN (APG) ke-11, di sini.
Bryan Junency, 25, telah mempamerkan aksi yang bertenaga untuk membawa pulang sebutir emas dan perak dalam acara powerlifting kategori 80 kilogram (kg) di sebuah hotel di sini.
Badang kerdil berasal dari Serian, Sarawak itu, muncul juara bagi acara keseluruhan dengan angkatan sejumlah 498kg dalam tiga percubaan, mengatasi pesaing dari Indonesia, Tambi Sibarani (495kg) dan Min Zaw Win (110kg) dari Myanmar.
Namun, Bryan terpaksa berpuas hati dengan perak bagi angkatan terbaik menerusi bebanan 170kg pada percubaan ketiga, hanya kurang tiga kilogram berbanding Tambi, manakala peserta Myanmar itu meraih gangsa dengan angkatan 110kg pada percubaan pertama.
"Saya sebenarnya tak sangka boleh menang kerana tengok angkatan pihak lawan lebih tinggi, namun saya berpuas hati. Ada juga bawa semangat Bonnie...Ada berhubung dengannya, ucap tahniah kepada dia, manakala dia cakap buat yang terbaik," katanya.
Ini merupakan penampilan keduanya di APG, selepas menamatkan saingan di tempat keempat pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.
Terdahulu, Bonnie Bunyau merangkul emas Birmingham 2022 mencatatkan rekod Sukan Komanwel setelah melakukan angkatan 220kg dalam kategori lightweight bawah 72kg.
Sementara itu, Nicodemus Manggoi Moses berjaya menyambar kedua-dua emas bagi acara 88kg lelaki selepas mengangkat muatan terbaik 185kg serta keseluruhan 548kg.
Pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik peserta Indonesia ,Andika Eka Jaya (512kg/173kg) dan wakil Thailand, Somsak Kakuen (507kg/170kg).
Bagi kategori 97kg lelaki, Wan Nur Azri Wan Azman meraih perak bagi angkatan terbaiknya seberat 173kg, manakala muatan sejumlah 343kg hanya memberikannya gangsa keseluruhan.
Wakil tuan rumah, Atmaji Priambodo (568kg/193kg) merangkul kedua-dua emas bagi kategori tersebut, manakala badang dari Thailand, Boontun Chadarum (477kg/ 161kg) meraih perak keseluruhan dan gangsa angkatan terbaik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022

Ini merupakan penampilan kedua Bryan di APG, selepas menamatkan saingan di tempat keempat pada edisi 2017 di Kuala Lumpur. - Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Kejayaan adik di Birmingham cetus semangat abang di Indonesia
Ini merupakan penampilan kedua Bryan di APG, selepas menamatkan saingan di tempat keempat pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.