Dua pingat emas yang dimenangi pada hari pertama Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Velodrom Nasional, di sini, pada Ahad menjadi pembakar semangat untuk Mohd Azizul Hasni Awang melakar keputusan positif dalam beberapa kejohanan selepas ini.
Jaguh berbasikal negara itu menjelaskan beliau tidak menyangka dapat menewaskan seorang lagi pelumba kebangsaan, Muhammad Fadhil Mohd Zonis dalam acara 1km ujian masa individu lelaki, memandangkan acara berkenaan merupakan acara pilihan pelumba kelahiran Selangor itu.
Anak jati Terengganu itu meraih emas dalam acara berkenaan setelah mencatat masa terpantas 1 minit 03.168 saat, disusuli Muhammad Fadhil dengan pingat perak (1:04.283 saat), manakala pelumba Johor, Amar Danial Masri terpaksa berpuashati dengan pingat gangsa setelah mencatat masa 1 minit 05.052 saat.
"Secara keseluruhannya, saya berpuashati dengan pencapaian saya, tetapi saya turut gembira dengan pencapaian Muhammad Fadhil dan rakan senegara yang lain, kecuali kepada Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang kurang sihat," katanya ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya perlumbaan berkenaan.
Mohd Azizulhasni turut memenangi acara pecut setelah menewaskan Muhammad Fadhil.
Dalam pada itu, Mohd Azizulhasni yang lebih dikenali sebagai "The Pocket Rocketman" memaklumkan beliau berpuashati dengan kutipan mata yang diraihnya pada kejohanan berkenaan dan Kejohanan Grand Prix Asia Tenggara, di venue yang sama, baru-baru ini bagi menempah tiket beraksi kejohanan Siri Piala Dunia seterusnya yang merupakan medan kutipan mata ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Bagi saya, pungutan mata yang saya perolehi ketika ini sudah memadai untuk layak beraksi pada Siri Piala Dunia, tapi saya rasa Muhammad Shah masih perlu banyak mencari mata dalam beberapa kejohanan selepas ini," katanya.
Pandangan sama turut disuarakan pelumba wanita elit negara, Fatehah Mustapa yang meraih dua emas dalam acara 500m ujian masa individu dan pecut wanita, dan menyifatkan kejohanan berkenaan sebagai medan pemanas terbaik sebelum menyertai Kejohanan Berbasikal Trek Piala Asia di India dari 21-23 September depan.
"Alhamdulillah, saya amat berpuashati dengan pencapaian saya pada kali ini, terutamanya catatan masa saya pada kejohanan ini walaupun ia agak sedikit menurun berbanding Kejohanan GP Asia Tenggara, di sini, baru-baru ini.
"Kejayaan ini merupakan pembakar semangat untuk saya kembali bangkit untuk memburu pingat di India nanti," jelas pelumba berusia 30 tahun itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 25 2019

Azizulhasni berpuashati dengan kutipan mata yang diraih pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan dan Kejohanan Grand Prix Asia Tenggara, di venue yang sama, baru-baru ini. - Gambar fail

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Kejayaan di kejohanan kebangsaan medan terbaik Azizulhasni buru tiket ke Tokyo
Beliau tidak sangka dapat menewaskan Muhammad Fadhil Mohd Zonis dalam acara 1km ujian masa individu lelaki, memandangkan acara berkenaan merupakan acara pilihan pelumba kelahiran Selangor itu.