KOTA BHARU: Kelantan FC nyata bukan tandingan Johor Darul Ta'zim (JDT) II apabila tumpas 0-3 di tangan pasukan dari selatan tanah air itu pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam.
Pada perlawanan itu, JDT II memecah kebuntuan menerusi gol pertama seawal minit ke-11 menerusi tandukan kencang ketua pasukan Mohamad Fadhli Mohd Shas hasil sepakan sudut Stuart John Wilkin yang melepasi jangkauan penjaga gawang tuan rumah Mohamad Faridzuen Kamarudin.
Dua minit berselang, Fernando Rodrigues mengukuhkan cengkaman JDT II apabila meledak gol kedua pasukan pelawat.
Tuan rumah yang tersentak dengan dua jaringan pelawat itu cuba bangkit pada minit ke-21, namun rembatan Natanael Ringo berjaya ditepis keluar penjaga gol JDT II T.Shaheeswaran untuk menyelamatkan keadaan.
Peluang terbaik Kelantan FC merapatkan jurang jaringan hadir pada minit ke-40 tetapi rembatan padu Muhammad Izaffiq Ruzi sekadar mengegar sisi jaringan gol pelawat dan keputusan itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Ringo hampir-hampir menghadiahkan jaringan pertama Kelantan FC pada minit ke-51 namun tandukannya terus ke dakapan Shaheeswaran.
Keghairan Kelantan FC mencari jaringan sulung dihukum dengan jaringan ketiga JDT menerusi rembatan Kei Hirose pada minit ke-56 yang gagal diselamatkan oleh Mohamad Faridzuean Kamarudin.
Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan menyaksikan JDT II memintas Terengganu FC (TFC) II di kedudukan ketiga liga dengan perbezaan satu mata selepas mengumpul 33 mata daripada 19 perlawanan
Dalam pada itu, satu lagi aksi Liga Premier melibatkan Kuching City FC dan Kelantan United FC di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang petang semalam telah ditunda ke tarikh lain susulan dua pemain pasukan pelawat didapati positif COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 11 2021

Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan menyaksikan JDT II memintas Terengganu FC (TFC) II di kedudukan ketiga liga. - Stadium Astro

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.