KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak negara Bawah-23 (B-23) sekali lagi tidak bernasib baik apabila penyerang Shafi Azswad Sapari, yang dikerah untuk menggantikan seorang pemain yang disahkan positif COVID-19, turut dijangkiti virus itu.
Menjelang perlawanan Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-23 menentang Myanmar hari ini, ketua jurulatih Brad Maloney mengesahkan bahawa ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) II itu, semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada Ahad didapati positif.
"Ujian PCR sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah negatif, tetapi beliau disahkan positif menerusi satu ujian ketika tiba di sini.
"Pendaftaran (pemain) telah ditutup pada Ahad, jadi kami terpaksa meneruskan kempen dengan 27 pemain," katanya dalam sidang media maya dari ibu negara Kemboja itu, pada Isnin.
Maloney berkata menurut prosedur COVID-19 di Kemboja, seseorang pemain perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari dan hanya akan dilepaskan untuk menyertai pasukan selepas 48 jam disahkan negatif dalam ujian PCR kedua.
Shafi Azswad dipanggil untuk menggantikan Fahmi Daniel Zaaim yang didapati positif COVID-19 semasa ketibaan pasukan negara di Phnom Penh, Jumaat lepas.
Sebelum ini, Maloney terpaksa menggugurkan Muhammad Safwan Mazlan selepas pemain berkenaan dijangkiti virus itu ketika kem latihan berpusat di Petaling Jaya.
Sementara itu, Maloney telah memilih Mohd Aiman Afif Md Afizul untuk menggalas tanggungjawab sebagai kapten pasukan dalam perlawanan Kumpulan B bertemu Myanmar hari ini dan Laos Jumaat ini.
"Beliau telah bersama saya sejak hari pertama pada 2019, orang pertama yang menjaga kumpulan ini kerana beliau telah menjadi sebahagian daripada setiap pasukan yang kami pilih dalam kejohanan ini," katanya.
Sementara itu, Mohd Aiman Afif berkata ia adalah tanggungjawabnya bagi memastikan komunikasi antara anggota pasukan dan jurulatih sentiasa baik.
"Bagi saya setiap perlawanan yang kita hadapi kita perlu beri 100 peratus dan kita tidak boleh ambil mudah dengan mana-mana lawan. Jadi semua pemain perlu beri yang terbaik untuk Selasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 14 2022
![Kejohanan AFF B-23: Pemain gantian Shafi Azswad turut positif COVID-19 Kejohanan AFF B-23: Pemain gantian Shafi Azswad turut positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644856444_BradMaloney.jpg)
Sebelum ini, Maloney terpaksa menggugurkan Muhammad Safwan Mazlan selepas pemain berkenaan dijangkiti virus itu ketika kem latihan berpusat di Petaling Jaya. - Foto BERNAMA
![Amnesty International kecam cadangan Trump pindahkan rakyat Palestin sebagai keterlaluan Amnesty International kecam cadangan Trump pindahkan rakyat Palestin sebagai keterlaluan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-01/71548479311_AgnesCallamard.jpg)
Amnesty International kecam cadangan Trump pindahkan rakyat Palestin sebagai "keterlaluan"
Amnesty International menyatakan cadangan Donald Trump untuk memindahkan rakyat Palestin dari Gaza adalah "keterlaluan" dan "satu pencabulan undang-undang antarabangsa.
![Beberapa jalan di George Town ditutup mulai 10 Feb sempena Thaipusam Beberapa jalan di George Town ditutup mulai 10 Feb sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841773_HinduThaipusam.jpg)
Beberapa jalan di George Town ditutup mulai 10 Feb sempena Thaipusam
Beberapa jalan utama di bandar raya George Town akan ditutup mulai 10 pagi 10 Feb hingga 12 tengah malam 12 Feb, bagi memberi laluan kepada perarakan pedati emas dan perak sempena Thaipusam.
AWANI Borneo [6/2/2025] – Lokasi kritikal dikenal pasti | Tangani isu kulat | Empat dalang ditahan
AWANI Borneo Khamis, 6 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar
16 lokasi tanah runtuh di Belaga dikenal pasti
Hospital Sibu terima peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi tangani isu kulat
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan di Tawau
16 lokasi tanah runtuh di Belaga dikenal pasti
Hospital Sibu terima peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi tangani isu kulat
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan di Tawau
![Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738757964_Pelancongcederater.jpg)
Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis
Masalah dengan kekasih dipercayai punca seorang pelancong asing terjatuh dari tingkat tujuh sebuah bangunan pusat membeli-belah di Persiaran Gurney, di sini, semalam.
![Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738841428_SultanAbdullah.jpg)
Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah kilang peluru automasi tinggi pertama negara, yang akan beroperasi sepenuhnya bulan depan, dapat membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Mangsa banjir di PPS Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak setakat jam dua petang tadi menurun kepada 5,294 orang berbanding 5,384 pagi tadi.
Ketidakstabilan politik jejas pembangunan Sabah - Joachim
Timbalan Ketua Menteri II Sabah Datuk Seri Joachim Gunsalam mengakui tidak seperti Sarawak, situasi politik negeri itu yang tidak stabil merencatkan pelan pembangunan dan kenajuan Sabah.
Enam klinik kesihatan di Sarawak laksana projek CCMS tahun ini
Pada tahun ini, 100 klinik kesihatan bakal melaksanakan projek CCMS ini dan enam di antaranya akan dilaksanakan di Sarawak yang memfokuskan kawasan luar bandar.
Jangan ganggu! hubungi pihak berkuasa jika ternampak buaya
Perrbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati sekiranya ternampak kehadiran buaya terutama di musim banjir, sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa.
Peruntukan tambahan RM7.8 juta tangani isu kulat di Hospital Sibu
Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi menangani isu kulat yang menjejaskan premis dan peralatan kesihatan di Hospital Sibu
![Skuad boling remaja wanita negara sambar emas di kejohanan dunia IBF Skuad boling remaja wanita negara sambar emas di kejohanan dunia IBF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721295832_BowlingMalaysia.jpg)
Skuad boling remaja wanita negara sambar emas di kejohanan dunia IBF
Skuad boling remaja wanita negara meraih pingat emas dalam acara berpasukan wanita pada Kejohanan Remaja Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Stadium Fiesta Asiad Bowling Icheon.
![Piala Asia B-23: Malaysia mahu cipta kemenangan meskipun dilabel bukan pilihan - Juan Torres Piala Asia B-23: Malaysia mahu cipta kemenangan meskipun dilabel bukan pilihan - Juan Torres](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713275969_JuanTorresGarrido.jpg)
Piala Asia B-23: Malaysia mahu cipta kemenangan meskipun dilabel bukan pilihan - Juan Torres
Anak buah Juan Torres Garrido sedia berdepan Uzbekistan yang merupakan pasukan pilihan untuk kempen kali ini.
![Piala Thomas: Penyertaan Tze Yong dibincang semula Piala Thomas: Penyertaan Tze Yong dibincang semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713258113_tbNgTzeYong.jpg)
Piala Thomas: Penyertaan Tze Yong dibincang semula
Ng Tze Yong dikhabarkan mungkin tidak dapat bersama skuad negara ke Piala Thomas 2024 di Chengdu, China pada 27 April hingga 5 Mei ini.
![SELBATC: Percaturan pemain beri kelebihan buat China - Rexy Mainaky SELBATC: Percaturan pemain beri kelebihan buat China - Rexy Mainaky](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708266099_TBREXY.jpg)
SELBATC: Percaturan pemain beri kelebihan buat China - Rexy Mainaky
Ketiadaan Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong jelas menjadi titik tolak untuk China merampas gelaran tersebut.
![Persembahan Harimau Malaya belum cukup memadai untuk cabar Korea Selatan - Pemerhati bola sepak Persembahan Harimau Malaya belum cukup memadai untuk cabar Korea Selatan - Pemerhati bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705842916_Bahrain.jpg)
Persembahan Harimau Malaya belum cukup memadai untuk cabar Korea Selatan - Pemerhati bola sepak
Masih banyak 'kerja rumah' perlu dilakukan bagi mengelakkan Malaysia diaibkan pula pasukan ranking ke-23 dunia itu.
![Speedy Tigers banyak sia-siakan peluang jaringkan gol - Arul Selvaraj Speedy Tigers banyak sia-siakan peluang jaringkan gol - Arul Selvaraj](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699311886_ArulSelvaraj.jpg)
Speedy Tigers banyak sia-siakan peluang jaringkan gol - Arul Selvaraj
Ketumpulan penyudah skuad Speedy Tigers yang melepaskan deretan peluang menjaringkan gol ketika seri 3-3 dengan Pakistan dalam aksi terakhir Kumpulan A kempen kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Muscat.
![Harimau Malaya mampu 'menyengat' pada aksi Piala Asia 2023 Harimau Malaya mampu 'menyengat' pada aksi Piala Asia 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704901780_HarimauMalaya.jpg)
Harimau Malaya mampu 'menyengat' pada aksi Piala Asia 2023
Pemain pertahanan negara Daniel Ting melaungkan keyakinan skuad Harimau Malaya mampu menandingi kehebatan pasukan lain.
![Speedy Tigers dijangka bertemu Britain, Jerman untuk kelayakan ke Paris Speedy Tigers dijangka bertemu Britain, Jerman untuk kelayakan ke Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692011817_TheSpeedyTigers.jpg)
Speedy Tigers dijangka bertemu Britain, Jerman untuk kelayakan ke Paris
Pasukan-pasukan lain dalam saingan kali ini terdiri daripada Pakistan, Kanada, Chile dan China yang mungkin berhadapan skuad Speedy Tigers.
![Minggu Harimau Malaya 'buru', peminat 'lekat' di depan televisyen Minggu Harimau Malaya 'buru', peminat 'lekat' di depan televisyen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693920695_AFFSuzuki.jpg)
Minggu Harimau Malaya 'buru', peminat 'lekat' di depan televisyen
Pelbagai emosi bakal dirasai peminat tempatan, yang bakal menikmati sajian lima perlawanan dalam tempoh seminggu bermula esok.
![Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71693059517_pasukanbolasepak.jpg)
Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.