Jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei beroleh suntikan psikologi terbaik dalam persiapan ke Sukan Olimpik apabila menundukkan musuh tradisi, Lin Dan di separuh akhir Kejohanan Badminton Asia di Wuhan, China, hari ini.
Kemenangan 22-20, 15-21, 21-4 di laman musuhnya itu adalah bekalan terbaik buat Chong Wei kerana ini adalah kemenangan keduanya ke atas Lin Dan di China, selepas Terbuka China November lepas yang merupakan pertemuan terakhir mereka sebelum ini.
Ini juga pertemuan pertama mereka tahun ini, sekali gus membantu Chong Wei merapatkan rekod pertemuan mereka kepada 11-25, yang masih berpihak kepada juara Olimpik dua kali itu.
Menanti Chong Wei di final esok adalah juara dunia, Chen Long yang mudah menewaskan rakan sepasukannya, Tian Houwei dengan 21-14, 21-16.
Dalam perlawanan separuh akhir hari ini, Chong Wei yang ketinggalan 7-14 di set pertama bangkit mengejar mata untuk mengikat jaguh China itu, 20-20 sebelum mengutip dua mata terakhir untuk memenangi set tersebut.
Namun set kedua menyaksikan Lin Dan kembali bertenaga untuk mendahului Chong Wei 11-7 dan terus mengekalkan momentum untuk mengikat Chong Wei 1-1 dengan kemenangan 21-15.
Begitupun, pertarungan sengit yang diharapkan di set penentuan tidak menjadi dengan Chong Wei bijak mengawal gelanggang untuk mendahului 6-0 sebelum terus melebarkan jurang kepada 12-1.
Chong Wei yang kini menduduki ranking kedua dunia mengesahkan kemenangannya ke atas pemain nombor tiga dunia itu, dengan 21-4, sekali gus tiket ke final esok.
Bernama
Sat Apr 30 2016

Ini juga pertemuan pertama mereka tahun ini, sekali gus membantu Chong Wei merapatkan rekod pertemuan dengan Lin Dan. - Gambar fail

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

BAC 2024: Aaron-Wooi Yik, Sze Fei-Nur Izzuddin melangkah ke suku akhir
Pasangan Aaron-Wooi Yik, menang kali kedua ke atas pasangan Jepun itu, selepas kemenangan 21-10, 21-14, pada pusingan kedua Trebuka India 2024.

Zii Jia ketuai kemaraan pemain negara di BAC 2024
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mengetuai kemaraan Malaysia melepasi halangan di pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini.

Kami perlu sabar, tidak terburu-buru - Mei Xing
Mei Xing mengakui mereka perlu lebih bersabar semasa bertahan bagi mengelak daripada memberi mata mudah kepada lawan.

BAC: Lee Zii Jia optimis mampu lakar kejutan
Fokusnya kini 100 peratus terhadap kejohanan di Filipina, sebelum memperkuatkan skuad negara dalam Piala Thomas di Bangkok.

Malaysia tarik minat Gulf Air kembali ke KLIA - Ab Aziz
Syarikat penerbangan Gulf Air milik Kerajaan Bahrain akan memulakan kembali penerbangan ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat (Manama-Kuala Lumpur).

Chong Wei raih gelaran juara Badminton Asia kali kedua selepas 10 tahun
Bekas pemain nombor satu dunia itu mengalahkan musuh ketatnya dengan mata 21-17, 15-21, 21-13 dalam perlawanan sengit selama satu jam 22 minit.

Kejohanan Asia: Chong Wei tewaskan Lin Dan di tanah China
Datuk Lee Chong Wei beroleh suntikan psikologi terbaik dalam persiapan ke Sukan Olimpik apabila menundukkan musuh tradisi, Lin Dan.

Chong Wei bertemu Lin Dan dalam separuh akhir BAC
Chong Wei tempah tiket ke separuh akhir selepas mengambil masa 49 minit untuk menundukkan pemain Taiwan, Chou Tien Chen 21-16, 21-18 hari ini.

Daren Liew ketuai cabaran di Kejohanan Badminton Asia
Pemain perseorangan nombor dua negara, Daren Liew mengetuai cabaran pemain negara yang melayakkan diri ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia (BAC).
Skuad pelapis badminton ke Kejohanan BAC
Skuad pelapis badminton negara akan menggalas cabaran Malaysia ke Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Taiwan, 16 April ini.