KUALA LUMPUR: Pembidik veteran negara Nur Suryani Mohamed Taibi mempunyai dua peluang terbaik untuk memburu tiket ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, bermula dengan Kejohanan Rifle/Pistol Asia 2024 di Jakarta, bulan depan.
Setiausaha Eksekutif Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) Hayati Shamsuri berkata jika Nur Suryani memenangi kejohanan Asia yang berlangsung pada 5 hingga 18 Jan itu, beliau bakal membuat penampilan ketiganya di pentas Olimpik selepas edisi London 2012 dan Tokyo 2020.
Penembak kebangsaan berusia 41 tahun itu akan menyertai dua acara di Jakarta iaitu 50 meter (m) rifle 3 posisi individu dan 10m air rifle individu wanita.
Sekiranya gagal berbuat demikian, Hayati berkata Nur Suryani masih berpeluang menempah tiket ke Paris menerusi kejohanan kelayakan terakhir di Rio de Janeiro, Brazil pada 11 hingga 19 April, tahun depan.
"Pertandingan di Rio de Janeiro merupakan pusingan kelayakan terakhir buat penembak seluruh dunia untuk layak ke Sukan Olimpik 2024 namun tugas mencabar menanti Nur Suryani memandangkan beliau bakal berdepan penembak handalan dari negara lain di Brazil.
"Disebabkan itu, peluang lebih terbuka baginya untuk ke Paris 2024 pada Kejohanan Rifle/Pistol Asia 2024 nanti kerana saingan diterima hanya dari peringkat serantau sahaja," katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) Sukan bersama Majlis Sukan Negara (MSN), di Bukit Jalil di sini, baru-baru ini.
Selain Nur Suryani, Hayati berkata terdapat 15 lagi penembak lain termasuk juara 10m air pistol wanita Sukan SEA 2021 Nurul Syasya Nadiah Mohd Ariffin dijadual menyertai Kejohanan Rifle/Pistol Asia 2024.
Setakat ini, penembak lelaki Johnathan Wong muncul wakil tunggal skuad menembak negara yang mengesahkan slot ke Paris 2024.
Selain Johnathan, tiga lagi atlet dari sukan lain telah melayakkan diri ke temasya sukan terbesar dunia itu ialah atlet terjun Bertrand Rhodict Lises, Nur Shazrin Latif (pelayaran) dan Ariana Nur Dania Zairi (memanah).
Sukan Olimpik 2024 dijadual berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023

Selain Nur Suryani, terdapat 15 lagi penembak lain termasuk juara 10m air pistol wanita Sukan SEA 2021 Nurul Syasya Nadiah Mohd Ariffin dijadual menyertai Kejohanan Rifle/Pistol Asia 2024.- Gambar fail/Bernama

Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran
Kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia-Iran selain isu serantau dan antarabangsa.

Hamas akan pulangkan mayat empat tebusan Israel
Sebagai pertukaran, Israel akan membebaskan lebih daripada 600 tahanan Palestin.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon tempatan lebih baik - MIC
Bagaimanapun, katanya, terserah kepada UMNO untuk buat pilihan dan MIC akan bekerja keras menarik sokongan pengundi, khususnya masyarakat India.

Indonesia lancar kempen kutipan AS$200 juta untuk Palestin
Kempen berkenaan akan bermula pada Ramadan, dengan dana yang dikumpul diperuntukkan untuk bantuan kemanusiaan dan usaha pembinaan semula di Gaza.

EPL: Berkelakuan biadap terhadap pengadil, FA gantung Arne Slot dua perlawanan
Slot dan Hulshoff dihukum selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil berikutan keputusan seri 2-2 Reds menentang Everton awal bulan ini.

KBS bakal laksana rakan muda buat golongan OKU
Ia bagi memberi ruang kepada pelajar program berkenaan untuk mencungkil bakat mereka terutama dalam bidang sukan.

Izzah pecah rekod Asia, raih emas kedua di ATC 2025
Dalam perlumbaan final, Izzah mencatatkan masa 1 minit 6.229 saat (1:06.229s), memadam rekod Asia sebelum ini iaitu 1:07.137s.

Hatrik Mintah julang Kuching City, Kedah tumbang di Paroi
Mintah tenang menanduk masuk bola hantaran Tchetche Kipre yang terlebih dahulu terkena palang seawal minit ketiga.

Jepun kongsi teknologi pesawat canggih, kukuh kerjasama maritim dengan Malaysia
Pesawat Gulf V akan memainkan peranan penting dalam pengawasan maritim di perairan Asia Tenggara, termasuk perairan Malaysia.

Peningkatan hasil dan ladang perlu untuk tingkat pengeluaran minyak sawit - Mielke
Minyak sawit masih merupakan peneraju harga dan minyak sayuran yang paling dominan dengan jumlah eksport mencecah 55.4 juta tan.

Azizulhasni tunai janji kepada keluarga, Paris 2024 terakhir
"Saya ada banyak perancangan tapi saya cuma mahu berehat, meluangkan masa bersama keluarga dan relaks dahulu."

Program pembangunan skateboarding negara bermula sekarang
MySKATE dan The Razkals bekerjasama untuk memulakan pembangunan sukan papan selaju negara di Kejohanan Dunia Street di Tokyo.

Jepun pilihan tepat untuk negara buru pingat emas pertama di Olimpik Paris 2024 - Hannah
Memilih Jepun sebagai sumber inspirasi adalah pilihan tepat delegasi Jawatankuasa Road to Gold (RTG) dalam usaha memburu pingat emas pertama negara.

Maloney mahu terus bersama skuad B-23 sehingga Olimpik Paris 2024
Maloney akan melakukan rombakan bagi skuad sedia ada bagi menghadapi perlawanan pelengkap Kumpulan C menentang Vietnam Rabu ini.

Ahmad Faizal umum tiga agenda persiap kontinjen Malaysia hadapi Paris 2024
Ahmad Faizal mengumumkan tiga agenda yang bakal dilaksana dalam mempersiap kontinjen negara bagi menghadapi temasya Sukan Olimpik serta Paralimpik Paris 2024 dan seterusnya.