SKUAD boling padang negara muncul sebagai juara keseluruhan Kejohanan Asia 2024 selepas mengutip tiga Emas, dua Perak dan dua Gangsa dalam kategori elit, serta tiga Gangsa untuk acara bawah 25 tahun.
Selepas hanya berjaya meraih satu emas pada fasa pertama, Malaysia bangkit untuk merangkul dua lagi emas pada hari terakhir saingan Kejohanan Asia kali ini yang diadakan di Pattaya, Thailand.
Izzat Shameer Dzulkeple berjaya mempertahankan emas yang dimenanginya bagi acara perseorangan lelaki edisi lalu sebagai emas pertama negara pada Khamis.
Dua lagi emas dibutirkan oleh Fadley Abd Jabal, Idham Amin Ramlan dan Soufi Rusli bagi acara trio lelaki manakala kuartet empat berpasukan wanita pula yang diwakili oleh Aleena Nawawi, Nur Ain Nabilah, Farah Ain dan Syafiqa Haidar memastikan Malaysia menewaskan Filipina hanya dengan perbezaan dua mata untuk muncul juara keseluruhan.
Ini sekali gus menyaksikan Malaysia mencapai sasaran awal iaitu untuk muncul juara keseluruhan Asia bagi edisi 2024 biarpun membariskan beberapa pemain muda yang turut merekod penampilan pertama selaku pemain kebangsaan di pentas antarabangsa.
Filipina bakal menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Asia edisi seterusnya pada tahun hadapan, dan dijangka bakal berlangsung pada suku kedua 2025.
Untuk rekod, ini merupakan kali ke-13 skuad boling padang negara muncul sebagai juara keseluruhan selepas 15 edisi diadakan.
Hanya dua edisi Malaysia gagal muncul juara di mana Filipina muncul juara pada edisi ke 2012, manakala Hong Kong pula juara keseluruhan di Shenzhen, China pada 2014.
Astro Arena
Mon Mar 11 2024

Malaysia mencapai sasaran awal muncul juara keseluruhan Asia bagi edisi 2024 biarpun membariskan beberapa pemain muda yang turut merekod penampilan pertama selaku pemain kebangsaan di pentas antarabangsa. - Foto Astro ARENA
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

PLBM yakin boling padang kembali pada Sukan SEA 2027
Awalan berkata peluang untuk boling padang dipertandingkan pada edisi 2027 dilihat cerah selepas perbincangan bersama MOM baru-baru ini.

Para SUKMA 2024: Emas terakhir milik Mohd Firdaus
Pemain boling padang Pulau Pinang Mohd Firdaus Ab Rahman menyambar pingat emas terakhir Para SUKMA 2024 selepas memenangi acara perseorangan lelaki B8.

Para SUKMA 2024: Kontinjen Perak sasar 28 pingat emas
Kontinjen Perak menyasarkan 28 pingat emas dengan kedudukan tiga teratas pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang akan berlangsung pada 22 hingga 28 Sept ini.

Perak sasar satu emas boling padang di SUKMA 2024
Mohamad Ali yang menyumbang emas acara triples, berharap dapat mempertahankan emas dimenangi pada edisi 2022 di Kuala Lumpur.

Tuah ganti rakan sepasukan tunai haji - Hasmunirah
Atlet boling padang para wanita negara, Hasmunirah Maliki menyifatkan kejayaan muncul juara pada penampilan sulung dalam Kejohanan Dunia 2024 di Ekurhuleni, Afrika Selatan, baru-baru ini sebagai tuah.

Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.

Kejohanan Boling Padang Asia 2024: Malaysia takluk Asia buat kali ke-13!
Malaysia bangkit untuk merangkul dua lagi emas pada hari terakhir saingan Kejohanan Asia kali ini yang diadakan di Pattaya, Thailand.

Boling padang tuai satu emas, dua perak di Thailand
Perseorangan negara Izzat Shamee Dzulkeple mempertahankan pingat emas selepas menundukkan lawan dari Hong Kong, James Po 21-9.

PLBM anjur Liga Boling Padang Kebangsaan tahun depan
Kejohanan itu akan berlangsung di lima zon seluruh negara iaitu utara, selatan, tengah, pantai timur dan Sabah/Sarawak.

Boling padang: Hasrat Izzat, Nurul Alyani ke final Champion of Champions tidak kesampaian
Hasrat dua atlet boling padang kebangsaan ke pentas final kejohanan Champion of Champions 2023 di Gold Coast, Australia tidak kesampaian.