Kejohanan Sukan Elektronik (e-sukan) peringkat negeri Perak yang julung kali diadakan telah berlangsung di taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS), di sini, semalam dengan menampilkan empat permainan yang dipertandingkan iaitu Dota 2, Mobile Legends, PUBG Mobile dan FIFA 20.
Pada kejohanan selama sehari itu, Gioco Home E-Sport dari Zon Kerian muncul juara bagi permainan Dota 2 dengan menumpaskan M&M Perak E-Sport dari Zon Kinta 2-1 dalam aksi perlawanan akhir.
Selaku juara, Gioco Home E-Sport yang dianggotai lima anak muda itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 3,000 manakala M&M Perak E-Sport pula meraih RM1,000.
Sementara itu, melalui permainan Mobile Legends, pasukan Laka-Laka dari zon Hilir Perak berjaya menjadi juara apabila menumpaskan pasukan For Sake dari zon Perak Tengah 2-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung.
Kejuaraan itu melayakkan pasukan Laka-Laka menggondol hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 sementara pasukan For Sake menerima RM1,000.
Bagi kategori permainan Player Unknown's Battlegrounds (PUBG) pula, pasukan MPX dari zon Kinta telah merangkul kejuaraan manakala tempat kedua telah diraih oleh pasukan Giusy juga dari zon yang sama.
Dengan kejayaan itu, pasukan MPX meraih hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 manakala Giusy membawa pulang RM1,000.
Selain itu, Khairul Al-Amini Jamaluddin Al-Amini dari zon Perak Tengah dinobatkan selaku juara FIFA 20 selepas menewaskan pencabarnya, Muhamad Qhushairi Zulkiflie dari zon Hilir Perak dalam perlawanan akhir.
Kejayaan itu membolehkan Khairul membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 manakala Muhamad Qhushairi meraih RM700.
Hadiah wang tunai yang dimenangi oleh semua pemenang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Aspirasi Anak Perak (PASAK), Jim Khong.
Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM18,000 dalam empat permainan yang dipertandingkan dan ia disertai seramai 211 peserta terdiri dalam kalangan belia seluruh negeri Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 22 2019

Kejohanan Sukan Elektronik peringkat negeri Perak menampilkan empat permainan yang dipertandingkan iaitu Dota 2, Mobile Legends, PUBG Mobile dan FIFA 20. [email protected]
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.

Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.

PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.

Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.

'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.

PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.

Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.

Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.

Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.