KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita negara Ung Yi Xing mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Remaja Asia 2023 selepas mengetepikan cabaran wakil Singapura, Chia Xin Ying di Yogyakarta, Indonesia hari ini.
Pada aksi pusingan kedua di Dewan Sukan Among Rogo itu, Yi Xing yang menang set pertama 21-7 bagaimanapun dipaksa bekerja keras apabila tewas set kedua 18-21 sebelum menoktahkan kemenangan 21-15 pada set penentuan.
Pemain negara yang diletakkan sebagai pilhan ke-15 kejohanan itu akan berdepan wakil Thailand Saranporn Sombutwatthananukool yang menyingkir Lo Shu Ting dari Hong Kong 19-21, 21-15, 21-8.
Mengiringi, Yi Xing, pemain perseorangan lelaki negara Muhammad Faiq Haziq yang menundukkan pemain tuan rumah Muhammad Zaki Ubaidillah 21-7, 21-19.
Pemain berusia 17 tahun itu akan berdepan Ramos Robert Ishmael dari Filipina yang menewaskan pemain Singapura, Justin Tay Ron Hsien 17-21, 21-14, 21-15.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023

Yi Xing yang diletakkan sebagai pilhan ke-15 kejohanan itu akan berdepan wakil Thailand Saranporn Sombutwatthananukool yang menyingkir Lo Shu Ting dari Hong Kong 19-21, 21-15, 21-8. - Gambar/ BAM
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Kejohanan Remaja Asia: Yi Xing balas dendam mara ke pusingan keempat
Pilihan ke-15 kejohanan itu mengambil masa 56 minit sebelum berhasil menafikan kebangkitan Saranporn Sombutwatthananukool.

Kejohanan Remaja Asia: Yi Xing, Faiq mara ke pusingan ketiga
Pemain perseorangan wanita negara Ung Yi Xing mara ke pusingan ketiga kejohanan badminton Remaja Asia 2023 selepas mengetepikan cabaran wakil Singapura, Chia Xin Ying di Yogyakarta, Indonesia.