KUALA LUMPUR: Kejohanan Satelit Persatuan Skuasy Profesional (PSA) Persekutuan Skuasy Sedunia (WSF) yang dianjurkan buat julung kali di Malaysia mampu menjadi platform terbaik buat pemain tempatan menyertai aksi kompetitif dalam usaha meningkatkan ranking agar dapat bersaing di kejohanan peringkat lebih tinggi.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata kejohanan itu turut membantu menyelesaikan permasalahan disuarakan pemain negara dalam sesi libat urus yang diadakan pada tahun lepas, berhubung kurangnya kejohanan kompetitif di negara ini.
"Atlet kita perlu lebih banyak platform untuk bertanding sekali gus mampu membantu mereka meningkatkan atau memperbaiki ranking seseorang pemain (melayakkan diri bermain di pentas antarabangsa).
"Kita kena faham bila atlet tidak menyertai mana-mana pertandingan mereka tidak mampu membuktikan kebolehan mereka jadi bila ada kejohanan seperti ini, baru atlet tahu apa mereka mahu buat dalam karier," katanya selepas pelancaran kejohanan berkenaan, yang menarik penyertaan 700 pemain termasuk dari Korea Selatan, Mesir, Jepun dan Singapura.
Sebanyak 11 kejohanan satelit PSA dijadual berlangsung pada Mac, Jun, Julai, Ogos, Oktober, November dan Disember di seluruh negara.
Antaranya di Pusat Skuasy Bukit Jalil, Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David dan Kelab Diraja Sungei Ujong, Seremban. Kejohanan pertama berlangsung di Kelab Diraja Sungei Ujong pada Khamis lepas (16 Feb).
Setiap kejohanan akan melibatkan 32 pemain untuk kategori lelaki dan wanita, mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan PSA.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023
Hannah Yeoh (tengah) bergambar selepas pelancaran Siri Kejohanan Satelit PSA WSF di Malaysia/Asia hari ini. - Bernama
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Berakhirnya era seorang legenda - Chong Wei
Pengumuman kesediaan ratu skuasy negara Datuk Nicol David bersara dalam arena sukan adalah berakhirnya satu era legenda bagi seorang atlet terkemuka dunia.