MALAYSIA merangkul tiga pingat emas menerusi Kategori Artistik pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022, yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini.
Pada aksi final malam ini, emas pertama Malaysia diraih menerusi gandingan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga, yang beraksi dalam Kelas Ganda Lelaki selepas menewaskan pasangan adik-beradik dari Filipina, Almohaidib E Abad dan Alfau Jan E Abad.
Persembahan mantap yang dimulakan dengan rutin tempur tangan kosong, sebelum diikuti lawan kayu panjang dan parang itu berjaya mengutip 9.950 mata, mengatasi gandingan Filipina yang mengumpulkan 9.930 mata.
"Kami bersyukur dapat mempertahankan emas dalam kategori ini dan secara jujurnya, kami boleh mengagak permainan Filipina kerana sudah beberapa kali bertemu dengan gandingan tersebut,” kata Mohd Taqiyuddin kepada media selepas perlawanan tersebut.
Tambahnya, keberanian mereka mengambil risiko dengan bermain corak pantas dalam aksi parang juga memberi tuah, kerana penyertaan mereka boleh dibatalkan secara automatik jika parang patah atau terluka ketika beraksi.
Sementara itu, aksi regu lelaki juga tidak menghampakan apabila pingat emas menjadi milik Muhammad Syafiq Ibrahim, Nashrul Edam Mohd Asri dan Luqman Laji, setelah menewaskan gandingan Indonesia yang dibarisi Anggi Faisal Mubarok, Asep Yuldan Sani dan Rano Slamet Nugraha.
Seorang lagi pesilat negara, Merrywati Manuil, juga menyumbangkan emas dalam Kategori Solo Kreatif Wanita selepas menewaskan Puspa Arumsari dari Indonesia.
Namun Puspa Arumsari kemudiannya menebus kekecewaannya selepas memenangi emas bagi kategori Tunggal Wanita dengan mengatasi pesilat negara, Nur Shafiqah Hamzah.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 29 2022
![Kejuaraan Pencak Silat Dunia: Malaysia rangkul tiga emas Kejuaraan Pencak Silat Dunia: Malaysia rangkul tiga emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41659114316_Silat.jpg)
Emas pertama Malaysia diraih menerusi gandingan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga, yang beraksi dalam Kelas Ganda Lelaki. - Foto BERNAMA
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
![Pesaka, Persilat buat 'post-mortem' kemas kini peraturan kejuaraan pencak silat Pesaka, Persilat buat 'post-mortem' kemas kini peraturan kejuaraan pencak silat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659322719_DatukSeriIsmailS.jpg)
Pesaka, Persilat buat 'post-mortem' kemas kini peraturan kejuaraan pencak silat
Ia bagi memastikan penambahbaikan dapat dilakukan sekali gus mengemas kini peraturan sedia ada.
![Al-Jufferi secara rasmi bersara dari pentas silat Al-Jufferi secara rasmi bersara dari pentas silat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659319376_AlJufferiJamari.jpg)
Al-Jufferi secara rasmi bersara dari pentas silat
Kemenangan yang dilakar pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 malam tadi melengkapkan kemanisannya selama ini.
![Silat: Jufferi lengkapkan gelaran keempat juara dunia Silat: Jufferi lengkapkan gelaran keempat juara dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659302551_MohdAlJufferi.jpg)
Silat: Jufferi lengkapkan gelaran keempat juara dunia
Jaguh silat negara, Mohd Al Jufferi Jamari melengkapkan koleksi kejuaraan dunia keempatnya apabila merangkul pingat emas pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 malam tadi.
![Jadikan seni silat gaya hidup masa kini - PM Jadikan seni silat gaya hidup masa kini - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71659277195_IsmailSabri.jpg)
Jadikan seni silat gaya hidup masa kini - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru rakyat negara ini menjadikan seni silat sebagai sebahagian daripada gaya hidup masa kini.
![Silat: 'Saya yang suruh Adib tarik diri' - Megat Zulkarnain Silat: 'Saya yang suruh Adib tarik diri' - Megat Zulkarnain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41659276004_KhairiAdibAzhar.jpg)
Silat: 'Saya yang suruh Adib tarik diri' - Megat Zulkarnain
Insiden tegang tercetus selepas Adib menarik diri ketika menentang Aniq 'Asri Mohammad Yazid dari Singapura.
![Siti Rahmah menang mudah, tepati sasaran ke separuh akhir Siti Rahmah menang mudah, tepati sasaran ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71659132060_SitiRahmahMohamed.jpg)
Siti Rahmah menang mudah, tepati sasaran ke separuh akhir
Atlet kelahiran Terengganu berusia 35 tahun itu mudah 'menumbangkan' lawannya Sudha Chauhan dalam aksi Kelas F kategori itu.
![Kejuaraan Pencak Silat Dunia: Malaysia rangkul tiga emas Kejuaraan Pencak Silat Dunia: Malaysia rangkul tiga emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41659114316_Silat.jpg)
Kejuaraan Pencak Silat Dunia: Malaysia rangkul tiga emas
Malaysia merangkul tiga pingat emas menerusi Kategori Artistik pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022, yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
![Al Jufferi mara ke separuh akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 Al Jufferi mara ke separuh akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81659112592_AlJufferi.jpg)
Al Jufferi mara ke separuh akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022
Pesilat negara Mohd Al Jufferi Jamari mara ke pusingan separuh akhir kategori Tanding Kelas F Lelaki Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022, selepas menewaskan lawannya dari Filipina Alvin T Campos.
![Semangat Mat Kilau iringi Kejuaraan Pencak Silat Dunia Semangat Mat Kilau iringi Kejuaraan Pencak Silat Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658874168_KejuaraanPencakSil.jpg)
Semangat Mat Kilau iringi Kejuaraan Pencak Silat Dunia
Dewan MITC gegak gempita dengan sorakan semangat lebih 500 peserta dari 40 negara yang mengambil bahagian.
![Pesaka azam pertahan hak penganjuran kejuaraan dunia Pesaka azam pertahan hak penganjuran kejuaraan dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41613856555_MegatZulkarnainOma.jpg)
Pesaka azam pertahan hak penganjuran kejuaraan dunia
Pesaka mahu mempertahankan hak Malaysia untuk menjadi tuan rumah dan penganjur Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2020 tatkala terdapat desakan supaya ia dibatalkan.