PERTAHANAN Tottenham, Micky van de Ven dan Destiny Udogie, memuji kepemimpinan Cristian Romero selepas gandingan mereka untuk melanjutkan permulaan tanpa kalah Ange Postecoglou membimbing kelab itu dengan kemenangan 1-0 di Luton, malam tadi.
Spurs mencipta deretan peluang awal di Kenilworth Road tetapi dua kad kuning Yves Bissouma dalam babak pertama mengubah senario permainan.
Selepas Van de Ven meletakkan Tottenham di hadapan pada minit ke-52, Luton meningkatkan asakan tetapi Romero selaku naib kapten khususnya, menyinar dengan 12 halangan dan memenangi lima perebutan di udara ketika menjelmakan satu persembahan hebat sepanjang 90 minit permainan.
“Dia seorang pemain yang hebat, pemain yang sukar dipercayai,” kata bek tengah, Van de Ven, mengenai rakan sepasukannya itu kepada SpursPlay.
“Apabila bertahan, dia begitu kental dan handal mengawal bola yang, sentiasa bersuarasa jadi dia seorang pemain yang menakjubkan.
“Kami perlu menumpukan perhatian sepanjang 90 minit. Kami terpaksa terus berjuang, terus memberi arahan dan memastikan benteng kekal kebal. Kami membantu antara satu sama lain dan saling memberi sokongan.
“Semua orang terus bersuara sepanjang masa dan selalunya tiada siapa yang hilang tumpuan, tetapi semua orang berjaga-jaga antara satu sama lain dan anda boleh lihat kami bertahan dengan sangat ampuh demi mengekalkan rekod bersih.” - Stadium Astro
Astro Arena
Sun Oct 08 2023

Micky van de Ven dan Destiny Udogie, memuji kepemimpinan Cristian Romero dalam kemenangan Tottenham 1-0 di Luton. - Foto AP
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Kekentalan Cristian Romero curi perhatian rakan sepasukan Tottenham
Spurs mencipta deretan peluang awal di Kenilworth Road tetapi dua kad kuning Yves Bissouma dalam babak pertama mengubah senario permainan.