KOTA BHARU:Kelab Bola Sepak Kelantan (Kelantan FC) memilih untuk menggunakan khidmat 90 peratus pemain muda kelahiran negeri itu, bagi memberi cabaran pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Pengurus Operasi The Red Warriors (TRW) Kelantan FC Jamilulail Jamiludin berkata, barisan 'ubi muda' itu terdiri daripada pemain skuad Piala Belia dan Presiden Kelantan musim 2020.
Jelasnya, pemilihan itu dilakukan pemilik dan pengurusan baharu Kelantan FC, selain dipantau pemilik kelab itu, Norizam Tukiman.
"Satu perlawanan antara pasukan bawah 19 dan 21 tahun itu diadakan di Padang Sintetik Kota Bharu, hari ini, bagi mengenal pasti pemain terbaik untuk diserap ke kelab ini.
"Pengarah teknikal kelab yang juga bekas pemain Johor dan kebangsaan Abdul Nasir M. Yusof bertanggungjawab memilih pemain sambil dipantau sendiri oleh pemilik kelab Norizam Tukiman.
"Hasil daripada perlawanan persahabatan ini, 90 peratus pemain terbaik dari kedua-dua pasukan bakal diserap masuk ke pasukan utama pada musim 2021," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik melalui akaun Facebook rasmi kelab itu, hari ini.
Jamilulail berkata mereka yang dipilih akan menerima 'ramuan' jurulatih dari Itali, untuk menghadapi aksi kompetitif dalam kempen Liga-M terutama Liga Premier.
"Pemain-pemain ini bakal di 'DNA' kan oleh ketua jurulatih pasukan dari Itali yang akan membentuk semula pasukan muda ke taraf antarabangsa.
"Pemain-pemain yang terpilih akan diumumkan bersama barisan kejurulatihan, dalam sebuah majlis khas pengenalan pasukan pada awal Januari 2021," tambahnya.
Sebelum ini, Norizam dilaporkan berkata akan melakukan rombakan secara besar-besaran terhadap pemain dan barisan jurulatih bagi menghadapi saingan Liga-M musim depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 25 2020

Kelantan FC menggunakan khidmat 90 peratus pemain muda kelahiran negeri itu bagi memberi cabaran pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan. -Facebook\TRW Kelantan FC

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Status Kelantan FC sertai Liga A1 diketahui esok
Status penyertaan Kelantan FC dalam saingan semi-pro Liga A1 2024 yang merupakan nafas baharu kepada saingan Liga M3 bermula Jun depan akan diketahui esok.

Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.

‘Saya tidak lari bayar baki gaji’
Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukimann memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan gaji dihadapi pasukan The Red Warriors secara berperingkat.

Rayuan ditolak, Kelantan FC terpaksa lupakan Liga Super
Kelantan FC terpaksa melupakan hasrat untuk kekal dalam saingan Liga Super musim 2024-2025, selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak rayuan kelab itu bagi Lesen Kebangsaan.

Kelantan FC tidak layak beraksi di Liga Super
Kelantan FC gagal untuk mendapatkan lesen kebangsaan sekali gus tidak layak untuk bertanding dalam saingan Liga Super musim depan.

Liga Super: Kuching City tumbang di Sarawak, PDRM bedil Kelantan
Kuala Lumpur City FC menewaskan Kuching City FC 3-2, manakala PDRM FC berpesta gol dengan membelasah Kelantan FC 7-2.

Kelantan FC serah dokumen tunggakan pembayaran gaji - MFL
Unit pelesenan kelab Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah menerima dokumen berhubung tunggakan pembayaran gaji pemain dan pegawai pasukan Kelantan FC semalam.

Nasib malang Kelantan FC
Skuad The Red Warriors (TRW) kini merupakan pasukan terbanyak bolos dalam sejarah Liga Malaysia (Liga-M) untuk semusim.

Yusri mahu pemain Perak FC kekalkan momentum kemenangan
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mahu anak buahnya mengekalkan momentum kemenangan selepas berjaya menewaskan Kelantan FC dalam aksi Liga Super di Stadium Perak Ipoh, malam tadi.

The Bos Gaurus tak ambil mudah cabaran Kelantan FC
Yusri yakin Kelantan FC akan bermain bermati-matian bagi melakar kemenangan sekali gus memperbaiki kedudukan yang ketika ini di tangga tercorot.