Kelantan berjaya mempertahankan kejuaraan Ragbi Piala Agong 2012 untuk tahun ketiga berturut-turut dengan menewaskan Negeri Sembilan 27-15 pada perlawanan akhir di Stadium Majlis Bandaraya Petaling
Jaya semalam.
Kelantan bermula garang apabila kerap melakukan serangan namun dikejutkan dengan larian pantas Mohd Azmir Zainal Abidin yang berjaya melakukan 'try' seawal minit keenam perlawanan untuk membolehkan Negeri Sembilan mendahului 5-0.
Tersentak dengan keadaan itu, Kelantan memperkemaskan serangan dengan kerap mengasak kubu sebelah kiri lawan dan berjaya melakukan tiga 'try' dan menyempurnakan tiga 'conversion'.
Separuh masa pertama, Kelantan mengatasi Negeri Sembilan, 21-10.
Di babak kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun Kelantan kekal mendahului perlawanan sehingga wisel penamat apabila berjaya menyempurnakan dua sepakan penalti manakala Negeri Sembilan berjaya membuat satu jatuhan 'try'.
Pengurus pasukan Kelantan, Mohd Noor Nek Alias memberitahu pemberita kemenangan buat tahun ketiga berturut-turut itu merupakan hasil pemain yang telah lama menjalani latihan bagi memastikan misi membawa pulang Piala Agong berjaya.
"Strategi kita menjadi hari ini walaupun Negeri Sembilan kerap melakukan larian pantas di bahagian tengah, namun kita menukar corak permainan dengan lebih menekan pertahanan mereka di bahagian kiri dan ia menjadi," katanya.
Pemain 'flanker' Kelantan, Mohd Hafizh Zainal dinobatkan pemain terbaik kejohanan kali ini.
Perlawanan separuh akhir Khamis lepas menyaksikan Kelantan menewaskan Sabah 23-15, manakala Negeri Sembilan mengatasi Kedah, 13-12.
Berangkat hadir menonton perlawanan akhir itu ialah anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim yang berkenan menyampaikan piala kejohanan kepada pasukan Kelantan.
Bernama
Mon Nov 19 2012
AWANI Ringkas: Kedaulatan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.
Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 - MIDF
Institusi tempatan terus memberi sokongan terhadap Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 berturut-turut dengan mencatat belian bersih RM149.4 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
Kilang kitar semula musnah dalam kebakaran
Sebuah kilang barangan kitar semula di kawasan Perindustrian Ringan Alma, di Bukit Mertajam musnah akibat kebakaran malam tadi.
APM minta orang ramai patuh amaran bendera merah di Pantai Air Papan
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi tanda amaran bendera merah di persisiran Pantai Air Papan di Mersing.
Waktu menunggu di klinik kerajaan kini 30 minit - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan berjaya mengurangkan tempoh waktu menunggu dari tiga jam kepada 30 minit bagi perkhidmatan kesihatan di klinik kerajaan.
Bintang Meteor Garden, Barbie Hsu meninggal dunia akibat pneumonia
Hsu terkenal dengan peranannya dalam "Meteor Garden" pada 2001, menjadikannya bintang besar di Malaysia, Filipina, Indonesia, dan Thailand.
Mahkamah tolak bantahan awal, bicara kes abai Zayn Rayyan mula petang ini - Hakim
Mahkamah Sesyen menolak bantahan awal pihak pembelaan yang menyatakan pertuduhan ke atas ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin adalah defektif atau cacat.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat pada 19 Jan lepas.
Banjir: Rumah panjang Malo seakan 'pulau' dikelilingi air hampir sebulan
Dikelilingi air sejak hampir sebulan, rumah panjang Malo yang terletak di Nanga Penyarai kini seakan pulau kecil yang terasing.
Kelantan juara ragbi piala Agong buat tahun ketiga berturut-turut
Kelantan berjaya mempertahankan kejuaraan Ragbi Piala Agong 2012 untuk tahun ketiga berturut-turut dengan menewaskan Negeri Sembilan 27-15 pada perlawanan akhir.