Juara bertahan Piala Presiden, Kelantan memburu jaringan selesa dalam pertemuan dengan T-Team di perlawanan akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, malam ini.
Ketua jurulatihnya, Hashim Mustapa berkata pemainnya sedar mereka memerlukan bekalan selesa sebelum bertandang ke gelanggang lawan untuk melengkapkan final timbal balik itu pada 20 Okt.
"Saya tidak mahu pemain mengambil mudah perlawanan malam esok walaupun sebelum ini kami menewaskan pasukan T-Team dalam perlawanan persahabatan pada awal musim," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.
Menurutnya, jurulatih T-Team, Mohd Nafuzi Zain yang merupakan bekas jurulatih skuad Piala Presiden Kelantan musim lalu, tentunya mengetahui corak permainan pasukan Kelantan.
Sementara itu, Mohd Nafuzi berkata pasukannya mahu menjadi pasukan kelab pertama menjuarai piala tersebut.
"Kami menaruh harapan untuk mencipta kemenangan selesa di Kota Bharu bagi membawa pulang bekalan ke Terengganu bagi final kedua untuk merealisasikan misi pasukan kami," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2016

Pemain Kelantan Wan Zahrulnizam meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol pertama pasukan Kelantan semasa perlawanan bolasepak. - Gambar Bernama

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Tiada lagi kaki emas Hashim Mustapa
Hashim Mustapa merupakan bekas pemain Kelantan yang pernah tiga kali menerima anugerah Kasut Emas pada tahun 1990, 1993 dan 1994.

Kelantan tekad pertahan kejuaraan Piala Presiden
Juara bertahan Piala Presiden, Kelantan memburu jaringan selesa dalam pertemuan dengan T-Team di perlawanan akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, malam ini.