GEORGE TOWN: Kebenaran untuk penyokong menyaksikan pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023 di stadium adalah 50 peratus kapasiti stadium atau maksimum 20,000 penyokong, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin.
Hamidin berkata setakat ini, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membenarkan jumlah itu hadir ke stadium menyaksikan pelawanan yang dihoskan Malaysia.
"Kita akan terus pantau keadaan COVID-19 semasa dan mempunyai masa sehingga Jun... sekiranya keadaan mengizinkan, kita akan memohon KKM dan MKN untuk membenarkan lebih ramai penyokong masuk ke stadium untuk menyaksikan pelawanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan padang sintetik Kopa Arena di University Sains Malaysia (USM) hari ini.
Hamidin berkata situasi kes COVID-19 sekarang masih tinggi dan pematuhan prosedur operasi standard adalah penting dalam menjamin keselamatan dan kesihatan semua pemain.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam kenyataan baru-baru ini telah mengumumkan bahawa Malaysia telah dipilih sebagai satu daripada enam tuan rumah untuk pusingan akhir kelayakan untuk merebut tempat ke Piala Asia 2023 di China.
AFC turut menyenaraikan India, Kuwait, Kyrgyzstan, Mongolia dan Uzbekistan sebagai tuan rumah bagi kelayakan untuk menentukan baki 11 pasukan yang akan mara ke Pusingan Akhir yang akan diadakan di 10 bandar di China.
Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit pada edisi Kuwait 1980, manakala pada 2007, skuad Harimau Malaya tampil sebagai tuan rumah bersama Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Sementara itu, Hamidin berkata calon jurulatih tempatan yang akan dipilih sebagai pembantu jurulatih kepada ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon akan diumumkan minggu hadapan.
Beliau berkata hak pemilihan pembantu jurulatih tempatan diserahkan kepada ketua jurulatih dan Pan Gon akan mengumumkan calon itu minggu depan.
"Insha-Allah kita akan umum nama dia (pembantu jurulatih) pada Selasa atau Rabu depan...ketua jurulatih akan lakukan pengumuman tersebut," katanya.
Semalam, media tempatan melaporkan bahawa jurulatih dari Korea Selatan itu berminat untuk berjumpa dengan tujuh calon jurulatih tempatan sebelum mengumumkan pembantunya dalam barisan kejurulatihan baharu skuad Harimau Malaya.
Perlawanan persahabatan menentang Filipina pada 23 Mac dan Singapura pada 26 Mac adalah ujian awal buat Pan Gon, sebagai persediaan menjelang pusingan Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 20 2022
![Kelayakan Piala Asia 2023: 50 peratus atau 20,000 penyokong dibenarkan masuk stadium Kelayakan Piala Asia 2023: 50 peratus atau 20,000 penyokong dibenarkan masuk stadium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645082080_StadiumNasionalBu.jpg)
Kebenaran untuk penyokong menyaksikan pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023 di stadium adalah 50 peratus kapasiti stadium atau maksimum 20,000 penyokong. - Gambar fail/BERNAMA
![Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739002734_ZahidHamidi.jpg)
Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.
![Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739002668_WargaEmasLemasP.jpg)
Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama
Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.
![Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739004501_CocaCola.jpg)
Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly
Produk Coca-Cola EuroPacific Partners sahaja dikesan mengandungi paras klorat tinggi dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah.
![Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739004981_KhaledNordin.jpg)
Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin
Majoriti mereka berpencen pada usia muda iaitu sekitar 42 tahun dan masih bertenaga untuk mempelajari ilmu baharu.
Indonesia rangka peratusan had umur, lindungi kanak-kanak di platform digital
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital negara itu.
![Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739000056_AmirudinShari.jpg)
Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.
AWANI Ringkas: Op Sky: Keterangan tiga selebriti bantu lengkap siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir: PDPR dilaksana di sekolah yang tak sempat dibaik pulih
Walaubagaimanapun, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sasaran pihaknya adalah agar semua murid dapat hadir ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka.
![Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738998395_mayat.jpg)
Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam di Sungai Anap, Tatau, Bintulu pada Rabu lepas, ditemukan lemas pagi tadi.
![Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739003480_pilihanrayaindia.jpg)
Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi
Lebih 60 peratus daripada lebih 15 juta pengundi yang layak telah menjalankan tanggungjawab mereka memilih kerajaan tempatan pada Rabu lalu.
![Kelayakan Piala Asia 2023: 50 peratus atau 20,000 penyokong dibenarkan masuk stadium Kelayakan Piala Asia 2023: 50 peratus atau 20,000 penyokong dibenarkan masuk stadium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645082080_StadiumNasionalBu.jpg)
Kelayakan Piala Asia 2023: 50 peratus atau 20,000 penyokong dibenarkan masuk stadium
Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membenarkan jumlah itu hadir ke stadium menyaksikan pelawanan yang dihoskan Malaysia.