Penyerang negara, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi mampu memainkan peranan penting dalam skuad Harimau Malaya yang akan turun menentang Thailand pada aksi separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018.
Pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim berkata pengalaman beraksi selama lima bulan dalam liga utama Thailand bersama Nakhon Ratchasima FC adalah satu bonus kepada Muhammad Shahrel yang boleh memberi impak kepada gerakan serangan pasukan negara.
Beliau berkata Muhammad Shahrel atau lebih dikenali sebagai 'Eki' lebih memahami corak permainan barisan pemain skuad 'Gajah Perang' itu, selain 'naluri pemusnah' yang turut dimiliki beliau sudah pasti memberi kesukaran kepada benteng pertahanan lawan.
"Eki ada senjata tersendiri dalam menyerang dan tidak dinafikan beliau juga sering memberi keputusan positif apabila diturunkan. Kelebihan Eki dalam aksi berdepan Thailand adalah beliau sedikit sebanyak tahu corak permainan Thailand dan tahu kelebihan pemain lawan," katanya kepada Bernama.
Abu Bakar adalah individu yang bertanggungjawab membentuk Eki menjadi antara penyerang berbisa di negara ini, sehingga dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2017.
Eki berjaya meledak 29 gol untuk PKNP FC dalam tiga kempen liga berbeza bermula dari Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 2016, Liga Perdana 2017 dan separuh musim dalam Liga Super 2018.
Sepanjang lima bulan dipinjamkan ke kelab dari Thailand itu bermula Jun lepas, Eki berhasil menjaringkan satu gol dalam 10 penampilannya.
Abu Bakar, bagaimanapun berkata keputusan sama ada Eki bakal diturunkan dalam kesebelasan utama terletak di tangan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe.
Beliau percaya Cheng Hoe lebih mengetahui kemampuan setiap pemain untuk digunakan dalam satu-satu perlawanan mengikut kekuatan pasukan lawan.
"Cheng Hoe adalah ketua jurulatih dan segala keputusan biar beliau putuskan. Terpulang kepada beliau sama ada inginkan Eki sebagai pemain utama atau pemain gantian. Apa yang penting skuad negara perlu bermain sebagai satu pasukan jika ingin mengatasi Thailand nanti," katanya.
Malaysia akan melayan kunjungan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini, dalam aksi separuh akhir pertama sebelum berkunjung ke Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok untuk aksi timbal balik pada 5 Dis.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menewaskan Thailand adalah pada final edisi 2014 menyaksikan Malaysia menang 3-2, namun gagal menjulang piala berkenaan, berikutan keputusan agregat 4-3 memihak kepada pasukan lawan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 26 2018

Muhammad Shahrel (depan) percaya Cheng Hoe lebih mengetahui kemampuan setiap pemain untuk digunakan dalam satu-satu perlawanan mengikut kekuatan pasukan lawan. --fotoBERNAMA/Fail
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Thanabalan masih muda dan berpontensi - Abu Bakar Fadzim
Abu Bakar merancang menjadikan Thanabalan pemain utama pasukannya musim ini, namun menegaskan dia terlebih dahulu perlu membuktikan kesungguhannya.

Perak buktikan reputasi 'abang' di Manjung
Perak menutup tirai pusingan pertama Liga Super dengan bergaya apabila membelasah PKNP FC 4-0 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Kelibat Eki mampu beri kelebihan kepada Harimau Malaya berdepan Thailand
Penyerang negara, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi mampu memainkan peranan penting dalam skuad Harimau Malaya yang akan turun menentang Thailand pada aksi separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018.

Harimau Malaya mampu cipta kejutan berdepan Thailand
Biarpun hanya dua kemenangan berjaya dicatat dalam 10 pertemuan sebelum ini skuad Harimau Malaya tetap memiliki kemampuan mencipta kejutan apabila berdepan Thailand pada aksi separuh akhir AFF Suzuki.