SEPANG: Kelompok terbesar kontinjen Malaysia berlepas ke London malam ini bagi menyertai temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Ia terdiri daripada lebih 60 atlet dan pegawai melibatkan sukan badminton, skuasy, olahraga, gimnastik artistik, judo, ping pong, powerlifting dan bola keranjang berkerusi roda.
Antara atlet yang terlibat ialah pemain badminton Ng Tze Yong, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Pearly Tan, M. Thinaah, Goh Jin Wei serta Rachel Arnold (skuasy), Jackie Wong Siew Cheer (baling tukul besi) dan Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting).
Mereka menaiki pesawat Malaysia Airlines MH0002, yang dijadualkan berlepas pada 11.30 malam ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Heathrow, London.
Kontinjen negara akan diwakili oleh 162 orang membabitkan 104 atlet, 44 pegawai dan 13 kakitangan, dengan sasaran membawa pulang enam pingat emas.
Sukan Komanwel 2022 dijadualkan bermula 28 Julai hingga 8 Ogos ini, dengan lebih kurang 6,500 atlet dari 72 negara dan Wilayah dijangka mengambil bahagian pada edisi kali ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022

Kontinjen Malaysia melaungkan kata-kata semangat "Malaysia Boleh" di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini bagi menyertai temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022. - Foto BERNAMA

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Sukan SEA: Cuaca panas, penyakit bawaan haba kebimbangan utama kontinjen Malaysia
Kesan utama penyakit bawaan haba seperti strok haba kekal menjadi kebimbangan utama pasukan perubatan kontinjen negara di Sukan SEA 2023 yang berlangsung dalam fenomena cuaca panas melampau, di sini.

Sukan SEA Hanoi: Malaysia dijangka capai sasaran 36 emas pada hari ke-13
Tumpuan peminat sukan tanah air pada hari ke-13 pastinya terarah kepada pencapaian atlet negara dalam mencapai sasaran 36 pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-31.

APG: Malaysia mungkin hantar kontinjen kecil
Berdepan kekangan seperti bajet, kesuntukan masa untuk mempersiapkan kontinjen serta kebimbangan mengenai keselamatan atlet susulan varian Omicron.

Paralimpik Tokyo: Sasaran tiga pingat emas kekal relevan
Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, tiada campur tangan politik dalam sukan dan amalan itu perlu diteruskan.

Tokyo 2020: Rangkuman pencapaian kontinjen Malaysia, pingat pertama badminton lonjak semangat atlet
Kontinjen Malaysia menarik nafas lega apabila beregu badminton lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyumbangkan pingat pertama di Tokyo.

Malaysia hantar kontinjen keempat terbesar Sukan Para ASEAN 2020
Thailand menghantar kontinjen terbesar dengan 317 atlet diikuti juara bertahan, Indonesia (306) manakala tuan rumah, Filipina menyenaraikan 274 atlet.

Kegagalan capai 70 emas Sukan SEA 2019 harus diterima semua pihak - Ketua Kontinjen
Pengurusan kontinjen negara akan membuat bedah siasat bagi mencari punca atlet negara gagal mencapai misi.

Program Podium bagus, cuma perlu ditambah baik - Tunku Imran
Program Podium merupakan satu program yang bagus dan perlu dikekalkan dengan penambahbaikan, kata Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar.

Sukan SEA: Senarai pemenang pingat emas Malaysia
Berikut pemenang pingat emas dalam kalangan atlet Malaysia pada Sukan SEA ke-28.