KUALA LUMPUR: Kemenangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih kejuaraan Kejohanan Badminton Dunia 2022 hari ini bukan sahaja menggembirakan keluarga masing-masing malah disifatkan satu kenangan terindah.
Lebih membanggakan bagi keluarga Aaron-Wooi Yik, kejayaan menamatkan penantian 45 tahun Malaysia untuk gelaran dunia yang pertama dilihat sebagai hadiah Hari Kebangsaan yang bakal disambut Rabu depan.
Bapa Wooi Yik, Soh Goon Chup berkata, seluruh keluarga menyaksikan perlawanan penuh bermakna itu menerusi televisyen di ibu negara.
"Seluruh keluarga kami sangat gembira dan bersyukur, saya betul-betul mahu ucapkan terima kasih kepada anak saya dan Aaron kerana dapat menang Kejohanan Dunia ini. Detik terindah buat keluarga," katanya kepada Bernama.
Goon Chup, 65, pernah beraksi untuk skuad kebangsaan dalam acara beregu lelaki pada era 1970-an hingga 80-an turut berkongsi mengenai penglibatan Wooi Yik, 24, yang mula bermain badminton seawal usia enam tahun dengan beliau menjadi jurulatih pertama.
"Memang sejak kecil Wooi Yik suka main badminton. Dia akan ikut sekali apabila saya mengajar badminton di kawasan seperti Cheras dan Selayang untuk belajar dan main bersama-sama," jelasnya.
Goon Chup juga berkata, beliau selalunya akan hadir memberi sokongan kepada anaknya di stadium sebelum ini namun semakin berkurangan ketika ini disebabkan pandemik COVID-19 dan faktor umur.
Ditanya mengenai perancangan untuk meraikan kejayaan anaknya, beliau berkata, jika Wooi Yik mendapat pelepasan untuk balik ke rumah, beliau akan mengadakan 'makan besar' bersama keluarga.
"Kita belum tahu lagi, dia akan beraksi dalam kejohanan Terbuka Jepun minggu depan, jika dapat balik ke rumah selepas itu, kita akan buat sambutan kecil. Mungkin makan besar atau kalau kawan-kawan nak bergambar dengan dia, bawa dia," katanya dengan nada jenaka.
Sementara itu, bapa Aaron, Chia Boon Foo turut berkongsi perkara sama apabila seluruh keluarganya yang menyaksikan perlawanan itu meluahkan kegembiraan atas kejayaan bersejarah hari ini.
"Kemenangan ini sangat bermakna buat beliau, keluarga dan seluruh negara, terutamanya apabila dilakar pada Bulan Kebangsaan. Satu sejarah baharu kerana tidak pernah ada pemain dari Malaysia yang pernah menenangi gelaran ini," katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, Aaron-Wooi Yik mencipta sejarah sebagai wakil Malaysia pertama meraih gelaran di pentas dunia selepas menundukkan bekas juara dunia tiga kali dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14 dalam aksi final di Tokyo, Jepun.
Ia juga gelaran pertama bagi beregu di ranking keenam dunia itu di peringkat antarabangsa selepas memenangi pingat emas Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina, serta gangsa Olimpik Tokyo 2020.
Ini adalah penampilan keempat Aaron-Wooi Yik di kejohanan dunia dengan pencapaian terbaik beraksi adalah mara sehingga suku akhir pada edisi 2018 di Nanjing, China.
Walaupun wakil negara pernah melangkah ke final sebanyak lapan kali, Malaysia tidak pernah merasai kejayaan di pentas Kejohanan Dunia itu.
Sebelum ini, pemain perseorangan lelaki Datuk Lee Chong Wei adalah pemain paling cemerlang apabila meraih tiga perak pada 2011, 2013 dan 2015, manakala peraknya pada edisi 2014 dibatalkan kerana kesalahan doping, selain Wong Choong Hann, yang kini pengarah kejurulatihan perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut mara ke final pada 2003.
Malaysia pernah muncul naib juara beregu lelaki sebanyak empat kali menerusi Datuk Razif Sidek-Datuk Seri Jailani Sidek (1987), Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang (1993), Soon Kit-Yap Kim Hock (1997) dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (2010). - BERNAMA
Bernama
Sun Aug 28 2022

Kejayaan Soh Wooi Yik menyaksikan perlawanan akhir beregu lelaki Kejohanan Badminton Dunia 2022 menerusi televisyen hari ini. - Gambar BERNAMA

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.

Aaron-Wooi Yik nombor dua dunia, Zii Jia turun dua anak tangga
Aaron Chia-Soh Wooi Yik naik satu anak tangga dalam ranking terbaharu BWF selepas meraih 84,518 mata daripada 16 kejohanan yang disertai mereka.

Keluarga Aaron-Wooi Yik bangga, anggap kemenangan hadiah Hari Kebangsaan
Keluarga Aaron Chia-Soh Wooi Yik bersyukur pasangan beregu itu masyhurkan nama negara menjelang Hari Kebangsaan.

PM ucap tahniah Aaron-Wooi Yik juara pertama Malaysia di Kejohanan Badminton Dunia
Ismail Sabri berkata kejayaan itu merupakan hadiah yang cukup bermakna buat negara sempena Hari Kebangsaan 2022, tidak lama lagi.

Sukan Komanwel: Aaron- Wooi Yik kalahkan Peng Soon-Kian Meng untuk gangsa
Chan Peng Soon-Tan Kian Meng memberi tentangan sengit sebelum akhirnya Aaron-Wooi Yik muncul pemenang.