BIRMINGHAM: Skuad angkat berat negara terus cemerlang pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila menyumbangkan sebutir perak di Pusat Pameran Nasional (NEC) Birmingham di sini pada Ahad.
Selepas kejayaan merangkul dua pingat emas dalam acara berkenaan semalam, kini tiba giliran Muhammad Erry Hidayat menaiki podium dalam kategori 73 kilogram (kg) lelaki di belakang atlet India Achinta Sheuli.
Atlet negara berusia 22 tahun itu, sebelum itu mencuba untuk mencabar kedudukan pingat emas, namun tidak berjaya mengangkat bebanan 176kg di percubaan terakhir dalam kategori clean Jerk.
Anak kepada bekas jaguh angkat berat negara, Hidayat Hamidon, itu terpaksa berpuas hati melakukan angkatan bebanan keseluruhan 303kg selepas merekodkan angkatan snatch 138kg dan 165kg bagi clean jerk.
Peserta India itu pula merekodkan angkatan bebanan keseluruhan 313kg, yang juga rekod baharu temasya, setelah melakukan 143kg (snatch) dan 170kg (clean j jerk) manakala pingat gangsa milik atlet Kanada, Shad Darsigny, dengan angkatan keseluruhan 298kg (snatch 135kg, clean jerk 163kg).
Ketika ditemui selepas saingan tersebut, Muhammad Erry pada mulanya kelihatan tenang menjawab pertanyaan pemberita, namun tidak dapat menahan kesedihan sebaik diajukan soalan mengenai janji kepada bapanya pada temasya sukan kali ini.
"Saya minta maaf kepada ayah sebab saya janji pada ayah akan dapatkan emas di sini, tapi dapat perak...maafkan saya ayah, dan semua peminat angkat berat di Malaysia, serta jurulatih yang membimbing saya sejak dari kecil,” katanya.
Hidayat, bapa Muhammad Erry, adalah pemenang pingat emas acara angkat berat pada Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.
Sementara itu, Muhammad Erry yang belum cergas sepenuhnya setelah menghidap demam denggi dua minggu lepas, berkata, beliau tetap berbangga meraih perak, sekali gus mengatasi pencapaiannya pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia apabila menduduki tempat kelima.
Beliau berharap kejayaan kem angkat berat negara di temasya kali ini mendapat perhatian Majlis Sukan Negara (MSN) agar angkat berat disenaraikan semula sebagai sukan teras kebangsaan.
Angkat berat menjadi antara tiga sukan digugurkan daripada senarai sukan teras negara selain sepak takraw dan taekwondo pada 2017, susulan prestasi sukan angkat berat yang semakin merosot serta pelbagai masalah disiplin seperti kegagalan beberapa atletnya dalam ujian doping.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 31 2022

Aksi Muhammad Erry dalam acara angkat berat kategori 73 kg pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Dewan NEC 1, Birmingham, 31 Julai 2022. --fotoBERNAMA
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.

Tiga badang negara mungkin tidak sertai Sukan SEA Kemboja
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat memberikan bayangan bahawa tiga badang negara, berkemungkinan tidak akan menyertai Sukan SEA Kemboja 2023.

Atlet Selangor cemerlang di Sukan SEA, Komanwel 2022 terima insentif
Insentif disampaikan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu majlis di Istana Alam Shah.

Joe Ee mahu fokus pada pelajaran, janji tampilkan aksi terbaik di Sukan Asia
Gimnas berusia 16 tahun itu berkata beliau tetap akan bekerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh untuk Sukan Asia.

Biar Tze Yong berjaya dengan caranya sendiri - Choong Hann
Ada pihak mungkin berpendapat atlet itu sudah bersedia untuk 'mencabar' jaguh perseorangan Lee Zii Jia.

Senarai pemenang pingat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022
Disenaraikan nama-nama pemenang pingat bagi kontinjen Malaysia di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Selamat tinggal Birmingham, kita jumpa di Victoria
Dame Louise Marin menyifatkan Birmingham 2022 sebagai 'berani, menguja dan cemerlang' dan memberikan pujian kepada semua atlet.

Sukan Komanwel: Tidak mahu leka dengan kejayaan hari ini - Pearly
Mereka masih mempunyai ruang untuk diperbaiki walaupun berjaya menyumbang pingat emas ketujuh Malaysia.

Sukan Komanwel: Perjuangan membanggakan, Malaysia perbaiki kedudukan keseluruhan
Malaysia menamatkan saingan di kedudukan 10 sekali gus memperbaiki kedudukan di tempat ke-12 pada edisi 2018.

Beri peluang muka baharu, rombak program latihan - MOM
Kebergantungan kepada atlet sedia ada pada temasya sukan empat tahun sekali itu perlu diubah.