IPOH: Kemelut antara bekas pengendali Perak FC Datuk Lim Teong Kim dengan Perak FC berhubung isu tuntutan bayaran baki gajinya susulan pemecatan dan penamatan kontrak beliau yang didakwa tidak sah akan diputuskan Mahkamah Perusahaan.
Peguam Adam Yap Boon Han yang mewakili Teong Kim berkata buat masa ini, pihaknya sedang menunggu surat daripada Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) Perak bagi tindakan lanjut.
"Proses perdamaian di luar mahkamah sepertimana yang diminta JPPM Perak sebelum ini membabitkan kedua-dua pihak masih tidak dapat diselesaikan. Jadi, jalan terbaik bagi menentukan keputusan adalah di mahkamah.
"Buat masa ini, pihak kami sedang menunggu surat daripada JPPM Perak yang memaklumkan tentang kes ini dirujuk ke Mahkamah Perusahaan serta tarikhnya. Pihak kami juga dalam proses menyediakan dokumentasi berkaitan perkara ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Pada 27 Jun lepas, Teong Kim memfailkan representasi kepada JPPM Perak berhubung penamatan kontrak secara salah dan tuntutan baki 16 bulan gajinya selepas dipecat pada Mei setelah lapan bulan mengendalikan Perak FC.
JPPM Perak telah memanggil kedua-kedua pihak untuk berunding pada 3 Ogos lepas selain memberikan masa hingga 26 Ogos untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku, namun menemui jalan buntu.
Peguam itu berkata antara faktor utama masalah berkenaan gagal diselesaikan adalah kerana jumlah pampasan yang ingin dibayar oleh Perak FC kepada bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu terlalu rendah daripada yang ditetapkan.
"Di pihak Teong Kim sendiri, beliau sudi untuk kurangkan jumlah pampasan awal yang diminta tetapi tawaran (pampasan) yang diletakkan itu terlalu rendah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2023

Pada 27 Jun lepas, Teong Kim memfailkan representasi kepada JPPM Perak berhubung penamatan kontrak secara salah dan tuntutan baki 16 bulan gajinya selepas dipecat pada Mei. - Gambar fail

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

Liga Super: Kuching City bangkit ikat Perak, Penang FC menang besar di Kota Bharu
Kuching City FC gagal memperbaiki kedudukan selepas terikat 1-1 dengan Perak FC pada aksi Liga Super.

Yusri mahu Perak FC kekalkan momentum kemenangan
Yusri Che Lah mampu tersenyum lebar selepas menyaksikan skuad bimbingannya menang bergaya 7-0 ke atas KDN FC.

Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.

Liga Super: Selangor atasi KL City 1-0, Bos Gaurus ikat Harimau Kumbang 3-3
Peluang terbaik babak pertama hadir pada minit ke-30, hasil hantaran Alvin Fortes kepada Quentin Cheng, namun gagal disempurnakan.

Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.

Liga Super: Perak FC dihukum akibat kelalaian sendiri
Yusri berkata para pemain perlu mengambil pengajaran dan sedar bahawa kelalaian mereka dalam perlawanan hanya akan membawa padah.

TFC kutip tiga mata penting, benam Kelantan 2-1
Skuad Penyu melancarkan pelbagai serangan awal untuk menguji ketangkasan penjaga gol KDN FC, Mohammad Fikri Che Soh.

Piala Malaysia: Yusri Che Lah mahu pemain kekalkan momentum
Yusri mengakui masih ada ruang yang perlu diperbaiki bagi memastikan Perak terus mara.

Piala Malaysia: JDT belasah KL Rovers 9-0 untuk ke suku akhir
Skuad Harimau Selatan membenam pasukan Liga A1 Semi Pro tersebut, 6-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 terakhir di Stadium Sultan Ibrahim.

Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.