Usaha menaik taraf kemudahan serta prasarana sukan yang terdapat di Kompleks Sukan Ranau (KSR) penting bagi menyediakan tempat sukan terbaik kepada atlet tempatan pada masa akan datang.
Anggota Parlimen Ranau, Datuk Dr Ewon Ebin berkata, cuaca baik di sekitar Ranau ketika ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk membangunkan prasarana sukan yang lama di KSR itu.
Menurutnya, menaik taraf kemudahan di KSR itu sekali gus akan memberi peluang kepada generasi atlet muda Ranau untuk merasai pengalaman menjalani latihan di kompleks sukan yang terletak pada kedudukan altitud tinggi.
"Daerah Ranau sendiri, sejak dahulu terkenal kerana berjaya melahirkan ramai atlet padang dan balapan hingga mengharumkan nama Sabah dalam kejohanan sukan di peringkat kebangsaan. Justeru menaik taraf KSR itu perlu," katanya kepada pemberita di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu beliau berharap agar atlet tempatan terutamanya di Ranau dapat memanfaatkan setiap kemudahan dan prasarana sukan di KSR untuk pembangunan sukan negeri dalam tempoh jangka masa panjang.
Mengenai program Hari Sukan Negara yang diadakan serentak di seluruh negara pada pagi tadi, Ewon berkata, ia membuktikan komitmen tinggi kerajaan dalam mentransformasi Malaysia sebagai negara bersukan.
Lebih seribu penduduk sekitar Ranau menjayakan program berkenaan yang turut diisi dengan pelbagai acara sukan seperti larian, berbasikal, bola jaring, memanah, tarik tali dan boling padang serta payung luncur.
Bernama
Sun Oct 11 2015

EWON: Menaik taraf kemudahan di KSR itu sekali gus akan memberi peluang kepada generasi atlet muda Ranau untuk merasai pengalaman menjalani latihan di kompleks sukan yang terletak pada kedudukan altitud tinggi. - Gambar Fail

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Tun Mahathir tidak ikhlas perjuang MA63 - Ewon Ebin
Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr. Ewon Ebin menyifatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak ikhlas dalam memperjuangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)

Kemudahan dan prasarana sukan Kompleks Sukan Ranau perlu dinaik taraf
Usaha menaik taraf kemudahan serta prasarana sukan yang terdapat di Kompleks Sukan Ranau (KSR) penting bagi menyediakan tempat sukan terbaik kepada atlet tempatan pada masa akan datang.

Plat kenderaan "1MCY" sempena tahun pengkomersialan
Plat yang mengggunakan teknologi GPS serta mempunyai bahan pembias cahaya itu bagaimanapun masih menunggu kelulusan kabinet.

Forum Inovasi Dunia KL 2013 tarik 5,000 pengunjung
Forum Inovasi Dunia Kuala Lumpur 2013 (WIF-KL 2013) berjaya menarik seramai 5,000 pengunjung pada hari pertama.