KUALA NERUS: Kerajaan Negeri Terengganu menyediakan insentif khas untuk pelumba cilik negara, Qabil Irfan Azlan yang berjaya merangkul gelaran juara keseluruhan kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023 di Valencia, Sepanyol, 23 Nov lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Hishamuddin Abd Karim berkata insentif dalam bentuk wang tunai itu akan diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Rabu depan dalam satu majlis khas yang turut diselitkan pertunjukan perlumbaan oleh pelumba-pelumba cilik Terengganu.
Beliau berkata pemberian insentif tersebut sebagai pencetus semangat dan sumbangan untuk pelumba kelahiran Terengganu itu terus berusaha dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
"Alhamdulillah kerajaan negeri sangat berbangga dengan pencapaian Qabil Irfan yang bukan sahaja mengharumkan nama negara malah mengangkat nama negeri Terengganu.
"Oleh kerana Qabil Irfan berjaya menjadi juara di peringkat dunia, kerajaan negeri bersetuju untuk memberi insentif khas yang akan disampaikan oleh Menteri Besar Rabu depan," katanya ketika menyambut kepulangan Qabil Irfan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, di sini malam tadi.
Sementara itu Qabil Irfan berkata beliau amat bersyukur kerana dapat menghadiahkan kemenangan kepada negara dan juga negeri kelahirannya.
Anak kedua daripada empat beradik itu berkata sebelum meraih kejayaan tersebut, pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi termasuk sesi latihan yang mencabar dan keadaan cuaca yang sejuk mencecah 6 darjah Celsius.
"Ini adalah penyertaan kali kedua saya di Kejuaraan Siri Dunia MiniGP. Kali pertama tahun lalu hanya berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan.
"Saya tidak sangka dapat jadi juara. Sasaran saya untuk layak ke pusingan akhir pun dah syukur. Tetapi alhamdulillah dapat atasi semua halangan walaupun cuaca sangat sejuk sehingga menyebabkan jalan basah serta licin," katanya yang meminati pelumba motosikal dari Itali, Valentino Rossi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2023

Hishamuddin (tengah) hadir menyambut kepulangan Qabil Irfan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Kuala Nerus, malam tadi. - Facebook Hishamuddin Abd Karim
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Belanjawan 2025: Insentif khas untuk pacu pertumbuhan JSSEZ
Kerajaan akan menyediakan insentif khas bagi memacu pertumbuhan Zon Ekonomi Khas Johor Singapura (JSSEZ) sebagai zon ekonomi khas yang mampan.

Skuad sepak takraw negara terima insentif khas daripada MSN - Hannah
Pasukan sepak takraw kebangsaan bakal menerima insentif khas berjumlah RM170,000 daripada Majlis Sukan Negara (MSN) susulan kejayaan membanggakan pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Kerajaan Terengganu sedia insentif khas untuk pelumba cilik negara
Insentif dalam bentuk wang tunai itu akan diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Rabu depan.

KBS timbang insentif untuk atlet cemerlang di CYG 2023 - Adam Adli
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang menimbangkan pemberian insentif khas kepada atlet yang menyumbang pingat pada Sukan Komanwel Remaja (CYG) 2023 di Trinidad dan Tobago, baru-baru ini.

Insentif kesihatan buat warga Felda adalah yang terbaik
Rata-rata peneroka merupakan generasi pertama yang semakin berumur dan memerlukan bantuan penjagaan kesihatan.

Bajet 2023: Industri pembinaan harap kerajaan umum insentif khas penggunaan teknologi
Antara insentif yang diharapkan adalah membabitkan cukai bagi kesediaan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0).

Kerajaan pertimbang insentif khas untuk sukarelawan barisan hadapan - Mohd Redzuan
Meskipun berdepan pelbagai cabaran, anggota APM dan sukarelawan lain dilatih untuk sentiasa bersedia menguruskan bencana atau kecemasan.

COVID-19: Johor beri insentif khas kepada anggota barisan hadapan PBT
Pembayaran insentif dengan peruntukan perbelanjaan RM1.512 juta bagi tempoh pelaksanaan PKP selama tiga bulan bermula Mac hingga Mei itu akan memberi manfaat kepada 1,681 petugas daripada 16 PBT.

MAIWP peruntuk lebih RM87 juta bantu asnaf
MAIWP sehingga kini menawarkan 28 skim bantuan zakat merangkumi bantuan dari aspek keperluan asasi, pendidikan, ekonomi dan kebajikan.

Manifesto BN: Pelbagai manfaat untuk peneroka Felda
BN menawarkan insentif khas RM5,000 bagi setiap peneroka Felda selain pewujudan geran khas bagi tujuan penanaman semula.