KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pertukaran permukaan padang Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini yang dianggarkan menelan belanja antara RM1.2 hingga RM1.4 juta hanya akan bermula seawal Januari tahun depan.
Kelewatan kerja-kerja menggantikan rumput di Stadium Nasional yang dijangka mengambil masa kira-kira empat bulan itu disebabkan komitmen yang telah dipersetujui pihak stadium untuk menganjurkan beberapa acara di venue rasmi skuad Harimau Malaya itu sepanjang tahun ini.
Prosesnya itu bagaimanapun akan akan bermula secepat mungkin apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bekerjasama rapat dengan pihak Stadium Sultan Ibrahim milik Johor Darul Ta'zim (JDT) di Iskandar Puteri, Johor.
Pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika ditemui media selepas melakukan tinjauan di gelanggang keramat skuad Harimau Malaya itu bertitah pertukaran permukaan rumput di padang berkenaan dilihat sebagai pelaburan jangka panjang bagi stadium berkenaan.
"Kalau kita tengok negara-negara jiran kita semua dah tukar kepada rumput yang lebih berkualiti kerana rumput ini adalah sebagai pelaburan jangka panjang untuk stadium kita dan salah satu stadium punya reputasi, lebih-lebih lagi, ini adalah Stadium Nasional.
"Jadi saya rasa dengan segera kita akan tukar, tapi saya difahamkan oleh kerana Stadium Nasional pun ada komitmen beberapa acara untuk tahun ini bermakna padang akan bermula kerja lebih lewat. Insya-Allah tak silap saya pada Januari tahun depan," titah baginda.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Pada sesi tinjauan tersebut, Tunku Mahkota Johor itu turut berkenan menyerahkan replika cek dengan nilainya tertulis "kos penukaran permukaan padang" Stadium Nasional Bukit Jalil bagi mengotakan janji baginda menaja perbelanjaan pertukaran rumput baharu jenis Zeon Zoysia di stadium berkenaan.
Sementara itu, Ahmad Faizal menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas kurniaan dana pertukaran padang daripada Tunku Ismail dan menganggap ia sebagai satu sumbangan amat signifikan kepada pembangunan bola sepak di negara.
"Tentunya saya bersama PSM akan bekerjasama dengan pasukan Tunku di Johor untuk pastikan padang kita dalam keadaan terbaik. Kita akan mula satu proses pembelajaran dan bertukar-tukar nota untuk memastikan akhirnya stadium ini padangnya boleh dibanggakan hingga banyak pasukan antarabangsa sudi bermain," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata kerja-kerja penukaran padang itu perlu melalui beberapa proses bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kewangan, namun berpendapat proses itu dapat dilaksanakan segera.
Sebagai rekod, minggu lepas Tunku Ismail sekali lagi menarik perhatian media menerusi kenyataan baginda yang mahu menanggung kos pertukaran rumput Stadium Nasional sebagai hadiah kepada skuad Harimau Malaya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 19 2022
![Kerja-kerja tanam rumput baharu Stadium Nasional bermula Januari 2023 Kerja-kerja tanam rumput baharu Stadium Nasional bermula Januari 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647085418_StadiumNasionalBu.jpg)
Kerja-kerja pertukaran permukaan padang Stadium Nasional di Bukit Jalil yang dianggarkan menelan belanja antara RM1.2 hingga RM1.4 juta hanya akan bermula seawal Januari tahun depan. - Gambar fail/BERNAMA
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.
![Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728964477_HafizulHawari.jpg)
Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.
![Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739952443_ZalihabintiMustafa.jpg)
Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.
![Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739951176_TBMohdAzizi.jpg)
Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews
![Semangat patriotik seharusnya melebihi keresahan harga tiket - Legenda bola sepak Semangat patriotik seharusnya melebihi keresahan harga tiket - Legenda bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699949394_SkuadHarimauMalaya.jpg)
Semangat patriotik seharusnya melebihi keresahan harga tiket - Legenda bola sepak
Harga tiket tidak seharusnya menjadi masalah kepada peminat setia untuk memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya menentang Kyrgyzstan.
![TMJ berkenan pinjamkan kanvas, padang Stadium Nasional dijaga TMJ berkenan pinjamkan kanvas, padang Stadium Nasional dijaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671878293_kanvasmenutuppermu.jpg)
TMJ berkenan pinjamkan kanvas, padang Stadium Nasional dijaga
Kanvas itu bagi memastikan keadaan padang terpelihara dan berada dalam kondisi baik sepanjang 90 minit permainan.
!['10 tahun cakap lebih tapi padang teruk' - TMJ '10 tahun cakap lebih tapi padang teruk' - TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647515321_TunkuMahkotaJohor.jpg)
'10 tahun cakap lebih tapi padang teruk' - TMJ
TMJ berkata tiada maknanya kejayaan menewaskan Kemboja jika keadaan permukaan padang di SNBJ masih di takuk lama dengan menggunakan rumput jenis 'cow grass'.
![KBS arah PSM lakukan forensik struktur Stadium Nasional KBS arah PSM lakukan forensik struktur Stadium Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655393088_AhmadFaizal.jpg)
KBS arah PSM lakukan forensik struktur Stadium Nasional
Ahmad Faizal Azumu berkata beliau telah mengarahkan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk melantik sebuah syarikat untuk membuat penilaian.
![Kerja-kerja tanam rumput baharu Stadium Nasional bermula Januari 2023 Kerja-kerja tanam rumput baharu Stadium Nasional bermula Januari 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647085418_StadiumNasionalBu.jpg)
Kerja-kerja tanam rumput baharu Stadium Nasional bermula Januari 2023
Kerja-kerja pertukaran permukaan padang Stadium Nasional di Bukit Jalil yang dianggarkan menelan belanja antara RM1.2 hingga RM1.4 juta hanya akan bermula seawal Januari tahun depan.
![Stadium Nasional: KBS hargai penajaan rumput TMJ, belum ada hitam putih Stadium Nasional: KBS hargai penajaan rumput TMJ, belum ada hitam putih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643380495_TMJ.jpg)
Stadium Nasional: KBS hargai penajaan rumput TMJ, belum ada hitam putih
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menghargai hasrat pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk menaja kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional Bukit
![TMJ akan taja kos pertukaran rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional TMJ akan taja kos pertukaran rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645082080_StadiumNasionalBu.jpg)
TMJ akan taja kos pertukaran rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional
Ia sebagai hadiah kepada gelanggang keramat skuad Harimau Malaya itu.
!['Harimau usah dibuai mimpi indah' - Irfan Bakti 'Harimau usah dibuai mimpi indah' - Irfan Bakti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/61475577176_IrfanBakti.jpg)
'Harimau usah dibuai mimpi indah' - Irfan Bakti
Indonesia juga sudah pasti berazam tampil dengan misi membalas dendam ke atas Harimau Malaya selepas kecundang 2-3 di Stadium Utama, Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September lalu.
![Mat Yo sedia gegar gawang Indonesia Mat Yo sedia gegar gawang Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71574071779_TBMATYO.jpg)
Mat Yo sedia gegar gawang Indonesia
Ketiadaan penyerang utama, Muhammad Syafiq Ahmad akibat penggantungan satu perlawanan, sedia digalas oleh Norshahrul Idlan Talaha apabila skuad negara berhadapan Indonesia
!['Badak' sedia kekang jentera serangan Jordan 'Badak' sedia kekang jentera serangan Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81567008596_ShahrulMohdSaad.jpg)
'Badak' sedia kekang jentera serangan Jordan
Shahrul Mohd Saad bersedia memberikan aksi terbaik walaupun ketiadaan pemain senior Aidil Zaquan Abdul Radzak.