TOKYO: Perenang para kebangsaan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli terlepas peluang untuk mara ke peringkat akhir renang 200 meter (m) lelaki gaya bebas S5 (kecacatan fizikal) pada Sukan Paralimpik Tokyo, di sini.
Lebih menyedihkan, Pengarah Bahagian Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN) Mohd Sofian Hamzah mengesahkan bahawa atlet Sarawak yang membuat kemunculan pertama di temasya berprestij itu telah dibatalkan penyertaannya susulan kesilapan teknikal dalam saringan pertama itu.
"Apa yang dilakukan Nur Syaiful tadi tidak dibenarkan sama sekali dalam acara berkenaan," katanya kepada Bernama.
Perenang Sepanyol Antoni Ponce Betran mengungguli saingan di tempat pertama dengan catatan 2 minit 33.73 saat (s), diikuti perenang Brazil Daniel de Faria Dias di tempat kedua dengan 2:45.16s dan Dmitrii Cherniaev dari Jawatankuasa Olimpik Rusia yang merekodkan masa 2:48.18s untuk mengakhiri saingan di tempat ketiga.
Lapan perenang terbaik daripada dua saringan dipertandingkan akan layak ke peringkat akhir, yang dijadual berlangsung kira-kira 7.52 petang ini (6.52 petang waktu Malaysia).
Sementara itu, perenang berusia 26 tahun yang mengalami kecacatan kedua-dua kakinya selepas terlibat dalam kemalangan pada usia 17 tahun itu berpeluang untuk menebus kekecewaannya apabila masih mempunyai tiga lagi baki saingan selepas ini.
Nur Syaiful akan turun bersaing dalam acara 50m gaya bebas S5, 100m gaya bebas S5 dan 100m kuak dada bagi kategori SB4 (kecacatan fizikal).
Selain Nur Syaiful, Malaysia turut diwakili dua lagi perenang iaitu Jamery Siga bagi kategori S5 serta Brenda Anellia Larry yang bersaing untuk kategori S4 (kecacatan fizikal).
Sukan Paralimpik Tokyo yang membuka tirai secara rasmi malam tadi akan berakhir pada 5 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 25 2021
![Kesilapan teknikal jejaskan aksi sulung Nur Syaiful di Paralimpik Tokyo Kesilapan teknikal jejaskan aksi sulung Nur Syaiful di Paralimpik Tokyo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629865274_Atletrenangparal.jpg)
Muhammad Nur Syaiful Zulkafli ketika beraksi pada acara lelaki 200m gaya bebas pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo hari ini. --fotoBERNAMA
![Tiada keperluan lantik menteri agama bukan Islam, ada isu boleh bincang - Ago Dagang Tiada keperluan lantik menteri agama bukan Islam, ada isu boleh bincang - Ago Dagang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739591642_AgoDagangJejakHa.jpg)
Tiada keperluan lantik menteri agama bukan Islam, ada isu boleh bincang - Ago Dagang
Maklum balas itu bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui yang mencadangkan portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua.
![‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM ‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739596349_AnwarIbrahimPecah.jpg)
‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.
![Dilayang kad merah: Saya biarkan emosi menguasai diri - Arne Slot Dilayang kad merah: Saya biarkan emosi menguasai diri - Arne Slot](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739595217_ArneSlot.jpg)
Dilayang kad merah: Saya biarkan emosi menguasai diri - Arne Slot
Arne Slot berasakan emosinya lebih baik sejurus dilayangkan kad merah selepas seri 2-2 dengan Everton.
![Suspek kes bunuh Norshamira sudah ditahan Suspek kes bunuh Norshamira sudah ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739593802_norshamira.jpg)
Suspek kes bunuh Norshamira sudah ditahan
Suspek pembunuhan peniaga wanita, Norshamira Zainal, 37, yang ditemui mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada Khamis lalu, telah ditangkap awal pagi Sabtu.
![UNL: Kylian Mbappe sah kembali perkuat Perancis UNL: Kylian Mbappe sah kembali perkuat Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739593528_KylianMbappe.jpg)
UNL: Kylian Mbappe sah kembali perkuat Perancis
Didier Deschamps mengesahkan penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe akan kembali ke pangkuan pasukan kebangsaan Perancis.
Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton
Pelakon, Siti Saleha hari ini sah menjadi isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton dengan sekali lafaz. Majlis akad nikah secara tertutup kedua mempelai diadakan di sebuah resort mewah di Janda Baik.
Langgan Astro One & menang hadiah RM200,000
Ramadan dan Syawal tahun ini lebih meriah dengan kempen "Menang Macam-Macam dengan Astro One"!
Dari 1 Februari hingga 26 April 2025, pelanggan Baharu dan pelanggan Astro sedia ada bukan sahaja menikmati hiburan berkualiti, malah berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM200,000!
Dari 1 Februari hingga 26 April 2025, pelanggan Baharu dan pelanggan Astro sedia ada bukan sahaja menikmati hiburan berkualiti, malah berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM200,000!
48,000 ayam mati dalam kebakaran ladang penternakan di Jitra
Sebanyak 48,000 ekor ayam mati selepas ladang penternakan di Kampung Paya Muyud dekat Jitra musnah dalam kebakaran malam tadi.
Kita semua pinjaman - Wan Azizah beri semangat pada Muhammad Khairuddin
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail titipkan kata semangat kepada Muhammad Khairuddin Saari yang kehilangan isteri sedang hamil dan empat orang anaknya dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin, awal pagi Khamis lalu.
[TERKINI] Polis tahan suspek kes bunuh peniaga makanan di Terengganu
Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes bunuh melibatkan peniaga makanan wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini, Khamis lepas.
![Ziyad dibuktikan lewat tiba di bilik menunggu Ziyad dibuktikan lewat tiba di bilik menunggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51630682405_MuhammadZiyadZolke.jpg)
Ziyad dibuktikan lewat tiba di bilik menunggu
KBS memandang serius isu ini dan akan memastikan ia tidak lagi berulang di masa akan datang.
![Ziyad gusar nama dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab Ziyad gusar nama dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81631919850_ZiyadZolkefli.jpg)
Ziyad gusar nama dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab
Menurut atlet berusia 31 tahun itu, tiada sebarang pihak menghubunginya biarpun sedar beberapa kempen pungutan derma telah digerakkan sejak tiga minggu lalu.
![Badminton Para Dunia: Batal demi kebaikan sejagat, kata Cheah Liek Hou Badminton Para Dunia: Batal demi kebaikan sejagat, kata Cheah Liek Hou](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630768700_CheahLiekHou.jpg)
Badminton Para Dunia: Batal demi kebaikan sejagat, kata Cheah Liek Hou
Liek Hou menerima perkhabaran kurang enak apabila hasrat kembali ke Jepun bagi Kejohanan Dunia Para bulan depan tidak kesampaian.
![Kakak rahsiakan keluarga dijangkiti COVID-19 daripada Latif Romly Kakak rahsiakan keluarga dijangkiti COVID-19 daripada Latif Romly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631004047_latifromly.jpg)
Kakak rahsiakan keluarga dijangkiti COVID-19 daripada Latif Romly
Rahayu dan empat anaknya disahkan positif koronavirus bulan lalu sehingga terpaksa dibawa ke PKRC di MAEPS Serdang sebelum dibenarkan pulang Khamis lalu.
![Paralimpik Tokyo 2020: Liek Hou tepati ramalan, layak ke final petang ini Paralimpik Tokyo 2020: Liek Hou tepati ramalan, layak ke final petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81630722985_CheahLiekHou.jpg)
Paralimpik Tokyo 2020: Liek Hou tepati ramalan, layak ke final petang ini
Liek Hou akan berdepan pilihan pertama Dheva Anrimusthi dari Indonesia di final pada pukul 3.00 petang ini.
![Paralimpik Tokyo 2020: Brenda tamatkan saringan 50m kuak lentang S4 di tempat kelima Paralimpik Tokyo 2020: Brenda tamatkan saringan 50m kuak lentang S4 di tempat kelima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630639292_atlet.jpg)
Paralimpik Tokyo 2020: Brenda tamatkan saringan 50m kuak lentang S4 di tempat kelima
Perenang berusia 16 tahun itu mencatat masa 59.33s, ketinggalan 10.97s di belakang perenang Greece, Alexandra Stamatopoulou
![Emas Muhammad Ziyad: 'Ini satu kecuaian yang tidak boleh diterima' - Zolkeples Emas Muhammad Ziyad: 'Ini satu kecuaian yang tidak boleh diterima' - Zolkeples](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630555902_ZolkplesEmbong.jpg)
Emas Muhammad Ziyad: 'Ini satu kecuaian yang tidak boleh diterima' - Zolkeples
Hampir mustahil IPC mengubah keputusan acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menyaksikan kejayaan gemilang jaguh kebangsaan Muhammad Ziyad Zolkefli 'dirompak'.
![Paralimpik Tokyo: Nur Syaiful akhirnya jelma renangan terbaik Paralimpik Tokyo: Nur Syaiful akhirnya jelma renangan terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61630530913_TbRENANG.jpg)
Paralimpik Tokyo: Nur Syaiful akhirnya jelma renangan terbaik
Walaupun tidak berjaya menyumbang pingat, Nur Syaiful tetap berpuas hati dapat melebur rekod peribadinya sebelum ini.
![Paralimpik Tokyo 2020: Nur Syaiful layak ke final 50m gaya bebas S5 Paralimpik Tokyo 2020: Nur Syaiful layak ke final 50m gaya bebas S5](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630464011_TBZULKAFLI.jpg)
Paralimpik Tokyo 2020: Nur Syaiful layak ke final 50m gaya bebas S5
Atlet kelahiran Sarawak berusia 26 tahun itu mencatatkan masa 33.46s, ketinggalan 1.65s di belakang perenang China, Tao Zheng.
![Paralimpik Tokyo 2020: Pantau situasi sesak nafas Nur Azlia Syafinaz Paralimpik Tokyo 2020: Pantau situasi sesak nafas Nur Azlia Syafinaz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630450151_Pelumbawanitanegar.jpg)
Paralimpik Tokyo 2020: Pantau situasi sesak nafas Nur Azlia Syafinaz
Pelumba itu mengalami masalah penafasan ketika mendaki bukit terakhir dalam ujian masa berbasikal lebuh raya wanita B petang Selasa.