KUALA LUMPUR: Penerjun elit negara, Nur Dhabitah Sabri secara mengejut gagal melayakkan diri ke pusingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal wanita pada Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun, hari ini.
Ia selepas Nur Dhabitah gagal menempatkan diri dalam kelompok 12 penerjun terbaik pada saingan peringkat separuh akhir, demikian menurut laman sesawang kejohanan worldaquatics.com.
Pada saingan separuh akhir itu, beliau yang cemerlang dalam pusingan kelayakan pada sebelah pagi apabila berada dalam kelompok lima terbaik, gagal meneruskan momentum positif itu selepas sekadar mengumpul keseluruhan 285.45 mata di tempat ke-15 daripada 18 peserta.
Selepas tiga terjunan, atlet berusia 24 tahun itu berada di kedudukan enam terbaik, namun kesilapan pada terjunan keempat menyaksikan beliau terperosok ke posisi ke-16 sebelum bangkit mengutip mata pada terjunan terakhir untuk menamatkan saingan di tempat ke-15.
Keputusan tersebut menyaksikan Nur Dhabitah, yang menduduki tempat keempat dalam acara itu di Sukan Olimpik Tokyo 2020, terlepas peluang untuk meraih tiket lebih awal ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Hanya 12 penerjun terbaik di peringkat separuh akhir akan beraksi di final dan layak ke Paris.
Dua wakil China, Chen Yiwen, yang juga juara dunia 2022, dan Chang Yani menamatkan saingan separuh akhir di kedudukan teratas selepas masing-masing mengumpul keseluruhan 363.70 dan 354.75 mata diikuti wakil Jepun, Sayaka Mikami, ketiga dengan meraih 340.55 mata.
Dalam pada itu, seorang lagi wakil negara, Ng Yan Yee, terkandas seawal pusingan kelayakan acara sama selepas menduduki tempat ke-36.
Wakil Malaysia yang akan beraksi selepas ini adalah Bertrand Rhodict Lises serta Enrique Harold yang akan turun bersaing dalam 10m platform lelaki bermula esok diikuti gandingan Gabriel Gilbert Daim-Ong Ker Ying (final 3m papan anjal seirama berpasukan) pada Sabtu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023

Keputusan tersebut menyaksikan Nur Dhabitah terlepas peluang untuk meraih tiket lebih awal ke Sukan Olimpik Paris 2024. - Gambar fail/Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kesilapan terjunan keempat ranap peluang Nur Dhabitah ke final
Penerjun elit negara, Nur Dhabitah Sabri secara mengejut gagal melayakkan diri ke pusingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal wanita pada Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun, hari ini.

Renang: Andrew pecah rekod kebangsaan, tempah tiket Kejohanan Dunia Akuatik 2023
Andrew Goh Zheng Yen mencipta sensasi apabila berjaya memecah rekod kebangsaan acara 50 meter (m) kuak dada lelaki pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-65 di Pusat Akuatik Nasional.