PETALING JAYA: Pemain tengah skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) negara Syahir Bashah menyifatkan ketiadaan beberapa tonggak utama memberi impak terhadap persiapan menjelang saingan Piala Asia B-23 di Doha, Qatar.
Ketiadaan pemain iaitu Mukhairi Ajmal, Azam Azmi Murad, Nooa Laine dan Harith Haiqal Adam Afkar dirasai berikutan terlibat dalam skuad senior negara untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman.
"Ia beri kesan yang besar sebab mereka ini merupakan pemain tonggak untuk pasukan B-23. Tapi bagi saya semua pemain beri yang terbaik pada perlawanan menentang India (perlawanan persahabatan) tempoh hari.
"Mereka yang lain berhak dapat peluang masing-masing (kesebelasan utama) kerana telah beri yang terbaik," katanya selepas ditemui pada sesi latihan skuad B-23 di sini semalam.
Pemain Selangor FC itu percaya ketiadaan nama-nama berkenaan buat sementara waktu perlu dimanfaatkan sepenuhnya pemain lain untuk memikat hati pengendali skuad Juan Torres Garrido, sekali gus diturunkan selaku kesebelasan utama.
Harimau Muda akan menghadapi India dalam satu lagi aksi persahabatan, selain China dan Qatar di Doha nanti sebagai persiapan sebelum ke saingan Piala Asia B-23 itu.
Jumaat lepas, Harimau Muda berhasil merakamkan kemenangan 2-1 menentang India pada aksi persahabatan pertama mereka.
Kejohanan Piala Asia B-23 yang berlangsung di Doha bakal membuka tirai pada 15 April hingga 3 Mei ini.
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan D akan memulakan saingan menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti dengan Vietnam 20 April dan Kuwait 23 April.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024

Jumaat lepas, Harimau Muda berhasil merakamkan kemenangan 2-1 menentang India pada aksi persahabatan pertama mereka. - Gambar fail/ FB FAM

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.

Skuad B-23 kurang cergas - O' Donell
Aspek kecergasan perlawanan menjadi penyebab utama pemain skuad Bawah 23 Tahun negara gagal memberikan saingan terbaik pada kempen Piala Asia B-23.

Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.

Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.

Sedih lihat prestasi pemain muda - Azlan
Azlan berkata, situasi itu amat membimbangkan dan menimbulkan persoalan sampai bila keadaan tersebut akan berlaku.

Piala Asia B-23: Peluang Harimau Muda ke suku akhir semakin pudar
Skuad negara semakin sukar meneruskan kempen memandangkan nasib mereka bergantung kepada keputusan pasukan lain selain perbezaan jaringan besar.

Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.

Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.

Piala Asia B-23: Dua kad merah saksi kehandalan Qatar ketepikan cabaran Indonesia
Pengadil, Nasrullo Kabirov, terlebih dahulu menghadiahkan sepakan penalti yang disudahkan Khaled Ali Binsabaa pada minit ke-44.

23 pemain bawa cabaran Harimau Muda di B-23 Qatar 2024
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan D akan membuka saingan menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti aksi bertemu Vietnam dan Kuwait.