KUALA LUMPUR: Ketua pasukan dan penjaga gol utama Johor Darul Ta'zim (JDT) Mohd Farizal Marlias berada dalam keadaan stabil berikutan kecederaan dialami dalam insiden mencemaskan pada aksi Liga Super menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.
Bagaimanapun, Mohd Farizal yang juga penjaga gawang nombor satu skuad kebangsaan akan kekal dalam pemerhatian, selain perlu menjalani beberapa ujian perubatan di hospital, menurut hantaran di Facebook rasmi Johor Southern Tigers.
Terdahulu, pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat melawat Mohd Farizal di hospital.
Kecederaan dialami Mohd Farizal berikutan pelanggaran dengan rakan sepasukan Shane Lowry ketika cuba menyelamatkan hantaran lintang pemain tengah TFC Muhammad Syafik Ismail pada minit ke-61.
Mohd Farizal yang seakan tidak sedarkan diri terpaksa diusung keluar dan penjaga gol simpanan, Muhammad Haziq Nadzli dibawa masuk bagi menggantikannya.
Skuad Harimau Selatan menang 2-1 pada pertembungan itu hasil dua gol tandukan penyerang sensasi Bergson da Silva yang menafikan gol penyamaan Kpah Sherman sekali gus membantu pasukan mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam empat perlawanan untuk menerajui takhta liga.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 11 2022

Penjaga Gol JDT Mohd Farizal Marlias diusung keluar setelah pengsan akibat bertembung bersama pemain pertahanan JDT Shane Thomas Lowry pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim. - fotoBERNAMA

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Kelayakan Piala Asia: Pan Gon pertahan Mohd Farizal atas kekalahan di tangan Bahrain
Apa yang berlaku dalam aksi itu akan dinilai oleh pasukan bimbingannya sebelum sebarang keputusan dibuat.

Ketua pasukan JDT Mohd Farizal stabil selepas insiden mencemaskan
Mohd Farizal akan kekal dalam pemerhatian, selain perlu menjalani beberapa ujian perubatan di hospital.

Farizal atau Khairulazhan, siapa jadi pilihan?
Menjelang pertembungan Malaysia menentang Thailand dan Indonesia pada aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.