Presiden Persatuan Hoki Kedah (KHA), Mohd Asmirul Anuar berkata hanya satu sahaja borang pencalonan untuk pemilihan ahli jawatankuasa Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dikeluarkan secara rasmi oleh persatuan itu.
Berikutan kontroversi mengenai dua borang pencalonan dari KHA, Mohd Asmirul menegaskan bahawa beliau tidak pernah menurunkan kuasa kepada mana-mana pihak untuk mewakilinya dalam urusan surat-menyurat persatuan.
Menerusi surat yang dihantar kepada KHM dan Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada Ahad, Mohd Asmirul menzahirkan rasa dukacita dengan tuduhan palsu yang dilemparkan kepada pihaknya selepas KHM memaklumkan senarai calon yang layak bertanding pada mesyuarat agung tahunan (AGM) KHM, Sabtu ini.
"Saya bagi pihak KHA, mengesahkan sekali lagi bahawa hanya satu borang pencalonan adalah sah, iaitu yang dihantar pada 24 Okt. Selepas pihak KHM memohon pengesahan daripada kami pada 4 Nov, barulah saya mengetahui terdapat penghantaran borang lain yang palsu pada 1 Nov.
"Saya tidak pernah menurun kuasa atau memberi kebenaran kepada mana-mana ahli jawatankuasa saya untuk mewakili KHA dalam urusan surat-menyurat ataupun pengeluaran kenyataan media.
"Ini amat salah dari segi perwakilan sesebuah organisasi, saya akan memastikan tindakan sewajarnya diambil kepada semua pihak yang telah memburukkan nama KHA serta negeri Kedah secara keseluruhan," menurut surat itu.
Pada sidang media pagi semalam, Pengerusi Jawatankuasa Perundangan KHM, Jadadish Chandra Bipin Chandra berkata pihaknya menerima dua borang pencalonan, iaitu yang pertama ditandatangani oleh Mohd Asmirul (24 Okt) yang mencalonkan Datuk Seri Subahan Kamal untuk jawatan presiden dan Prof Datuk Dr S Shamala bagi jawatan timbalan presiden wanita.
Borang kedua pula diterima pada 1 Nov yang ditandatangani oleh setiausahanya, Sandra Gesan yang mencadangkan Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun untuk jawatan presiden dan K Maheswari untuk timbalan presiden wanita.
BACA: Subahan Kamal, S. Shamala sahkan akan bertanding pertahan jawatan MHC
BACA: Subahan 'U-turn'
Kamarudin gagal mencabar penyandang, Subahan, bagi jawatan nombor satu kerana kurang satu pencalonan daripada minimum tiga pencalonan untuk bertanding bagi jawatan presiden, sekaligus Subahan yang menerima 13 pencalonan mengekalkan jawatannya dengan menang tanpa bertanding.
Terkini, KHM menerusi kenyataan di laman web rasminya memaklumkan bahawa Jadadish telah mengemukakan surat tuntutan ke atas sebuah akhbar tempatan kerana menerbitkan artikel yang tidak benar pada Jumaat lalu, bertajuk "Tangan Ghaib Padam Dua Nama."
Surat tuntutan juga dikeluarkan kepada wartawan yang menulis artikel itu dan Timbalan Presiden KHA, S Satish Kumar yang memberikan komen di dalam artikel yang sama kerana membuat pertuduhan wujudnya "tangan ghaib" telah menukar borang pencalonan itu.
Dalam pada itu, Subahan turut kesal dengan terbitan artikel berkenaan kerana menggunakan nama Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang dikatakan salah seorang mangsa, apabila namanya ditukar dalam pencalonan pemilihan ahli jawatankuasa KHM bagi penggal 2019-2023.
"Saya begitu kesal dan terkilan kerana ada pihak tidak bertanggungjawab turut menggunakan nama Tengku Hassanal kerana kami di KHM memberikan sokongan sepenuhnya kepada Tengku Hassanal untuk menyertai keluarga KHM sebagai timbalan presiden.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 10 2019

Kamarudin (kiri) gagal mencabar Subahan (kanan) bagi jawatan nombor satu kerana kurang satu pencalonan daripada minimum tiga pencalonan untuk bertanding bagi jawatan presiden. - Astro AWANI

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Bursa Malaysia catat sejarah laksana AGM secara maya sepenuhnya
Bursa Malaysia Bhd mencatat sejarah dalam dunia korporat Malaysia apabila menjadi syarikat pertama di negara ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) secara maya sepenuhnya.

Isu pengagihan royalti jadi topik utama perbincangan AGM Karyawan ke-19
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ramai artis tertanya-tanya mengenai royalti yang sepatutnya mereka dapat.

Perpecahan DAP Kedah berpunca daripada anggota dalaman - Guan Eng
Lim Guan Eng berkata perpecahan parti itu di Kedah berlaku disebabkan ada anggotanya yang cuba mengelirukan anggota lain serta melakukan tindakan yang menggugat keutuhan parti.