Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan ingin segera pulih daripada kecederaan dan kini memberi tumpuan penuh kepada proses pemulihan selepas meraih emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bulan lepas.
Atlet berusia 19 tahun dari Melaka itu berkata fokus beliau buat masa ini adalah untuk pulih sepenuhnya agar segera dibenarkan menjalani semula latihan sebagai persediaan menghadapi Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun depan.
"Alhamdulillah keadaan saya kini semakin pulih dan berkemungkinan dua minggu lagi boleh kembali memulakan latihan," katanya kepada pemberita pada perhimpunan bulanan anjuran Jabatan Penyiaran Melaka yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.
Pada majlis sama, Idris menyampaikan insentif kepada 30 atlet dari negeri ini yang memproleh pingat pada KL2017 bulan lepas melibatkan peruntukan berjumlah RM269,000.
'The Speedy Jantan' menerima RM8,000 apabila atlet olahraga itu berjaya merangkul pingat emas bagi acara 100m, memecah rekod kebangsaan bagi acara 200m pada Kejohanan Olahraya Terbuka Malaysia (RM5,000) dan RM2,500 bagi acara 4 x 100m pada kejohanan sama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2017

KHAIRUL HAFIZ: Keadaan saya kini semakin pulih dan berkemungkinan dua minggu lagi boleh kembali memulakan latihan.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.

340 cedera akibat mercun sempena Krismas dan tahun baharu di Filipina
Hampir 60 peratus daripada kecederaan berpunca daripada mercun berkuasa tinggi yang diharamkan.

EPL: Mikel Arteta sahkan Arsenal hilang khidmat Bukayo Saka
Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, mengesahkan The Gunners akan beraksi tanpa khidmat Bukayo Saka selama 'beberapa minggu' selepas dia mengalami kecederaan.

Kejohanan ASEAN 2024: Harith Haiqal, Haziq Aiman dipanggil ke skuad kebangsaan
Harith Haiqal menggantikan Harith Samsuri yang mengalami kecederaan manakala Haziq Aiman menggantikan Rahadiazli kerana masalah kesihatan.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: 107 kecederaan ditemukan pada tubuh mangsa
Seorang pakar patologi forensik memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa terdapat 107 kecederaan ditemukan pada mayat pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul.

Harimau Malaya tanpa khidmat Natxo, Mukhairi Ajmal
Pau Marti Vicente berkata Natxo dan Mukhairi Ajmal terpaksa digugurkan selepas terlibat dengan kecederaan.

Neymar cedera lagi!
Ini merupakan hanya penampilan kedua pemain berusia 32 tahun itu selepas pulih sebelum kembali mengalami kecederaan.

Imbasan CT Tze Liang normal - Hannah
Imbasan CT penerjun negara, Tze Liang, yang mengalami kecederaan semasa Terbuka Malaysia, didapati dalam keadaan normal.

Khadijah Ibrahim cedera ringan, kereta bertembung di Beaufort
Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim dilapor terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari Brunei ke Kota Kinabalu, Sabah petang tadi.

Ee Wei anggap dirinya bernasib baik, kaca tidak terkena kepala
Ee Wei memerlukan 16 jahitan berikutan kecederaan dialami akibat terkena serpihan kaca selepas dia tergelincir ketika memegang dumbel.