PHNOM PENH: Enam tahun lepas, pelari pecut negara Khairul Hafiz Jantan pernah menggegarkan arena sukan tanah air ketika menjuarai 100 meter (m) lelaki pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.
Detik indah dinikmatinya hanya bertahan seketika susulan prestasinya yang kian merudum selain dihimpit masalah kecederaan membuatkan dirinya kurang mendapat perhatian peminat sukan negara.
Bagaimanapun, peluang beraksi di Sukan SEA 2023 seolah-olah memberi nafas baharu bagi Khairul Hafiz yang sedang berusaha untuk mengembalikan semula prestasi terbaiknya.
Mana tidaknya, beliau amat menghargai kepercayaan diberikan jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim yang tetap menyenaraikannya untuk berlari di Kemboja selepas kali terakhir mewakili kuartet 4x100m lelaki kebangsaan pada edisi 2019 di Manila, Filipina
Walaupun tidak berjaya membantu kuartet 4x100m lelaki mempertahankan pingat perak di Stadium Nasional Morodok Techo, di sini, pencapaian merangkul gangsa bersama rakan sepasukannya semalam disifatkannya sebagai antara kejayaan bermakna sepanjang bergelar atlet.
"Sudah berapa lama saya tak berlari untuk pasukan Malaysia dan hari ini bantu dapat pingat, semestinya saya tetap bangga walaupun dapat nombor tiga (gangsa), rasa nak menangis pun ada
"Saya akui sebelum ini saya tertekan, namun keluarga, rakan-rakan dan jurulatih Poad tidak putus-putus berikan semangat," katanya kepada pemberita di sini.
Justeru, pencapaian meraih gangsa 4x100m di sini meniup semangatnya untuk meneruskan program latihan dengan lebih mantap bagi memastikan dirinya terus relevan dalam kem olahraga negara.
Semalam, Khairul Hafiz bersama Muhammad Zulfiqar Ismail, Jonathan Nyepa dan Muhammad Haiqal Hanafi memperoleh pingat gangsa dengan catatan 39.36s.
Indonesia yang menampilkan larian bertenaga muncul juara acara tersebut dengan catatan 39.11s untuk meninggalkan kuartet Thailand di tempat kedua dengan 39.13s.
Sementara itu, pelari pecut wanita negara Zaidatul Husniah Zulkifli, memberi bayangan Sukan SEA 2023 mungkin menjadi penampilan terakhirnya pada temasya sukan tersebut.
Enggan mengulas lanjut, Zaidatul sebaliknya berbangga dapat membantu atlet muda yang menjadi rakan sepasukannya dalam kuartet 4x100m wanita iaitu Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisya Mohd Rizal dan Nur Aishah Rofina Aling beraksi cemerlang dengan memecahkan rekod kebangsaan selama enam tahun bagi acara tersebut.
"Saya gembira dapat bantu pelari lain, mungkin dengan adanya saya dalam kuartet mereka lebih bersemangat dan berani, sekurang-kurangnya bagi saya pula nak bantu mereka pergi lebih jauh dalam olahraga," katanya.
Selain merangkul gangsa, Zaidatul dan rakan sepasukannya mencipta sensasi dengan melakar 44.58 saat (s) sekali gus memadam rekod lama iaitu 45.18s dicatatnya sendiri bersama Siti Fatimah Mohamad, S. Komalam, dan Nurul Faizah Asma Mazlan pada tahun 2017 dalam Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) ke-22 di India.
Selasa lepas, Zaidatul menamatkan kemarau enam tahun pingat 200m wanita dengan meraih gangsa selepas kali terakhir memenangi pingat acara berkenaan pada edisi Kuala Lumpur 2017 dengan merangkul perak.
Beliau merekodkan masa 23.60 saat (s) di belakang pelari Singapura, Veronica Shanti Pereira yang berjaya mempertahankan emasnya menerusi catatan 22.69s dan perak pula disambar Thi Nhi Yen Tran dari Vietnam (23.54s).
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023

Kuartert 4x100 lelaki negara selepas berjaya meraih pingat gangsa dalam acara 4x100 meter akhir pada Sukan SEA 2023 Phnom Penh, di Stadium Nasional Morodok Techo, Kemboja. - Foto BERNAMA

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Azeem, Khairul Hafiz layak ke separuh akhir
Muhammad Azeem ungguli saringan kedua dengan catatan 10.24s, Khairul Hafiz di tempat keempat dengan catatan 10.46s pada saringan pertama.

Olahraga ATF: Khairul Hafiz Jantan rancang terus bina momentum deras
Khairul Hafiz sasar kepantasan 10.10s pula dalam Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di Bangkok, Julai depan.

Jangan bandingkan kami dengan Muhammad Azeem - Muhammad Haiqal
Setiap manusia ada kelebihan masing-masing, kata Muhammad Haiqal.

Sukan SEA Kemboja: Khairul Hafiz dedah hampir bersara pada 2019
Liku hidup Khairul bermula dengan tumpuan lensa yang tidak pernah henti pada 2017 namun ia bersifat sementara.

Dua bekas raja pecut Sukan SEA "lolos" ke final
Muhammad Haiqal Hanafi dan Khairul Hafiz Jantan berjaya melayakkan diri ke saingan akhir 100 meter (m) lelaki edisi 2023 hari ini.

Sukan SEA Kemboja: Khairul Hafiz Jantan sebak kembali harumkan nama negara
Khairul Hafiz melahirkan kerinduannya untuk terus menjadi sandaran negara dalam setiap temasya penting.

Khairul Hafiz lega, Sukan SEA 2023 mungkin yang terakhir buat Zaidatul?
Detik indah dinikmatinya hanya bertahan seketika susulan prestasinya yang kian merudum selain dihimpit masalah kecederaan.

Skuad pecut lelaki negara sapu bersih pingat 100m di Australia
Skuad pecut lelaki negara, mencipta sensasi apabila menyapu bersih pingat perlumbaan pemanas badan Sukan SEA, Kemboja pada Kejohanan Siri Shield: Darren Thrupp Shield di Queensland, Australia semalam.

Pelari pelapis Sabah cipta sensasi, tewaskan atlet senior
Pelari pecut pelapis dari Sabah, Pengiran Aidil Auf Hajam mencipta sensasi apabila berjaya memenangi pingat emas acara 200 meter (m) lelaki di Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan.

Haiqal, Khairul Hafiz gagal lepasi had kelayakan ke Hanoi
Muhammad Haiqal berlari di atas permukaan trek basah akibat cuaca hujan dan melintasi garisan penamat dengan catatan masa 10.58s.