TEKA-teki mengenai siapa pemilik baharu trofi Kasut Emas bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus akhirnya terjawab apabila ia sah menjadi milik seorang individu dari Selangor.
Difahamkan, individu terbabit yang hanya dikenali dengan nama Tuah Nice dan kini berada di luar negara bersetuju untuk membeli trofi Kasut Emas tersebut pada harga RM99,999.
Menurut Khalid yang memenangi trofi Kasut Emas itu ketika muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Satu pada 2002, dia mencapai kata sepakat dengan individu terbabit selepas mereka berbincang di laman media sosial baru-baru ini.
BACA: Tetap jual Kasut Emas: "Masa saya susah tiada siapa yang bantu" - Khalid Jamlus
BACA: Lelong kasut emas: Mak, ayah tak sihat, saya lakukan demi keluarga - Khalid Jamlus
"Hari ini adalah penamatnya... dah ada orang membeli trofi Kasut Emas itu dengan harga RM99,999 dan beliau bersetuju dengan harga yang saya tetapkan.
"Namun, saya tidak boleh mendedahkan identiti mengenai pembeli berkenaan. Lagi pun beliau masih berada di luar negara dan hanya mahu dikenali sebagai Tuah Nice.
"Saya difahamkan dia juga belum boleh balik ke negara ini tetapi memaklumkan akan mengambil trofi Kasut Emas ini sejurus pulang ke Malaysia nanti," katanya pada sidang media di Country Heights, Kajang semalam.
Dalam pada itu, Khalid yang menjaringkan 17 gol ketika menyambar trofi Kasut Emas itu berkata, dia pernah ditipu oleh seseorang ketika membuat bidaan sebelum ini.
"Walaupun saya tidak pernah berjumpa dengan Tuah Nice tetapi saya percaya kepada dia. Tuah Nice memberikan jaminan terhadap bidaan itu dan akan mengambil Kasut Emas saya itu bila pulang ke negara ini nanti," jelasnya.
Agensi
Sat Jul 25 2020

Individu terbabit yang dikenali dengan nama Tuah Nice dan kini berada di luar negara bersetuju untuk membeli trofi itu pada harga RM99,999. - Foto Sinar Harian
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.