SUKAN Asia Tenggara (SEA Games) telah melabuhkan tirainya di Phnom Penh, Kemboja baru-baru ini.
Dengan penglibatan lebih 6,000 peserta dari 11 negara, Sukan SEA edisi ke-32 ini berjaya menerapkan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan negara ASEAN.
Edisi kali ini menampilkan lebih 30 jenis sukan, termasuk sukan tradisi atau sukan unik, seperti Kun Bokator iaitu acara mempertahankan diri dari Kemboja, Arnis dari Filipina, dan juga permainan dalam talian e-sukan.
Semuanya mencapai garis penamat dengan sempurna.
Bagi setiap atlet yang bertarung, Sukan SEA 2023 mencoret seribu satu kisah suka duka dan pahit manis.
Bou Samnang, olahragawati jarak jauh tuan rumah antara yang menjadi bualan kerana gigih meredah cuaca buruk di dalam lariannya.
Meskipun kebasahan dan bersendirian di posisi terakhir, beliau tidak menyerah dan berjaya menamatkan perlumbaan.
Ada yang menyifatkan semangat juang Bou mewakili perjuangan rakyat Kemboja yang serba ketinggalan dan daif berbanding dengan negara lain.
Menariknya, kisah Bou Samnang mendapat liputan akaun Twitter rasmi sukan Olimpik (@Olympics).
Kerajaan Kemboja turut berbangga dengan kesungguhan wanita bertubuh kecil ini dan menghadiahkan beliau sejumlah AS$10,000.
Sebenarnya ramai lagi atlet yang turut berkongsi cerita sama di sukan ini. Kemiskinan dan kepayahan merupakan asam garam bagi kebanyakan atlet dan seterusnya sebahagian daripada resepi kejayaan.
Obiena dari Filipina, contohnya, memecah rekod Sukan SEA 2023 dalam acara lompat bergalah melalui hasil titik peluhnya sendiri. Beliau tidak mendapat sebarang bantuan kewangan sejak setahun yang lalu.
Beliau yang juga merupakan antara juara lompat galah dunia memutuskan untuk melelong kasut yang dipakainya semasa Sukan SEA 2023 bagi menambah dana sukan berkenaan di negaranya.
Berbeza dengan Obiena yang memburu kilauan emas, kisah dua peserta Karate Timor-Leste, Deonisi Fernandes Pereira Queffi pula amat mengharukan.
Pasukan Timor-Leste sering dijadikan pasukan pemanas badan lantaran kemudahan yang serba kekurangan dan ekonomi negaranya yang lemah.
Namun, itu bukanlah pematah semangat buat mereka ini untuk bertarung dan seterusnya memahat kejayaan di dalam Sukan SEA 2023.
Untuk pengetahuan semua, Timor-Leste merupakan negara tercorot dari segi pungutan pingat di temasya sukan ini.
Bagi atlet muda yang masih menuntut pula, pengorbanan mereka bukannya sedikit. Sesuai dengan peranan mereka sebagai pelajar, persiapan rapi untuk bersaing diperlukan.
Antaranya memastikan keadaan fizikal dan mental berada pada tahap terbaik kerana saingan daripada peserta yang lebih berpengalaman cukup hebat.
Cabaran utama lainnya termasuk kebijaksanaan membahagikan masa di antara latihan di padang dan pelajaran.
Maka, tidak hairanlah jika kita melihat perenang muda yang amat menyinar, antaranya perenang sensasi Indonesia, Kaisar Putra yang baru berusia 15 tahun dan berjaya menggondol satu emas dan satu gangsa.
Manakala Puripol Boonson, 16, anak kelahiran negara Gajah Putih pula telah melakar sejarah apabila mengungguli acara pecut 100 meter lelaki.
Badang muda negara, Nur Syazwani, memberi kelegaan buat kem negara apabila meraih gangsa acara 64-kilogram (kg) dalam acara angkat berat.
Kemenangan beliau turut menyumbang kepada koleksi pingat yang dipungut kontingen Malaysia iaitu 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa.
Maka masih belum terlambat buat kita mengalung ucapan tahniah kepada semua wira negara yang mengharumkan nama Malaysia.
Malangnya, edisi Sukan SEA 2023 ini turut memahat kekecewaan dan harapan rakyat apabila kita sekadar berada di tangga ketujuh dari segi pungutan pingat, mengatasi negara Myanmar, Brunei, Laos dan Timur Leste.
Ia mencatat pencapaian terburuk dalam sejarah Sukan SEA dan kontinjen negara pulang dengan detik hitam di pentas berkenaan.
Secara kolektifnya, Malaysia memerlukan revolusi sukan yang terkini untuk memastikan sukan di negara ini tidak terus layu.
Model sukan yang lapuk perlu diberi paradigma baharu sejajar dengan perubahan dunia.
Penstrukturan, blueprint dan transformasi fikiran perlu diperkemas dan dikelola secara profesional serta mengikut spesifikasi piawaian antarabangsa.
Selain itu, pembangunan sukan negara perlu diperluaskan.
Ia bukan hanya sekadar kepada persediaan prasarana, kewangan dan persiapan atlet, malah kerajaan perlu menawarkan biasiswa sukan dan menghantar calon yang layak ke luar negara untuk mengambil jurusan pengajian sukan demi melahirkan lebih ramai jurulatih, pakar dan saintis sukan tempatan.
Seterusnya, pemimpin yang mengemudi persatuan sukan masing-masing perlu mempunyai perancangan teliti di dalam melahirkan atlet pelapis yang berdaya saing dan seterusnya memperolehi kemenangan pada masa hadapan.
Atlet pelapis adalah bintang yang perlu digilap dan jangan dibiarkan hilang cahayanya. Kegagalan membangunkan pasukan pelapis bakal merugikan sukan negara.
Kita sebenarnya ketandusan pengganti kepada Lee Chong Wei, Nicol Ann David atau Shalin Zulkifli yang cukup gah di persada sukan dunia satu ketika dahulu.
Bagi peneraju sukan yang terdiri dari muka-muka lama, ahli politik dan ahli lembaga yang tidak berketerampilan, sudah sampai masanya buat mereka untuk berundur dan memberi ruang kepada yang lebih layak.
Dunia sukan perlu diterajui oleh orang sukan yang lebih faham kepentingan program yang dikemudinya.
Bagi rakyat Malaysia, sukan itu adalah maruah dan menjadi jati diri negara. Ia adalah medan tempur di dalam memburu kegemilangan.
Bergerak dari sekarang untuk tuaian emas hari esok.
Majulah sukan untuk negara.
Dr Abdul Mutalib Embong ialah Pensyarah Kanan, Pusat Pendidikan Asas & Lanjutan (PPAL), Universiti Malaysia Terengganu
Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Abdul Mutalib Embong
Fri May 26 2023
Bagi rakyat Malaysia, sukan itu adalah maruah dan menjadi jati diri negara. Ia adalah medan tempur di dalam memburu kegemilangan. -Gambar fail/Bernama
Astro terus unggul dalam amalan lestari
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat peningkatan 20 peratus dalam skor ESG kepada 4.1 daripada 5.0 dalam penilaian indeks FTSE4GOOD Bursa Malaysia.
Sentimen perniagaan syarikat Jepun meningkat empat tahun berturut
Sentimen perniagaan dalam kalangan syarikat-syarikat Jepun di Malaysia terbukti terus meningkat bagi tahun keempat berturut-turut walaupun dalam senario persaingan sengit yang ketara, demikian menurut Tinjauan Tahun Kewangan 2024 oleh Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) Kuala Lumpur.
Sekatan Eksport AI tidak beri kesan kepada Malaysia
Cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk menyekat eksport cip kecerdasan buatan (AI) tidak akan menjejaskan pusat-pusat data sedia ada di negara ini.
Malaysia perlu jadi lokasi penting para pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malasyia ketika ini disifatkan stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.
Dua beranak cedera kenderaan dihempap pokok tumbang
Dua beranak cedera ringan selepas kereta yang mereka naiki dihempap pokok tumbang berhampiran bangunan pejabat di Jalan Pudu-Bukit Bintang di sini, pagi tadi.
Kerajaan diarahkan segerakan pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan memihak kepada sekumpulan bekas penjawat awam dengan mengarahkan kerajaan segera melaksanakan pelarasan pencen seperti yang ditetapkan keputusan mahkamah terdahulu.
Polis siasat dokumen palsu guna nama Ketua Polis Negara
Polis membuka kertas siasatan berhubung penyebaran satu dokumen palsu yang meniru tanda tanga Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husaun berserta Jata Negara dan logo Badan Peguam Malaysia.
Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.
Arul Kanda beritahu mahkamah, beliau tidak meminta penjelasan penamatan dua juruaudit 1MDB
Arul Kanda menjelaskan, beliau tidak menanyakan mengenai perkara tersebut kerana beliau hanya menyertai dana kekayaan negara itu, pada 2015.
Gencatan senjata: Bantuan kemanusiaan perlu disalurkan segera ke Gaza
Keperluan mendesak adalah memastikan akses kemanusiaan penuh kepada semua orang awam yang memerlukan bantuan untuk menyelamatkan nyawa.
Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.
Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025
Pemain hoki ais negara yang tersenarai menjalani latihan bakal melalui empat fasa saringan sebelum dipilih menyarung jersi Malaysia.
PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28
Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) menyasarkan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet panjat dinding negara menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.