PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui terkilan dengan sikap para pemain The Rhinos yang disifatkan memilih jalan sukar untuk mengutip tiga mata ketika melayan Kuching City FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Likas pada Sabtu.
“Sejujurnya, kita mengambil mudah selepas selesa mendahului sekali gus membenarkan Kuching City kembali semula dalam permainan.
“Apabila Kuching City berjaya menjaringkan gol pertama diikuti gol penyamaan ia sekaligus memberikan tekanan kepada para pemain Sabah.
“Namun kita bernasib baik dalam perlawanan ini apabila berjaya mendapatkan tiga mata hasil gol dalam minit akhir perlawanan,” katanya selepas perlawanan.
Dalam perlawanan itu, gol Sabah dijelmakan Saddil Ramdani (m-12) Ramon Machado (m-27, m-94) Stuart Wilkin (m-58) manakala gol Kuching City dihasilkan Amir Amri Salleh (m-55) Abu Kamara (m-67, m-86)
Pada masa sama Kim Swee memuji karakter positif dipamerkan para pemain The Rhinos yang tidak mengalah biarpun The Cats kembali menyaingi pasukan tuan rumah.
Namun apabila bolos tiga gol dalam perlawanan ini, ia sesuatu yang perlu diberikan perhatian segera supaya perkara sama tidak berulang dalam perlawanan seterusnya.
Pada masa Kim Swee memuji penampilan pemain baharu Ramon dalam perlawanan itu apabila menyumbangkan gol.
“Saya percaya gol itu akan menjadi motivasi kepadanya untuk tampil lebih menyerlah dalam baki saingan Liga Super.
“Sementara Cifu (Miguel Angel Garrido Cifuentes) pula agak malang apabila mengalami sedikit kecederaan menyebabkan saya terpaksa mengeluarkannya di separuh masa kedua bagi mengelakkan risiko.
“Saya juga kena pastikan kedua-keduanya berada pada tahap terbaik untuk perlawanan berikutnya,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 10 2023

Ramon (kiri) mengawal bola dari dirampas pemain Kuching City dalam aksi Liga Super di Stadium Likas pada Sabtu. - Gambar SINAR HARIAN
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Radu tetap radu! - Khairul Fahmi Che Mat dedah faktor sertai Sabah
Khairul Fahmi turut beranggapan, Ong Kim Swee umpama seorang 'bapa' ketika di luar padang.

Bukan tugas mudah gantikan 'Tok Guru' dalam Sabah FC - Alto Linus
Katanya, mengekalkan prestasi setiap pemain serta mengekalkan corak permainan itu tugas amat mencabar.

Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.

Tiada lantikan ketua jurulatih, Sabah FC kekalkan barisan kejurulatihan
Sabah FC memutuskan untuk mengekalkan barisan kejurulatihan sedia ada dan tiada lantikan baharu bagi mengisi kekosongan Ketua Jurulatih musim ini menggantikan Datuk Ong Kim Swee.

Kim Swee yakin mentaliti positif pacu kejayaan Sabah FC
Datuk Ong Kim Swee berharap Sabah FC mengekalkan momentum terbaik mereka setelah beliau melepaskan jawatan Ketua Jurulatih pasukan itu hujung bulan ini.

Ong Kim Swee hampir pasti ke kelab tiga tercorot Indonesia, Persis Solo
Tiada pengesahan rasmi daripada kelab tersebut sebaliknya bakal mengumumkan kehadiran pengurus berpengalaman itu pada esok.

Sabah FC sambung kontrak Kim Swee hingga hujung musim 2024/2025
Kontrak Kim Swee pada asalnya bakal berakhir pada 30 Nov ini, namun kini disambung hingga April tahun depan.

Sabah FC teruskan rentak kemenangan, tewaskan Kelantan 4-1
Kemenangan dimulakan dengan jaringan Joao Pedro menerusi tandukan hasil hantaran lintang daripada Stuart Wilkin pada minit ke-17.

Ong Kim Swee puji disiplin pemain Sabah FC, benam Penang FC 4-0
Ong Kim Swee puji disiplin oleh anak buahnya sepanjang 90 minit permainan ketika membenam Penang FC dengan jaringan 4-0, malam tadi.

Duarte diharap selesai masalah penyudah tumpul Sabah FC - Kim Swee
Ketumpulan penyudah yang dialami Sabah FC sebelum ini menghalang Sabah FC daripada memperoleh keputusan positif dalam beberapa perlawanan.